Page Menu

Sebuah blog caca-marba yang hidup segak mati tak mau.
Blogger dia pun sekejap update sekejap jadi hantu.

Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2014-2023 Hak Cipta Terpelihara
Dikuasakan oleh Blogger.

6 Staf Pos Masuk Hospital Kerana Durian


Sebuah pejabat pos menjadi gempar apabila 6 orang staf telah dikejarkan ke hospital manakala 12 staf lagi menerima bantuan rawatan di lokasi. Staf terlibat telah mengalami gejala muntah, loya, pening akibat daripada bau yang misteri yang datang dari salah satu bungkusan yang dihantar ke pejabat.

Seluruh pejabat pos terpaksa dikosongkan untuk mengesan punca bau tersebut. Ambulan, bomba, anggota keselamatan dikerahkan di tempat kejadian. 

Akhirnya mereka menemui puncanya... 4 biji durian dari Thailand yang dialamatkan kepada seorang penduduk warga emas di bandar terbabit iaitu Schweinfurt, Jerman. 

Durian tersebut dipercayai dihantar oleh rakan penerima itu yang menetap di Nuremberg. Bungkusan berisi buah durian itu telah dihantar kepada penerima.

Durian merupakan buah berduri yang popular di Asia Tenggara dan dikenali kerana isinya yang lemak berkrim serta baunya yang kuat. Kebanyakan hotel dan pengangkutan awam melarang durian dibawa masuk ke dalam premis kerana baunya.


3 ulasan:

  1. Semoga semua bertambah sihat... memang takut nak makan durian dari Thailand

    BalasPadam
  2. Hahha,, kelakar je. nampak sangat kat situ tak de siapa pernah makan buah durian. Sampai bau durian pun tak kenal..

    BalasPadam