Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

TIPS & RAHSIA

Cara Menghilangkan Bau Tahi Kucing Dalam Bilik Dengan Berkesan


Mesti pening bila masuk ke dalam bilik dan tiba-tiba terbau aroma yang kurang menyenangkan hasil angkara kucing yang suka meninggalkan baja organiknya di merata-rata tempat dalam rumah. Lebih-lebih lagi kalau dia buat angkara dalam bilik tidur, memang mau nak pengsan. Jika tak buat sesuatu untuk menghilangkan bau, ia akan kekal selama beberapa hari. Ibarat dikelilingi udara bergas toksik.

Hari ini Ayuni nak berkongsi cara menghilangkan bau tahi kucing dalam bilik dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di rumah. Cara ini juga mampu menjimatkan masa dan duit daipada membeli penyembur dan pewangi bilik dari pasaraya yang boleh tahan mahal juga harganya. Bayangkan, satu botol spray pewangi bilik sebanyak 280ml pun dah berharga RM20. Cara yang Ayuni kongsi ni sangat menjimatkan kos dan apa yang penting bau busuk cepat hilang.

Bahan-bahan yang diperlukan...

1. Sabun pencuci pinggan 
2. Cuka
3. Botol penyembur


Mula-mula masukkan cecair sabun pencuci pinggan ke dalam botol penyembur. Gunakan sabun pencuci pinggan yang ada esen lemon atau limau nipis. Boleh juga titikkan essential oil dengan aroma yang menyegarkan seperti pudina, lemon atau teh hijau ke dalam botol. Atau hiris dan perah sedikit jus lemon ke dalam botol. Asalkan ada sedikit elemen bau citrus sebab kucing tak suka bau tersebut.

Kemudian tuang 2-3 sudu besar cuka ke dalam botol. Cuka ni fungsinya sebagai penghilang bau (deodorizer) walaupun baunya sendiri cukup kuat. Sebab tu kita campurkan dengan sabun pencuci pinggan tadi.

Campurkan sedikit air untuk memudahkan cecair disembur. Sembur sekitar tempat yang berbau dan Insya-Allah, dalam masa beberapa minit hilang dah bau tahi kucing tu. Lega rasanya, kan?


Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

7 Komen:

  1. Terima kasih perkongsian...dulu kat kampung ada seko kucing kak PC....main kat luar rumah....tapi bila nak berak berdesup lari masuk bilik mesti nak berak atas katil...hari-hari basuh cadar..Allahu...stress tahap gaban...hujungnya hari-hari kena bebel...alih-alih hilang entah ke mana kucingnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha... kasihan dia kena bebel hari-hari, tapi memang geramlah kalau kena dekat diri Ayuni sendiri kucing buat perangai macam tu. Ayuni pula ada seekor anak kucing tu dia boleh buang air dekat pasir luar rumah, tapi disebabkan dia takut dengan seekor lagi kucing besar yang suka buli dia, terpaksalah dia lari masuk ke dalam bilik menyorok diam-diam sampai terkucil dekat situ juga...

      Padam
  2. Good info.. bau tail kucin mmg x tahan oo

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, betul... boleh pengsan seharian haha

      Padam
  3. good tips ni! budak2 ni dah lama request nak bela kucing!haha

    BalasPadam
  4. Thanks for the tips. Stress jugak ni dengan kucing entah sapa sapa kencing merata

    BalasPadam
  5. Good info. Yang stressnya bila yang buat masalah bukan kucing kita tapi kucing yang kita tak tahu siapa tuannya.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.