Page Menu

Sebuah blog caca-marba yang hidup segak mati tak mau.
Blogger dia pun sekejap update sekejap jadi hantu.

Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2014-2023 Hak Cipta Terpelihara
Dikuasakan oleh Blogger.

Pelajar Saman Nestle Kerana Coklat Kit Kat Mengandungi Coklat

Seorang penuntut King's College di London telah menuntut bekalan coklat sepanjang hayat sebagai gantirugi dari pihak Nestle setelah mendapati bahawa coklat Kit Kat yang dibelinya tidak mengandungi biskut seperti yang sepatutnya.


Saima Ahmad, 20, seorang pelajar perundangan tahun dua, menyatakan kekecewaannya terhadap syarikat makanan terbesar di dunia tersebut di atas sikap ketidakprihatinan kepada pelanggan. Saima mendakwa Nestle tidak memenuhi tanggungjawab mereka kerana tidak memastikan mutu produk yang dikeluarkan.

"Nestle telah lama mengiklankan produk wafer bercoklat mereka Kit Kat yang terkenal di merata dunia. Namun apa yang saya beli menghampakan saya. Jika saya mahu coklat sahaja, lebih baik saya beli Galaxy," ujar Saima dalam sepucuk surat aduan kepada pihak pengurusan Nestle.


Bagi menyokong tuntutannya, Saima bergantung kepada keputusan kes mahkamah pada tahun 1930 yang membincangkan masalah sama dihadapinya serta mengumpul aduan dari pembeli-pembeli lain di alam maya. 

Saima telah menulis surat aduan kepada pihak Nestle dan mengugut akan menyaman syarikat tersebut sekiranya permintaan untuk bekalan coklat sepanjang hayat sebagai gantirugi itu tidak ditunaikan.

Sehubungan dengan kes itu, ramai orang awam tidak berpuashati dengan tindakan Saima dan memberikan reaksi yang negatif terhadap tuntutannya.

Tiada ulasan