Page Menu

Sebuah blog caca-marba yang hidup segak mati tak mau.
Blogger dia pun sekejap update sekejap jadi hantu.

Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2014-2023 Hak Cipta Terpelihara
Dikuasakan oleh Blogger.

Tudung Saji Viral Jimat Ruang Meja Makan

Hari ini Ayuni nak cerita tentang tudung saji viral 4 tingkat yang cantik dan menarik ini. Sesuai dengan pemiliknya yang juga cantik dan menarik.


Sebenarnya penulis Ayuni dah rimas tengok mak beli tudung saji banyak-banyak sampai dah tak ada ruang nak letak makanan di atas meja...

Dah menyampah tengok tudung saji ke sana ke sini...

Akhirnya akibat tekanan melihat tudung saji pelbagai jenis, warna dan saiz di rumah, Ayuni telah didorong nafsu untuk membuka platform membeli-belah online dan membeli tudung saji bertingkat yang tengah viral di media sosial sejak kebelakangan ini.

Tudung saji viral 4 tingkat

Walaupun seller kata penghantaran akan dibuat dalam masa 20 hari, tapi laju juga tudung saji ni sampai ke rumah. Tak sampai 2 minggu pun posmen dah datang bagi salam depan pintu rumah.

Tingginya kotak

Tinggi betul tudung saji ni. Ukuran dia dalam 27 cm x 27 cm x 60 cm. Boleh muat pinggan dan mangkuk lauk, tapi jenis yang kecil saja. Pinggan mangkuk besar tak boleh masuk. 

Cubaan Ayuni memasukkan pinggan lauk ke dalam tudung saji viral

Nampak dah lebih kemas meja makan daripada sebelum ni sejak dah ada tudung saji viral. Mudah digunakan sebab boleh tutup makanan dengan menolak "pintu" penutup pada setiap tingkat dan tak perlu risau makanan akan dihinggap habuk, lalat dan semut lagi. Kebersihan makanan terjaga. Guna tudung saji bertingkat ni untuk hidang buffet atau jual kuih pun sesuai.



1 ulasan:

  1. selalu gak duk tgk tudung saji ni... rupanya bgs kan functionnya...

    BalasPadam