BINA BLOG

Hong Kong Sabotaj Blog Aku!


Sejak beberapa bulan ni perasan duit dalam Adsense dah lama tak naik. Tiba-tiba terhenti takat RM47 je. Dulu laju je naik mencanak-canak. Bila tengok paparan blog, iklan Adsense hilang. Jenuh cek coding, bersihkan cache dan cookies, unblock Javascript, perbaharui ads.txt untuk munculkan balik iklan... semuanya tak jalan.

Paling pelik, statistik memaparkan trafik yang tiba-tiba dibanjiri oleh views dari Hong Kong... malah berkali-kali ganda lebih ramai daripada trafik Malaysia! Dari mana datangnya viewers ini? Apa yang mereka cari dalam blog picisan Ayuni ini?

Bagai Yakjud dan Makjud menuruni gunung-gunung hingga memenuhi bumi, tiba-tiba trafik blog ini dipenuhi views dari Hong Kong tanpa sebab munasabah

Hari ini cuba troubleshoot Adsense sekali lagi. Keluar pula notifikasi ini dari Google. Katanya blog yunfila.com mempunyai invalid traffic (trafik haram), jadi iklan Adsense telah disekat sehingga pemberitahuan seterusnya.


Terkilan pula rasa sebab pendapatan sampingan dari blogging telah terjejas. Sedih wooo... ada tinggal RM47 je dalam tu.

Hong Kong telah sabotaj blog Ayuni...

Bagaimana nak sabotaj Hong Kong balik?

Tentang YunFila

Menulis sekadar hobi. Peminat genre steampunk dan gemar melayari video di YouTube.

1 Komen:

Suria Amanda said...

Ramai plak dengarnya blogger kena...sabar ok...harap2 hanya sementara je..

ENTRI TERBARU

KOMEN TERBARU

Powered by Blogger.