Page Menu

Sebuah blog caca-marba yang hidup segak mati tak mau.
Blogger dia pun sekejap update sekejap jadi hantu.

Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2014-2023 Hak Cipta Terpelihara
Dikuasakan oleh Blogger.

Cara Betul Pakai Face Mask, Topeng Muka Yang Ramai Orang Jarang Ambil Tahu


Jom belajar cara pakai mask muka dengan betul! (Jangan pakai macam mamat dalam gambar atas tu, tak senonoh  betul...)

Ayuni berminat untuk berkongsi cara pemakaian mask muka, atau topeng muka, di blog ini setelah menonton rancangan temubual Pesona XY di RTM  mana salah seorang tamunya ialah Dr. Suraya. Dalam rancangan tersebut Dr. Suraya menunjukkan cara-cara betul untuk mengenakan mask muka.


1. BAHAGIAN BERWARNA DI LUAR: Pastikan bahagian berwarna hijau/biru tu terletak di luar, bukan belakang. Ya, penulis juga pernah melakukan kesilapan yang sama. Silalah luahkan rasa malu tak sudah di ruang komen.

2. IKAT BETUL-BETUL: Pastikan tali pengikat getah disangkut pada telinga. Jika menggunakan tali jenis ikat, pastikan tali bahagian bawah diikat bersambung pada tali bahagian atas topeng dan tidak dibiarkan berjuntai. Kata orang tua-tua, "syaitan suka duduk dekat benda berjuntai-juntai". Mungkin kuman juga sejenis syaitan, sebab itulah agaknya staf hospital dilarang memakai aksesori berjuntai seperti tali leher, anting-anting dan rantai, terutama sekali bila berada di makmal atau semasa menjalankan rawatan.

3. TARIK KE BAWAH: Tarik topeng hingga ke bawah dagu (macam gambar atas di sebelah kiri). Tekan dawai pada mask di atas hidung agar ia tak longgar dan menutup hidung dengan sempurna.

4. CARA BUANG MASK: Bila dah pakai mask, anggap mask tersebut dah tercemar. Jadi selepas pakai jangan pergi letak di atas meja sambil minum dan berborak dengan kawan di Setarbak atau Mekdi... itu pengotor namanya. Jika guna mask jenis pakai buang, pastikan anda tak pegang permukaan mask tu. Buka tali pengikat perlahan-lahan bila nak tanggalkan mask (macam model hensem dalam gambar ni tunjukkan) lepas tu masukkan ke dalam bungkusan plastik sebelum dibuang dalam tong sampah atau tong pelupusan sampah.

5. BASUH TANGAN: Jangan lupa basuh tangan bersih-bersih selepas membuang mask muka.

Entri selepas ini: Cara Membasuh Tangan Dengan Betul (sekiranya Ayuni tak terlupa nak menulis artikel ini nanti).

Tiada ulasan