TRAVEL

Kampung Babi Di Pahang


Terkejut apabila dapat tahu wujud sebuah kampung bernama Kampung Babi di Pahang. Rupa-rupanya kampung tersebut terletak di wilayah Benta, Pahang. Kampung Babi terletak sejauh kira-kira 106 km daripada Kuala Lumpur. 


Yang peliknya, dua lagi daerah Pahang iaitu Temerloh dan Raub juga mempunyai beberapa kawasan dinamakan sempena haiwan najis jenis mughallazah itu: Kampung Bukit Babi, Bukit Babi dan Bukit Kubang Babi.

Pemandangan atas melalui satelit NASA

Tidak jauh dari negeri ini, terdapat juga Pulau Babi yang terletak di Terengganu. Dalam pulau tersebut ada sebuah kampung dinamakan Kampung Pulau Babi, namun dikatakan pada tahun 1992 ahli-ahli jawatankuasa kampung telah memutuskan untuk mengubah nama Kampung Pulau Babi kepada Kampung Pulau Bahagia. Tidak pasti sama ada penduduk kampung kini lebih bahagia selepas pertukaran nama.

Menurut laman Terengganu Sejahtera, Pulau Babi dinamakan sedemikian kerana ada seorang tua menaiki perahu sambil membawa beberapa ekor babi menuju ke arah pulau tersebut. Malangnya perahu itu beserta babi-babi di dalamnya terbalik di tepi pantai. Maka dinamakan pulau itu Pulau Babi.

Kebetulan di samping Terengganu, Johor juga mempunyai Pulau Babi.

Pulau Babi di Johor. Cantik kan?

Penulis tak tahu mengapa banyak sangat kawasan di sini dinamakan babi. Apakah sejarah babi di sebalik nama kawasan-kawasan di negeri Pahang, Terengganu dan Johor? 

Siapa-siapa yang tahu sila tinggalkan komen di bawah.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

1 Komen:

AzianKhalil berkata...

Saya orang Raub pun tak pernah tahu kewujudannya...tp sejak pindah pekan nanas, bqru tahu kat sini ada kandang babi besar punya...hahaha

Dikuasakan oleh Blogger.