Skip to main content

Posts

10 Patung Paling Berhantu Di Seluruh Dunia

Pernah tak terima patung yang pelik dan berhantu daripada sesiapa? Jika pernah, sila perhatikan sama ada ia dihuni hantu yang tidak berbahaya atau syaitan yang boleh membunuh seperti patung-patung berhantu berikut... 10. Barbie Pulau Ubin Patung Barbie yang dikaitkan dengan misteri paranormal ini muncul di Pulau Ubin, Singapura sejak tahun 2007. Menurut legenda, salah seorang penduduk pulau itu telah bermimpi tentang roh seorang kanak-kanak perempuan berbangsa Jerman yang meminta dia membelikan patung Barbie di sebuah kedai berdekatan. Selepas tiga hari mengalami mimpi sama, lelaki tersebut mengunjungi kedai seperi dalam mimpinya dan menjumpai patung Barbie yang seakan-akan sama seperti yang diminta oleh roh kanak-kanak perempuan itu. Lelaki itu membeli patung Barbie tersebut lalu meletakkannya di Tokong Pulau Ubin dan sehingga kini ramai orang mengunjungi tokong itu untuk memberi hadiah pemujaan demi mendapatkan restu kebaikan nasib dan kesihatan daripada roh kanak-kanak p