Skip to main content

Posts

Resipi Oden Original

Ingat tak post Ayuni yang lalu tentang pengembaraan Ayuni mencari oden hingga ke Family Mart semata-mata kerana telah bermain permainan Oden Cart? Inilah post tu: PENGEMBARAAN MENCARI ODEN . Walaupun dapat makan oden yang dah siap dijual di Family Mart, namun Ayuni masih berasa tak puas hati kerana rupa oden dia nampak tak sama macam oden dalam permainan yang Ayuni main tu. Kenapa oden dalam permainan tu nampak lebih sedap? Jadi Ayuni cuba belajar sendiri cara membuat oden dengan bertanyakan rakan yang berbangsa Jepun. Banyak rupanya ramuan dalam oden original yang kita jarang ketahui.  Kenapa oden dalam game ni nampak macam lebih sedap daripada oden Family Mart? Tengok tu... oden dia ada udang galah lagi! Hari ini Ayuni hendak berkongsi resipi membuat oden original ikut cara tradisional Jepun. Bahan-bahan yang Ayuni akan tunjuk nanti pun bahan ramuan oden asli, dan ia memang nampak jauh berbeza daripada apa yang dijual di Family Mart. Sebelum tu jom kita kenali dul

Cara Membuat Pesanan Makanan Dengan Menu Pintar Di Restoran McDonalds

Kini anda tak perlu beratur di kaunter McDonald's untuk membuat pesanan makanan kerana beberapa restoran McDonald's di sekitar Lembah Klang teah menggunakan sistem pesanan makanan dengan menggunakan papan menu pintar elektronik. Papan-papan menu ini terletak di depan pintu restoran dan pelanggan juga boleh membuat bayaran di situ juga selepas memilih makanan dan minuman yang dikehendaki. Hanya sentuh skrin untuk membuat pesanan dan bayar. Mudah kan? Jom belajar mengorder makanan dengan papan menu pintar di McDonald's! Langkah 1: Tengok mesin. Pastikan ia berfungsi. Langkah 2: Sentuh skrin untuk bermula mengorder. Betul ke perkataan "bermula" tu? Langkah 3: Pilih nak order apa.  'Not Available' tu maknanya tak ada, tak boleh order yang tu. Langkah 4: Bayar guna kad debit. Pay Wave pun boleh. Langkah 5: Tunggu nombor order naik dekat kaunter pick-up Enjoy Milo Dinosaur McFlurry Party... P/S: Kalau nak

Senarai Kes Kehilangan Kanak-Kanak Yang Menggemparkan Malaysia 1987-2017

Senarai kes kehilangan kanak-kanak yang pernah menggemparkan Malaysia sepanjang 30 tahun ini iaitu dari tahun 1987 hingga 2017. Ada yang ditemui dalam keadaan tragis dan ada yang masih hilang hingga ke hari ini. 12 April 1987 Ang May Hong, 9 Mangsa keluar ke pasar untuk membeli sarapan pagi dan tidak pulang ke rumah selepas itu. Bapa mangsa menemui mayat mangsa 3 jam berikutnya di sebuah rumah kosong tidak jauh daripada kediaman mereka di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Mangsa didapati telah diseksa, diperkosa dan dibunuh. 12 Januari 1996 Tin Song Sheng, 7 Mangsa diculik dari sekolahnya SRJK Taman Rasah. Terdapat laporan bahawa ada saksi terserempak dengan mangsa sedang meminta sedekah di Pontian, Johor. Mangsa tidak pernah ditemui sehingga sekarang. 28 November 1998 Zulaiha Muhamad, 6 Mangsa dikatakan hilang ketika sedang bermain di bawah pokok jambu mawar bersama adiknya. Sehingga kini mangsa tidak ditemui. 17 Ogos 2001 S. Maniarasi, 4 Mangsa diculik dari rum

Pix2Pix Ubah Contengan Biasa Kepada Mimpi Ngeri!

Semalam Ayuni terbaca artikel oleh Mathew Olson dalam Digg.com tentang aplikasi yang menggunakan teknologi rangkaian neural hasil rekaan Christopher Hesse. Bagi sesiapa yang pertama kali dengar tentang teknologi rangkaian neural, teknologi ini menggunakan AI yang telah dilatih untuk menterjemahkan lukisan manusia dan menghasilkan semula terjemahan itu mengikut program sistem. Aplikasi yang dinamakan sebagai Px2Pix ini boleh mengesan garisan contengan yang dibuat dan memaparkan semula contengan dalam bentuk 3D. Caranya mudah, cuma conteng dalam kotak INPUT, klik pada butang Process dan hasil contengan akan keluar dalam kotak OUTPUT. Contohnya boleh dilihat pada gambar-gambar contengan yang Ayuni buat ni: Kucing Kentang Nampak menakutkan! Terutama sekali kentang tu... macam dah kena masak sampai rentung.  Selain itu, aplikasi ini nampaknya boleh buat lukisan objek tak bernyawa kelihatan lebih realistik dan boleh dijadikan alat rujukan untuk membuat rekaan barangan. Maca

10 Patung Paling Berhantu Di Seluruh Dunia

Pernah tak terima patung yang pelik dan berhantu daripada sesiapa? Jika pernah, sila perhatikan sama ada ia dihuni hantu yang tidak berbahaya atau syaitan yang boleh membunuh seperti patung-patung berhantu berikut... 10. Barbie Pulau Ubin Patung Barbie yang dikaitkan dengan misteri paranormal ini muncul di Pulau Ubin, Singapura sejak tahun 2007. Menurut legenda, salah seorang penduduk pulau itu telah bermimpi tentang roh seorang kanak-kanak perempuan berbangsa Jerman yang meminta dia membelikan patung Barbie di sebuah kedai berdekatan. Selepas tiga hari mengalami mimpi sama, lelaki tersebut mengunjungi kedai seperi dalam mimpinya dan menjumpai patung Barbie yang seakan-akan sama seperti yang diminta oleh roh kanak-kanak perempuan itu. Lelaki itu membeli patung Barbie tersebut lalu meletakkannya di Tokong Pulau Ubin dan sehingga kini ramai orang mengunjungi tokong itu untuk memberi hadiah pemujaan demi mendapatkan restu kebaikan nasib dan kesihatan daripada roh kanak-kanak p