Page Menu

Sebuah blog caca-marba yang hidup segak mati tak mau.
Blogger dia pun sekejap update sekejap jadi hantu.

Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2014-2023 Hak Cipta Terpelihara
Dikuasakan oleh Blogger.

Mungkinkah Ini Punca Pesawat Pengintip Israel Melintasi Ruang Udara Malaysia?

Baru-baru ini kecoh satu negara tentang penampakan sebuah pesawat pengintip Israel melintasi ruang udara Malaysia di saat dunia memerhatikan konflik antara Israel dan Palestin.

Pelbagai persoalan dan spekulasi muncul di kalangan masyarakat. Ada yang menyangka ia berpunca kerana Israel telah "koyak" akibat pembulian siber oleh tentera bawang Malaysia lalu cuba menakut-nakutkan warga Malaysia dengan menunjukkan kehadiran mereka berlegar-legar di ruang udara Putrajaya. Ada yang berpendapat Israel mungkin mensasarkan Malaysia sebagai sekutu Palestine kerana bimbang dengan sokongan Malaysia terhadap Palestin memandangkan negara ini mempunyai lebih 1,000 orang Palestin menetap di sini.

Pesawat pengintip Israel dikesan melintasi ruang udara Putrajaya sambil mematikan radarnya

Terbaru laporan media berita Malaysia hari ini agak menarik kerana ia mungkin mendedahkan antara punca pesawat pengintip Israel melintasi ruang udara Malaysia. Menurut laporan berita, Kementerian Luar Negeri Malaysia sedang mencari beberapa individu untuk membantu siasatan dengan memberi keterangan berhubung dakwaan penahanan seorang doktor dari Malaysia di Israel.

Siapa "Dr Nur"?

Individu yang hanya dikenali sebagai "Dr Nur" dipercayai telah ditahan oleh penguatkuasa Israel dan bagi membantu proses pencarian individu itu, Wisma Putra meminta agar beberapa individu lain tampil untuk memberi kerjasama melalui perkongsian info kepada kementerian.

Antara individu-individu yang dinamakan termasuk Heliza Helmi dan Iesya Toh, serta dua orang doktor yang hanya dikenali sebagai "Dr Aida" dan "Dr Shafiq" yang dikatakan bertugas di Hospital Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, kedua-dua doktor tersebut tidak dapat dihubungi oleh pihak Kementerian Luar Negeri.

Heliza Helmi dan Iesya Toh antara individu yang dipanggil untuk tampil memberi keterangan berhubung dakwaan penahanan "Dr Nur"

Sehingga takat petang ini, tiada siapa tahu identiti "Dr Nur" dan di mana dia benar-benar berada.

Jika mengambil kira perspektif yang positif @ husnuzon terhadap niat Israel, ada kemungkinan kementerian pertahanan Israel sedang menghantar model pesawat pengintip tentera terbarunya iaitu Gulfstream 550 Oron (G550) ke markas di Paya Lebar, Singapura, kerana Singapura telah membeli model pesawat jenis ini (G550-EL/W-2085) bagi menggantikan pesawat pengintip model lama E2C-Hawkeyes sejak tahun 2007. Pesawat pengintip G550 Oron dijangka akan mula beroperasi pada tahun 2023 selepas siap dipasang kelengkapan sistem perisikan sepenuhnya. 

Pesawat pengintip tentera Israel terbaru, G550 Oron

Namun begitu laluan udara yang diambil oleh pesawat tersebut menimbulkan seribu tanda tanya. Malah, model pesawat yang dikenalpasti ialah Boeing 737-400 dengan bernombor pendaftaran 4X-AOO milik syarikat IAI-Elta bukan G550 Oron. Biasanya pesawat jenis ini digunakan sebagai platform ujian peralatan radar dan elektronik dalam perisikan maritim, udara dan menampung sistem perlindungan misil pesawat komersil.

Justeru, kerajaan perlu jelaskan kepada rakyat apabila Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memberi kebenaran kepada pesawat itu memasuki ruang udara negara ketika dalam perjalanan dari Tel-Aviv ke Singapura.

Hanya Pesawat Ujian Sistem Perisikan, Bukan Pesawat Pengintip Tentera

Blogger dikenali sebagai Seademon menulis bahawa pesawat yang melintasi ruang udara Malaysia tersebut bukan pesawat pengintip milik tentera Israel, sebaliknya pesawat milik syarikat sistem pertahanan IAI Elta Systems yang sedang menjalani ujian produk. Seademon juga mengatakan pesawat itu telah pun mendapat kebenaran dari CAAM untuk menggunakan laluan udara Malaysia. Ini mungkin penjelasan mengapa bukan pesawat G550 Oron tetapi prototaip pengintip yang melintasi ruang udara Malaysia. 


Lagipun sekiranya Israel ingin mengintip Malaysia, bukankah ia satu langkah bodoh untuk menghantar pesawat yang terang-terang berupa pesawat pengintip? Lebih baik ia diam-diam menyamar jadi pesawat komersil Malaysia seperti yang pernah didakwa oleh China tentang pesawat pengintip Amerika Syarikat yang dituduh cuba mengintip markas tentera China dengan menyamar sebagai pesawat Malaysia pada tahun lalu.

Media Singapura hari ini juga melaporkan bahawa pesawat Israel tersebut hanya menjalankan ujian komersil di kawasan jajahan Singapura dan tidak mempunyai sebarang agenda di sebaliknya.


Tiada ulasan