Page Menu

Sebuah blog caca-marba yang hidup segak mati tak mau.
Blogger dia pun sekejap update sekejap jadi hantu.

Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2014-2023 Hak Cipta Terpelihara
Dikuasakan oleh Blogger.

Dunia Bakal Diancam Penyakit X


Nampaknya mimpi ngeri umat manusia masih belum berlalu selepas Covid-19.

Semalam tular berita tentang kemungkinan merebaknya satu lagi ancaman pandemik besar yang digelar sebagai penyakit X oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Penyakit itu dinamakan penyakit X sebab kita tidak tahu lagi itu penyakit apa. Dr. Zaliha Mustafa dilaporkan berkata Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa memantau jika ada sebarang kemungkinan yang boleh menyebabkan pandemik.

Apa yang menakutkan ialah dah ramai pakar kesihatan global mengatakan ancaman penyakit X semakin hampir dan boleh meragut lebih banyak nyawa berbanding Covid-19. Malah, ia lebih ganas daripada Covid-19.

Apa nak jadi dengan dunia ini? Mungkin kita semua sekarang benar-benar di ambang akhir zaman.


Vaksin lagi. Benci betul, tapi hendak nak buat macam mana. Sebenarnya itu kali pertama dalam seumur hidup Ayuni pernah menerima vaksin dalam badan, dan harapnya itulah juga yang kali terakhir. Malangnya disebabkan ancaman penyakit X yang bakal menjelma, WHO menyarankan pengambilan vaksin lagi agar dunia lebih bersiap sedia menghadapi pandemik berbanding ketika menghadapi Covid-19 pada awal 2020.

Ini mengingatkan Ayuni kepada salah satu ramalan Liu Bowen, seorang tokoh negarawan China yang hidup di zaman Dinasti Yuan dan Ching (kurun ke-13). Liu merupakan seorang pegawai kerajaan yang berpengaruh dan dia juga terkenal dengan karya penulisannya yang bertajuk "Lagu Lempeng". Walaupun tajuk teks tersebut kelakar, namun ia menjadi karya paling berharga dalam sejarah dan budaya China! 


Liu Bowen

"Lagu Lempeng" mengandungi beberapa syair yang menceritakan perkara-perkara yang bakal berlaku di masa hadapan. Antara beberapa ramalan Liu yang benar-benar menjadi realiti ialah kejatuhan Dinasti Ming ke tangan penjajah Mongolia, pengembaraan Laksamana Cheng Ho ke Melaka, pemerintahan China di bawah bangsa Manchuria, peristiwa Perang Candu, serta berakhirnya zaman dinasti beraja yang kemudiannya diganti dengan penubuhan kerajaan Republik China.

Namun ada yang lebih misteri daripada ramalan-ramalan dalam "Lagu Lempeng" tersebut. Liu dikatakan telah menulis satu lagi koleksi syair bertajuk "Sepuluh Kebimbangan" di atas sebuah batu di Gunung Baishan. Eh, jauhnya dia menulis. Liu pergi bertapa ke apa masa tu? Di atas batu itu, Liu menulis tentang kemunculan bencana yang bakal mengancam dunia menjelang "Tahun Babi dan Tahun Tikus". Kebetulan pula pandemik Covid-19 mula muncul di antara tahun 2019 dan 2020, iaitu Tahun Babi dan Tahun Tikus mengikut kalendar zodiak Cina!

Adakah Liu telah membuat ramalan tepat mengenai pandemik Covid-19? 

Liu juga menulis bahawa "sepuluh kebimbangan ini akan berlalu di Tahun Naga dan Tahun Ular". Rasa-rasanya apakah maksud Liu di sebalik syair ini? 🤔

Gunung Baishan

Tiada ulasan