Page Menu

Sebuah blog caca-marba yang hidup segak mati tak mau.
Blogger dia pun sekejap update sekejap jadi hantu.

Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2014-2023 Hak Cipta Terpelihara
Dikuasakan oleh Blogger.

Gadis Buat Review Makan Sabun


Pernah juga Ayuni buat review untuk sabun, tetapi rasanya tak sampai sanggup nak makan sabun. Mungkin sebab itu Ayuni tak boleh jadi popular seperti wanita dari Jakarta ni yang mana videonya viral selepas membuat review dengan aksi makan sabun.

Khosik Assyifa, 21, berasal dari Jawa Timur menjadi popular di media sosial selepas berkongsi tabiat makanan peliknya di Instagram. Dia tidak menyangka videonya menjadi popular dan ditonton lebih 260,000 kali serta mendapat beribu-ribu ‘like.’

Khosik memuat naik video menunjukkan dia menjilat dan memakan beberapa sabun mandi serta memberi ulasan mengenai rasanya. Menurut Khosik, tabiat peliknya bermula apabila dia mengidam untuk memakan sabun mandi ketika mengandung anak sulung kira-kira dua tahun lalu. 

Khosik tidak pernah mengalami sakit atau kembung perut dan loya sepanjang memakan sabun.



Tiada ulasan