Page Menu

Sebuah blog caca-marba yang hidup segak mati tak mau.
Blogger dia pun sekejap update sekejap jadi hantu.

Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2014-2023 Hak Cipta Terpelihara
Dikuasakan oleh Blogger.

Serah Selfie Sendiri Pada Polis Kerana Gambar Kurang Menarik


Serah Selfie Sendiri Pada Polis Kerana Gambar "Kurang Menarik" | Di Ohio, Amerika Syarikat, pihak polis telah menerima sekeping gambar selfie daripada lelaki yang diburu mereka atas dakwaan memusnah harta benda awam serta gagal menghadirkan diri ke mahkamah. 

Lelaki tersebut, Donald Pugh, telah menghantar selfie yang diambilnya sendiri kepada pihak polis melalui laman Facebook mereka kerana merasakan gambar dirinya yang disiar oleh polis "kurang menarik". Donald mengepos foto dengan kapsyen: "Ini gambar yang lebih baik, gambar itu teruk."

Kiri: Gambar yang disiar oleh polis
Kanan: Gambar yang diminta Donald untuk polis siarkan

"Kami berterima kasih kepada Donald kerana menghantar fotonya yang lebih baik kepada kami, namun kami akan lebih menghargai sekiranya dia datang ke balai untuk membantu siasatan polis menyelesaikan dakwaan yang dikenakan terhadapnya," kata jurucakap bagi pihak polis dari Balai Polis Lima.

2 ulasan: