Page Menu

Sebuah blog caca-marba yang hidup segak mati tak mau.
Blogger dia pun sekejap update sekejap jadi hantu.

Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2014-2023 Hak Cipta Terpelihara
Dikuasakan oleh Blogger.

Misteri Kubur Berdarah Di Alor Setar Ada Persamaan Dengan Kes Makam Berdarah Di Balikpapan?


Beberapa hari lalu penduduk sekitar Alor Setar kecoh dengan dakwaan bahawa terdapat sebuah kubur di tanah perkuburan berhampiran Masjid Irfan Al Derga menjadi mendap dan mengeluarkan cecair merah dikatakan darah.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Kedah, Datuk Najmi Ahmad, berkata pihak polis sudah mengambil sampel tanah di kubur itu bagi melakukan siasatan lanjut. Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga melakukan siasatan di tanah perkuburan itu kelmarin.

Terdahulu, media melaporkan kubur itu dikatakan mengeluarkan cecair berwarna merah seakan darah sehingga menimbulkan kebimbangan penduduk. Sebuah video berdurasi 19 saat memaparkan keadaan kubur dengan cecair warna merah menjadi tular di media sosial sehingga ramai yang datang ke lokasi itu untuk melihat kejadian berkenaan.

Sejurus itu, ahli kariah masjid, Alias Ishak berharap orang ramai tidak berkumpul di kawasan perkuburan kerana Kota Setar masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran. Malah, dia turut memohon kisah tidak diviralkan kerana tidak mahu menimbulkan fitnah dan aib kepada jenazah serta warisnya.

Kubur tersebut kini telah ditimbus semula oleh pihak masjid.

Apakah agaknya cecair merah yang tiba-tiba muncul di kubur itu? Ia mengingatkan Ayuni kepada kes makam berdarah yang pernah menggemparkan penduduk Balikpapan, Kalimantan Timur pada tahun 2017. Menurut pihak berkuasa di sana, hasil siasatan mereka mendapati cecair merah ibarat darah itu rupa-rupanya getah dari kayu ulin yang terpotong saat menggali kubur, kemudian bercampur dengan unsur dari batu bara yang terdapat di pemakaman tersebut.

Berita tentang makam berdarah di Balikpapan, Kalimantan Timur yang pernah dihebohkan dalam media sosial pada tahun 2017

Kedua-dua kes ini sekaligus mirip kejadian air terjun Blood Falls di Antartika yang mana airnya merah menyerupai darah. 

Blood Falls di Antartika mempunyai air terjun berwarna merah seperti darah

Menurut kajian oleh University of Alaska Fairbanks, air terjun Blood Falls menjadi berwarna merah kerana air asin dari laut yang mengandungi unsur besi oksida bertindakbalas dengan oksigen di udara sekitar. Fenomena ini sama seperti tindakbalas pengaratan besi.

Mungkinkah cecair berwarna merah yang dikatakan menyerupai darah di kubur Alor Setar itu juga terhasil dari getah akar pokok yang terpotong, atau kesan tindakbalas oksida dari batu dan logam berdekatan, atau hasil perbuatan khianat seseorang?

4 ulasan:

  1. Darah atau bukan daripada baunya pun boleh tahu dan dikesan sebenarnyakan. Dan selebihnya semua serahkan kepada Allah.

    BalasPadam
  2. kalau darah, tentu akan dihurungi lalat.
    Mungkin bahan lain agaknya.

    BalasPadam
  3. saya tak rasa tu darah. tapi susah jugak nak kata. Apa pun kita jangan sesekali berprasangka buruk pada si mati..kan?

    BalasPadam