Page Menu

Sebuah blog caca-marba yang hidup segak mati tak mau.
Blogger dia pun sekejap update sekejap jadi hantu.

Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2014-2023 Hak Cipta Terpelihara
Dikuasakan oleh Blogger.

Terima Bil TNB Berjumlah RM1.7K


Nak pengsan melihat jumlah bil elektrik yang diterima dari Tenaga Nasional Berhad pada bulan ini. Bayangkan baru saja selesai membayar habis bil bulan lalu, tiba-tiba muncul pula bil terbaru berjumlah RM1,7000! 

Dahlah tak pernah skip bayaran, tunggakan pun tak ada. Takkan dalam masa sebulan saja jumlah penggunaan elektrik ialah seribu lebih? Ada orang curi elektrik buat melombong crypto di mana-mana ke? 

Setelah diteliti semula, rupa-rupanya TNB pergi kumpul kesemua baki dari bulan-bulan yang dia buat bacaan anggaran selama 9 bulan dan hempuk terus ke dalam bulan sekarang, campur dengan bil bulanan semasa. Puncanya staf TNB tak pernah datang ke rumah untuk membaca meter elektrik selama 9 bulan dan bila masuk bulan September setelah Ayuni kosongkan akaun, barulah staf tu muncul nak periksa meter. 


Sebelum ini Ayuni dah berapa kali buat aduan tentang kemalasan TNB untuk membuat bacaan sebenar meter elektrik di rumah. Tapi tak pernah dilayan. Oleh manusia. Asyik robot je yang datang minta segala butiran dan maklumat. Lepas tu robot pun sama saja tak guna, hilang terus. Entah-entah butiran aduan pun telah ditongsampahkan.

TNB dah kenakan rakyat caj ICPT untuk bayar kos minyak dia orang pun masih tak gunakan untuk isi minyak motor staf periksa meter ke?

Boleh ke bayar bil TNB secara ansuran? Ada yang kata boleh. Menariknya, polisi TNB dalam website mereka kata tak boleh, melainkan bagi kes tertentu.


Masalahnya kalau pengguna tu dianiaya oleh TNB melalui kecuaian TNB sendiri seperti dalam kes Ayuni ni, adil ke kena paksa bayar lump sum RM1.7K? Bayangkan yang terkena tu orangnya bergaji bersih RM1,500 saja sebulan. This is Malaysia, isit?

Ini bukan kali pertama Ayuni terkena "scam" TNB macam ni. Dulu pun pernah kena, malah pernah terima bil berjumlah RM2,199 pada Oktober 2017. Masa musim pandemik Covid-19 pula staf TNB tak pernah datang untuk baca meter dan buat anggaran sebenar selama 6 bulan. Lagi lawak, alasannya staf tu tersesat tak jumpa rumah kami selama 6 bulan tu. Lepas tu caj elektrik siapa sebenarnya yang kami kena bayar tu agaknya?


Sepanjang musim pandemik lalu kerenah TNB makin menjadi-jadi, seolah-olah mengambil peluang ke atas rakyat yang tak mampu keluar rumah pada waktu tu. Dahlah asyik terputus bekalan api sepanjang musim pandemik. Itu pun nak suruh orang bayar caj ICPT dan surcaj lain-lain. Tup-tup keluar berita tentang TNB meraih keuntungan sebanyak RM973.5 juta di tahun berikutnya.


Bukan Ayuni seorang saja yang tak puas hati dengan perkhidmatan TNB ni. Rasanya satu negara tak puas hati sama. Suruh orang download aplikasi, tapi sama je dia bagi bacaan anggaran juga. Lepas tu paw orang cukup-cukup dengan "baki tertinggal" dari bacaan sebenar secara pukal.


Nak bising pun tak guna. Bila kita tinggal di negara yang banyak dikawal oleh syarikat monopoli, oligopoli yang ada backup oleh kerajaan ni, apa yang kita sebagai rakyat mampu buat? Tujuan kita dilahirkan di negara ini sebagai warganegara sah untuk hidup dikawal seperti tikus makmalkah? Kalau begitu, tiada makna menjadi warganegara sekiranya hidup hanya untuk menjadi lubuk duit bagi pihak berkuasa.


Itulah, nak menyalak pun tiada guna kan? Nak boikot pun susah kerana kita telah dikawal lama. Kalau ada syarikat pembekal tenaga lain yang boleh bersaing dengan TNB macam di Sabah dan Sarawak, mungkin lainlah ceritanya.

2 ulasan:

  1. Aikkk sekarang ni pun ada lagi kes tnb buat anggaran penggunaan bil? Kalau time pkp ari tu ia la

    BalasPadam
  2. The dinner on Alexandra Dhow Cruise was superb! A delectable mix of international cuisines served under the stars. The staff was attentive, and the live entertainment added a touch of magic to the whole experience.

    BalasPadam