Page Menu

Sebuah blog caca-marba yang hidup segak mati tak mau.
Blogger dia pun sekejap update sekejap jadi hantu.

Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2014-2023 Hak Cipta Terpelihara
Dikuasakan oleh Blogger.

Minda Anak-Anak Disogok Agenda LGBT Melalui Anime Dan Kartun


MINDA ANAK-ANAK DISOGOK AGENDA LGBT MELALUI ANIME DAN KARTUN.

Amaran bagi golongan ibu bapa: golongan pro-LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual & Transgender) kini menyogok fahaman nafsu songsang kepada anak-anak kecil pada usia seawal 3 tahun. 

Tidak cukup dengan penampilan selebriti yang kecelaruan jantina seperti Sajat dan Safiey Illias di media sosial bagi menarik masyarakat dewasa menerima golongan LGBT sebagai manusia normal, pendukung fahaman LGBT cuba berlagak sebagai Social Justice Warriors (SJW) dan giat mencambah ideologi songsang dalam media hiburan merangkumi muzik dan filem. Ini kerana mereka menyedari bahawa lebih mudah mempengaruhi orang ramai terutama sekali golongan muda untuk menerima gaya hidup LGBT sebagai perkara normal melalui hiburan. Inilah apa yang dinamakan "brainwashing", iaitu membuat seseorang mempercayai sesuatu yang tidak benar dengan cara memaksa atau mengelirukannya.

Golongan pro-LGBT kini bebas melakukan aktiviti "brainwash" anak-anak kecil dengan mengawal media massa serta sekolah. 

Di zaman sekarang ramai antara golongan pro-LGBT bekerja dalam industri hiburan termasuk penerbitan cerita kanak-kanak. Apa yang makin membimbangkan ialah orang-orang ini tidak segan-silu memasukkan ideologi nafsu songsang secara halus ke dalam rancangan yang disasarkan kepada kanak-kanak bawah umur. Mereka menghidangkan siri kartun dan anime yang memaparkan grafik visual berwarna-warni dan watak-watak comel, namun di sebaliknya terselit jalan cerita yang mengandungi tema hubungan songsang dan cinta terlarang. Daripada menghasilkan cerita bagaimana hendak mengatasi masalah kecelaruan jantina dan nafsu songsang, mereka mengajak penonton muda untuk terjebak sekali ke lembah LGBT. Setakat ini Disney merupakan penggerak agenda LGBT terbesar dalam dunia hiburan.

Disney XD memaparkan beberapa pasangan gay dan lesbian bercumbuan buat pertama kalinya dalam satu episod siri 'Star vs Forces of Evil'

Antara gaya hidup LGBT yang diselitkan sama ada secara tersirat atau tersurat melalui watak-watak tertentu dalam siri kartun dan anime untuk kanak-kanak:

  • Tidak salah untuk seseorang menjadi jantina yang bertentangan dengan jantina kelahirannya atau memilih untuk menjadi mana-mana jantina yang diingini ('Shezow', 'The Powerpuff Girls', 'Sailormoon')
  • Setiap orang berhak memilih untuk menjadi gay/lesbian/biseksual dan bercinta dengan pasangan dari mana-mana jantina ('Sailormoon Crystal', 'Cardcaptor Sakura', 'The Loud House', 'The Legend of Korra', 'ParaNorman', 'Star vs The Forces of Evil', 'Rosaline')
  • Lelaki boleh berkahwin dengan lelaki, begitu juga perempuan boleh berkahwin dengan perempuan ('Steven Universe', 'Yuri on Ice', 'Kyo Kara Maoh')
  • Mempunyai dua ibu atau dua bapa dalam sesebuah keluarga merupakan perkara yang normal ('Clarence', 'Good Luck, Charlie'

Episod terbaru 'Steven Universe' menampilkan majlis perkahwinan berunsur LGBT pertama dalam siri kartun kanak-kanak. 'Steven Universe' dihasilkan oleh Rebecca Sugar yang merupakan biseksual.

Episod dalam siri 'Clarence' ini menunjukkan sepasang kekasih yang terdiri daripada dua lelaki sedang keluar temujanji bersama

Salah satu adegan antara Touya dan Yukito dalam 'Cardcaptor Sakura' yang menunjukkan bibit perasaan mereka terhadap sesama sendiri. Hubungan mereka lebih daripada sekadar kawan biasa di penghujung musim siri.

Sailor Uranus dan Sailor Neptune secara umum diketahui pasangan lesbian yang popular dalam sejarah anime. 'Sailormoon Crystal' banyak memaparkan adegan bercumbu antara Sailor Uranus dan Sailormoon. Sailor Uranus ialah watak yang kecelaruan jantina.

'Shezow' mengisahkan seorang remaja lelaki yang bertukar menjadi superhero perempuan apabila memakai cincin kuasa peninggalan ibu saudaranya.

Para pendukung LGBT ini tahu bahawa melalui kaedah penceritaan dalam media hiburan kanak-kanak mudah mempelajari mesej-mesej yang disampaikan secara visual. Sudah tentu anak-anak kecil akan didedahkan dengan konsep LGBT lebih awal dan mereka ini kelak akan membesar sebagai ahli masyarakat yang menerima gaya hidup songsang secara terbuka kerana sudah menjadi didikan yang ditanam dalam fikiran. Lama-kelamaan gaya hidup LGBT menjadi perkara lumrah dalam hidup mereka. 

Perbuatan ini tidak jauh beza dengan amalan 'sexual grooming' yang dipraktikkan oleh golongan pedophilia (manusia yang mempunyai tarikan nafsu terhadap kanak-kanak bawah umur) kerana kedua-dua golongan ini mendedahkan kanak-kanak kepada nafsu songsang serta menjadikan kanak-kanak objek untuk menormalisasikan gaya hidup sesat mereka.

8 ulasan:

  1. citer kartun skrg pun kena tapis. xleh main suka bgi je anak2 tgk...bahayanya

    BalasPadam
  2. Haii tgk upin ipin kan. Mujurlah anak2 cikla kurang tgh cerita kartun mcm ni

    BalasPadam
  3. terbayang plak wajah siti kassim.. adehhh benciii nye..

    https://aliefmuncung.blogspot.com/2018/07/kehidupan-hantu-di-dunia-hantu.html
    https://aliefmuncung.blogspot.com/2018/07/alkisah-pada-abad-ke-20-wujud-seorang.html

    BalasPadam
  4. Dinua dah nak kiamat pun diorang x nak insaf. Ini yang saya marah ni. Dah tau yang budak2 ni kena belajar yang benar tapi tidak... Diorang nak rosakkan otak anak2 kita semua.

    BalasPadam
  5. Maksud saya "Dunia". Maaf. Typo pulak.

    BalasPadam
  6. ada anime sokong LGBT. im not afraid to ditch this anime

    BalasPadam