Page Menu

Sebuah blog caca-marba yang hidup segak mati tak mau.
Blogger dia pun sekejap update sekejap jadi hantu.

Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2014-2023 Hak Cipta Terpelihara
Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Sugar Daddy Tak Salah, Pengasas Sugarbook Pertahankan Iklan Tak Senonoh


Pengasas serta ketua pengarah eksekutif aplikasi temujanji Sugarbook, Darren Chan, 31 tahun, mengatakan keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengharamkan beberapa papan iklan di Bangsar dan Bukit Kiara yang mempromosikan aplikasi Sugarbook sebagai tindakan yang tidak adil, berikutan aduan yang dibuat oleh netizen tentang iklan yang dikatakan tidak senonoh itu.

Darren bersama salah seorang sugar baby yang berjaya

Sugarbook merupakan aplikasi platform temujanji yang membantu golongan sugar daddy, iaitu lelaki tua yang kaya, bertemu dengan gadis muda untuk mengisi kesunyian mereka semasa keluar out-station. Gadis muda yang mencari sugar daddy digelar sebagai sugar baby. Biasanya mereka terdiri daripada pelajar institut pengajian tinggi yang mempunyai rupa paras cantik, berusia dalam lingkungan 20-an, pandai bergaya dan mahir melayan kehendak nafsu lelaki tua di atas ranjang. Sebagai balasan gadis itu akan menerima hadiah dalam bentuk wang belanja sara hidup, bayaran yuran pengajian, pakaian, beg tangan, kereta, tempat tinggal mewah semasa belajar, malah 'kabel' untuk mendapatkan kerja.

Janji manis Sugarbook kepada gadis muda yang teringin merasa hidup mewah

Menurut Darren, dari segi undang-undang tidak salah bagi seseorang wanita mencuba pengalaman sebagai sugar baby yang dibela oleh sugar daddy. Tambahnya lagi, Sugarbook bertujuan membuka ruang kepada wanita untuk bebas memilih hubungan sulit yang serasi dengan gaya hidup mereka. Darren menegaskan bahawa sugar baby "bukan pelacur yang menjual tubuh untuk wang" dan berharap stigma masyarakat terhadap golongan sugar baby dan sugar daddy dapat diubah kepada persepsi positif.

"Aplikasi ini akan mengukuhkan kedudukan wanita dengan memberikan mereka hak untuk memilih hubungan sebagaimana yang mereka inginkan," jelas Darren.

Antara aktiviti anjuran Sugarbook khas untuk merapatkan ukhwah antara sugar daddy dan sugar baby ialah parti liar seperti ini. Tak pasti sama ada itu lelaki atau perempuan

Aplikasi Sugarbook dilancarkan pada tahun 2017 apabila Darren mendapati wujud pasaran menguntungkan di kalangan golongan lelaki tua kaya yang gatal dengan mencarikan mereka gadis muda sebagai pengiring/peneman. Graduan dari Melbourne, Australia ini percaya bahawa memang "naluri lelaki akan tertarik dengan kecantikan, maka tidak salah bagi wanita menggunakan kecantikan yang dimilikinya untuk mendapatkan kesenangan".

Dalam temubualnya dengan Daily Mail Australia pada 23 Februari 2019 lalu, Darren menerangkan kriteria yang dicari oleh sugar daddy dalam gadis yang ingin menjadi sugar baby:


"Pendek kata, lelaki sukakan wanita yang cantik, bijak, menyokong, agak liar dan buas di atas ranjang. Lelaki tak sukakan wanita yang lantang, tak jujur, penipu, pengotor dan obsesif. Tugas utama seorang sugar baby ialah menjaga rupa paras, emosi, kesihatan fizikal dan mental, serta kebersihan diri mereka. Mereka juga selalu harus sedia ada untuk sugar daddy mereka dan menghormati hubungan yang dijalinkan."

"Apa yang ingin dicari oleh sugar daddy bukan setakat hubungan intim, malah seseorang untuk dimanjakan dan disayangi," kata Darren lagi.

Akhir sekali, pesanan ringkas ini dibawa oleh blogger

Tiada ulasan