SERAM & MISTERI

Misteri Anak-Anak Indigo

Misteri Anak-Anak Indigo | Pada tahun 1980-an, kajian oleh Nancy Ann Tappe (1931-2012) mendedahkan kelahiran golongan anak-anak istimewa yang dikenali sebagai anak-anak indigo di zaman itu. Anak-anak indigo dilahirkan dengan sifat unik yang membezakan generasinya dengan generasi sebelumnya. Biasanya anak-anak indigo dikaitkan dengan pancaindera keenam (sixth sense) yang menggambarkan intuisi dan kekuatan batin yang luar biasa tajam melebihi kemampuan manusia normal.


Mampu membaca perasaan orang lain

Anak indigo mampu menunjukkan sifat empati (kebolehan menyelami perasaan dan fikiran orang lain tanpa hubungan fizikal), serta berupaya merasai dan memberi reaksi tenaga emosi orang lain yang sangat dalam seolah-olah emosi tersebut dialaminya sendiri. Selalunya anak-anak indigo cepat meresap fikiran dan perasaan orang yang dia tertarik atau ambil berat dalam hidupnya.


Pelik dan tidak mengikut pemikiran tradisi

Kebanyakan anak-anak indigo memiliki kelebihan dengan bakat yang luar biasa atau secara akademik berprestasi. Adakalanya anak-anak indigo tampak bijaksana untuk kanak-kanak seusianya. Mereka sering dilihat memiliki keyakinan diri yang tinggi dan tahu meletakkan harga diri mereka sehingga ada yang beranggapan bahawa mereka bersikap sombong. 

Anak-anak indigo juga sering menunjukkan perilaku memberontak terhadap aturan atau adat norma, mempunyai kesulitan dalam mengawal emosinya, sensitif atau rapuh. Mereka sering berasa kecewa dengan sistem yang berorientasikan ritual dan tidak memerlukan pemikiran kreatif. Oleh sebab itu, anak-anak indigo tidak layak diberikan tugas seperti pengawas di sekolah kerana mereka bencikan sistem yang berasaskan pemerintahan, peraturan, dan ketegasan semata-mata. Namun, mereka memiliki ciri-ciri kepimpinan yang menakjubkan. Sekiranya mereka membesar dan bekerja sebagai pengajar, mereka akan bersikap lebih memahami dan prihatin terhadap pelajar.

Anak-anak indigo akan cuba mengupas persoalan atau mewujudkan idea yang dianggap "sia-sia", "gila", atau "berdosa" oleh kebanyakan orang dalam masyarakat yang dibatasi oleh adat, agama, tradisi, dan sebagainya. Ini kerana anak-anak indigo mampu melihat sesuatu di luar jangkauan minda manusia biasa, dan hasilnya mereka mampu mencipta teori, idea, karya, kajian, atau penyelesaian baru yang memecahkan sistem yang sedia ada.

Anak-anak indigo juga sering menunjukkan sikap yang sangat dingin dan seperti tidak mempunyai perasaan. Disebabkan perilaku anak-anak indigo yang pelik, sukar diramal, dan tidak sama dengan anak-anak biasa, masyarakat adakalanya tersilap melabel mereka sebagai individu memiliki gangguan ADD (attention deficit disorder), autisme atau sindrom Asperger.

Ramai yang beranggapan bahawa anak-anak indigo datang ke dunia dengan pelbagai misi kerana sikap mereka yang gemar menegakkan keadilan dan hak persamaan antara manusia tanpa mengira faktor agama, bangsa, jantina, status, warna kulit, dan sebagainya.


Mengenali ciri-ciri anak indigo

Berikut ciri-ciri yang dikaitkan dengan seseorang dilahirkan sebagai anak indigo:
  • Berhati waja sehingga adakalanya dianggap tidak memiliki perasaan
  • Lahir di zaman awal 1980-an
  • Memiliki bentuk dan pandangan mata yang tajam
  • Bentuk permukaan dahi dan kening yang lebar
  • Keras kepala
  • Memiliki ciri-ciri kepimpinan dan karisma tersendiri
  • Suka mengembara
  • Mencetuskan perkara dan idea baru yang lama-kelamaan menjadi ikutan generasi seterusnya
  • Perasaan ingin tahu yang amat tinggi
  • Memiliki bakat tinggi dalam bidang seni kreatif
  • Tidak mudah dirapati, pendiam dan gemar mengasingkan diri samada secara kelakuan agresif atau pasif
  • Tidak pandai bersosial serta selalu dipinggir teman-teman sebaya yang menganggapnya sebagai aneh
  • Mudah berasa bosan
  • Akan membangkitkan semangat dan harapan orang lain agar mereka ceria 
  • Akan mengalami ketagihan terhadap sesuatu perkara
  • Memiliki jiwa yang tua
  • Mempunyai tahap kepintaran yang tinggi
  • Jujur bila meluahkan perasaan dan fikiran yang terpendam
  • Sifat berdikari yang tinggi
  • Rasa marah yang mendesak apabila melihat atau mengetahui tentang perilaku manusia yang buruk dan jahat
  • Mengalami kesulitan untuk tidur atau takut untuk tidur
  • Mencari persahabatan atau hubungan cinta yang mendalam dan berkekalan serta tidak superfisial, iaitu yang tidak berdasarkan rupa luaran
  • Mempunyai cita-cita besar untuk menyelamatkan dunia walaupun dilaksanakan secara kecil-kecilan
  • Memiliki daya intuisi yang luarbiasa tajam sehingga boleh dikatakan mencapai tahap psikik
  • Berpotensi melahirkan keturunan yang juga mewarisi kuasa empati mereka dikenali sebagai anak-anak Kristal (era zaman 2000 dan seterusnya)

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

4 Komen:

weschairs berkata...

Artikel yang sangat baik.. :)

Ahlam Miera Shafie berkata...

teringat lak zaman kecik2 dulu ada cerita pasal psikik nih.. kalau xsilap Aziz M.Osman yg jadi pengarahnya,.. syokm jgk cerita 2.. terus berangan if diri ini ada kuasa psikik 2.. leh tahu ape yg org fikir sal kita... kihkihkh

Ayuni Rafilah berkata...

Terima kasih :)

Ayuni Rafilah berkata...

Sebenarnya ada cara untuk jadi "psikik" tanpa memiliki kuasa psikik. Jika kita mempunyai daya intuisi yang tinggi, kemahiran deduksi yang tersusun dan pengamatan yang teliti, tidak mustahil kita boleh membaca fikiran orang lain.

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.