SPONSORED POST

Fesyen Flip Flop Wanita: Comel & Ringkas


Minat memakai flip flop? Jika ya, maka anda seorang yang bergaya ringkas dan ceria. Bukan sahaja flip flop memberikan kaki anda kebebasan, malah ia juga memberi anda peluang untuk mempamerkan warna pengilat kuku terbaru anda kepada dunia... nampak tak permainan si gadis flip flop di situ?

Padanan pengilat kuku biru firus dengan flip flop merah jambu pastel yang mencairkan hati

Kepada yang tak biasa dengan pemakaian flip flop, mungkin anda akan tertanya-tanya apakah perbezaan antara flip flop dan sandal.


Flip flop kebiasaannya adalah selipar ringan, ringkas tanpa hiasan atau rekaan tali yang rumit, tidak bertumit, serta mempunyai bahagian atas yang terbuka sehingga menampakkan keseluruhan bahagian kaki si pemakai termasuk jari kaki. Ianya amat sesuai digunakan dalam cuaca tropika yang beriklim panas. Anda boleh lihat ramai orang memakai flip flop ketika ke tepi pantai, kolam renang, malah untuk aktiviti harian yang biasa kerana permukaan tapaknya yang rata serta sifat bahannya yang kalis air berbanding sandal dan kasut.


Bagai pedang bermata kembar, fesyen flip flop mengundang ramai peminat dan pembenci pada masa yang sama. Disebabkan rekaannya yang ringkas dan kasual, flip flop digemari oleh golongan muda yang menganggap ia melambangkan kebebasan individu. Namun, protokol sosial yang kukuh secara berzaman membuatkan masyarakat memandang flip flop sebagai gaya yang selekeh dan tidak sesuai dipakai di majlis formal dan dalam konteks kerja seharian.


Kontroversi pemakaian flip flop bermula pada tahun 2005 di Amerika Syarikat apabila beberapa orang atlet wanita dari Universiti Northwestern dikritik kerana melawat Rumah Putih dengan memakai flip flop. Mereka menjual flip flop mereka di eBay sebagai balasan terhadap kritikan tersebut, lalu menderma hasil kutipan bernilai $1,653 kepada seorang pesakit kanser di New York. Semenjak itu, fenomena flip flop sebagai trend fesyen wanita tercetus di kalangan masyarakat Amerika. Para selebriti dan model terkenal juga tidak ketinggalan mengenakan flip flop sebagai aksesori fesyen mereka.

Para selebriti dan model terkenal memperagakan flip flop masing-masing semasa bersiar-siar di luar

Flip flop menjadi pilihan ramai kerana di samping harganya yang murah ia juga boleh dipadankan dengan apa sahaja baju yang dipakai, terutama sekali apabila si pemakai dalam mood santai. Suaikan dengan baju t-shirt putih yang selesa beserta skirt maxi, atau seluar jeans denim yang digulung atas buku lali - anda pasti akan mendapat gaya yang chic dan minimal.

Koleksi flip flop wanita terkini hadir dengan rekaan yang lebih moden dan menarik, menjanjikan gaya seiring dengan keselesaan. Pelbagai rekaan dan corak flip flop wanita kini boleh didapati di kedai-kedai fesyen yang ternama.


Cepat, tunggu apa lagi... dapatkan sepasang flip flop wanita sekarang untuk gaya yang selesa dan comel!

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

4 Komen:

Najlaa 'Aqilah berkata...

yup betul. flip flop bukan macam selipar jamban je sekarang. versatile. :)

sincerely,
Najlaa 'Aqilah

Ayuni Rafilah berkata...

Betul, gaya flip flop pun banyak boleh disesuaikan dengan fesyen dan acara santai sekarang kan? :D

Mak Jemah Jual Vitamin berkata...

cantik flip flop ni dah lama berkenan tapi tak pernah beli. asyik dok pakai selipar jepun mickey mouse je hehehhe

Ayuni Rafilah berkata...

Jom cari flip flop yang comel, sekarang dah ada yang berfesyen :D

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.