Page Menu

Sebuah blog caca-marba yang hidup segak mati tak mau.
Blogger dia pun sekejap update sekejap jadi hantu.

Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2014-2023 Hak Cipta Terpelihara
Dikuasakan oleh Blogger.

Ramadhan Terpanjang Dalam Tempoh 33 Tahun


Kaum Muslimin di United Kingdom akan melalui pengalaman berpuasa di bulan Ramadhan yang terpanjang sejak 33 tahun lalu berikutan tarikh bulan mulia tersebut bertindih dengan solstis musim panas di negara tersebut.

Di Britain misalnya, matahari terbit pada sekitar jam 2 hingga 3 pagi dan terbenam sekitar jam 9 hingga 10 malam sepanjang musim panas. Ini bermakna mereka yang menetap di Britain harus berpuasa selama 16-19 jam sehari di sepanjang bulan puasa.

Pada 8 Jun hari ini, umat Islam di Britain akan berbuka puasa pada jam 9:18 malam.

Majlis Agama Islam Britain mengesyorkan orang ramai agar meminum banyak air antara waktu berbuka dan sahur supaya tidak mengalami dehidrasi ketika musim panas ini. 

Badan Peperiksaan dan Penilaian Kelayakan di United Kingdom juga berusaha untuk menetapkan tarikh peperiksaan GCSE dan A-Levels supaya tidak bercanggah dengan hari umat Islam Britain berpuasa dalam bulan Ramadhan bagi memastikan prestasi pelajar tidak terganggu.

Ibadat puasa bukan sesuatu yang baru dan ganjil bagi komuniti masyarakat lain di United Kingdom. Selain daripada umat Islam, penganut agama Yahudi dan Kristian juga mengamalkan ibadat puasa mengikut ajaran masing-masing.

Menurut Datuk Bandar London, Sayid Khan, dalam Twitter beliau, "puasa tidak akan menjadi mudah" dan "kopi merupakan perkara yang paling dirinduinya semasa bulan puasa".

1 ulasan:

  1. Kita yang 12 jam dah rasa macam apa..mereka yg di sana lagi kuat diuji kan..

    BalasPadam