Page Menu

Sebuah blog caca-marba yang hidup segak mati tak mau.
Blogger dia pun sekejap update sekejap jadi hantu.

Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2014-2023 Hak Cipta Terpelihara
Dikuasakan oleh Blogger.

Penyu Telan 1,000 Keping Wang Syiling


Kasihan... seekor penyu terpaksa menjalani pembedahan di Bangkok, Thailand kerana mengalami masalah kesihatan akibat menelan 1,000 keping wang syiling selama beberapa tahun.

Penyu betina berusia 25 tahun yang diberi nama 'Bank' itu dikhuatiri menghadapi ancaman jangkitan sejurus doktor veterinar mengesahkan kulitnya retak disebabkan kandungan logam terdiri daripada kepingan wang syiling seberat 5 kilogram yang terbentuk dalam perutnya.

Hal ini berpunca daripada kepercayaan tahyul penduduk di bandar Sri Racha yang membaling wang syiling ke dalam kolam tempat tinggal Bank, kononnya dengan melemparkan wang kepada penyu dapat memanjangkan hayat mereka.

Menurut pakar haiwan dari Universiti Chulalongkorn, pembedahan tersebut berjaya dijalani dalam masa 7 jam. Mungkin Bank boleh menggunakan wang syiling tersebut untuk membiayai kos pembedahannya kelak.

1 ulasan:

  1. Kesian penyu. sebab manusia dia jadi pak sanggup telan syiling.

    BalasPadam