Skip to main content

Posts

Jangan Kedekut Dengan Kucing

Kadang-kadang Allah hantar seekor kucing untuk menjadi guru dan menguji kita supaya kita muhasabah. Jika seekor kucing datang meminta makanan, tapi kita halau dia, itu tanda kita kedekut dengan rezeki yang Allah beri pada kita. Kadang-kadang kucing bawa lari seekor ikan kembong yang kita beli di pasar. Anggaplah itu rezeki untuk kucing tu. Tak payahlah kejar kucing tu keliling kampung! Dia bukan ambil semua, seekor saja. Lainlah kalau kucing tu bawa lari peti sejuk. Selalulah kita beri makan pada binatang. Setiap makanan kita beri makan binatang itu dikira sedekah.

Mungkinkah Ini Punca Pesawat Pengintip Israel Melintasi Ruang Udara Malaysia?

Baru-baru ini kecoh satu negara tentang penampakan sebuah pesawat pengintip Israel melintasi ruang udara Malaysia di saat dunia memerhatikan konflik antara Israel dan Palestin. Pelbagai persoalan dan spekulasi muncul di kalangan masyarakat. Ada yang menyangka ia berpunca kerana Israel telah "koyak" akibat pembulian siber oleh tentera bawang Malaysia lalu cuba menakut-nakutkan warga Malaysia dengan menunjukkan kehadiran mereka berlegar-legar di ruang udara Putrajaya. Ada yang berpendapat Israel mungkin mensasarkan Malaysia sebagai sekutu Palestine kerana bimbang dengan sokongan Malaysia terhadap Palestin memandangkan negara ini mempunyai lebih 1,000 orang Palestin menetap di sini. Pesawat pengintip Israel dikesan melintasi ruang udara Putrajaya sambil mematikan radarnya Terbaru laporan media berita Malaysia hari ini agak menarik kerana ia mungkin mendedahkan antara punca pesawat pengintip Israel melintasi ruang udara Malaysia. Menurut laporan berita, Kementerian Luar Negeri Ma

LRT Berlanggar Di Kg Baru, Lebih 200 Orang Cedera

Terkejut apabila mendapat tahu berita tentang dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) terbabit dalam kemalangan berhampiran stesen Kampung Baru malam tadi. Rasa seram juga sebab pernah ada satu masa tu Ayuni rasa tak sedap hati menaiki LRT dari KLCC kerana apabila tren melalui terowong Kg Baru, tiba-tiba tren bergerak sangat laju hingga ramai penumpang terhuyung-hayang termasuk yang tengah duduk dan terdengar bunyi geseran besi rel yang memeritkan telinga (jarang berlaku sebelum itu). Tren kemudian brek secara mengejut. Terus Ayuni menyuruh mak yang keluar bersama Ayuni hari tu untuk turun di stesen lain sebelum stesen destinasi sebab merasakan ada benda tak baik boleh berlaku. Malam tadi terjadi satu peristiwa yang menggemparkan di Kuala Lumpur. Sebuah tren LRT yang bergerak dari Gombak berlanggar dengan sebuah lagi tren dari arah Kelana Jaya hingga menyebabkan 213 orang penumpang cedera. Kedua-dua tren dilaporkan bertembung kira-kira jam 8.45 malam di antara stesen Kampung Baru dan KLCC

5 Fakta Pelik Yang Bunyi Macam Palsu...

Berikut ialah 5 fakta pelik yang anda pasti akan sangka palsu... tetapi ini semua memang benar! Fakta kelima tu rasanya yang paling susah nak dipercayai. 1. Orang Yunani kuno memutihkan gigi menggunakan air kencing.   2. Tanzania pernah mengalami epidemik sindrom ketawa tanpa henti selama setahun. 3. Sesiapa yang menonton K-Pop di Korea Utara akan dihukum bunuh. 4. Asalnya "Like Button" dalam Facebook hendak diberi nama "Awesome Button". 5. Planet Musytari dan Zuhal berhujankan berlian.

Bila Burung Ini Lapar Semua Haiwan Dia Nak Makan

Burung ini pelik sebab bila dia dah lapar sangat segala makhluk dia bantai nak makan. Ini ke burung pelikan macam dalam cerita Finding Nemo tu? Ada yang kata ini burung stork (bangau) yang hantar bayi manusia ke rumah-rumah tu. Pernahkah anda memiliki haiwan peliharaan atau rakan yang rakus sebegini apabila lapar?

Jenis-Jenis Babi Yang Anda Perlu Tahu

Bila tengok gambar anak-anak babi comel di atas, teringat satu kisah di mana seorang perempuan Melayu sedang berjalan-jalan dengan motornya di sekitar kampung lalu terserempak dengan salah seekor anak babi. Perempuan itu pun mengangkat lalu memasukkan haiwan itu ke dalam bakul motornya sebelum membawa ia pulang ke rumah. Setibanya dia di kampung, perempuan itu menunjukkan penemuannya kepada jiran sebelah rumah sambil dengan girang memberitahu dia hendak membela "anak rusa yang ditemuinya di tengah jalan"... Berbalik kepada blog ini, mesti pembaca tertanya-tanya kenapa kita perlu tahu jenis-jenis babi melalui artikel ini? Kenapa banyak sangat jenis babi yang ada dalam dunia ini? Kenapa artikel ini ditulis? Entahlah, baca sajalah kalau rajin... (AMARAN: SILA JANGAN BACA ARTIKEL INI SEKIRANYA ANDA SEDANG MENGANDUNG. PENULIS TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS ANAK YANG TERKENA KENAN MELALUI ARTIKEL INI) Babi Hutan Semasa kecil babi hutan kelihatan sangat comel iras anak rusa. Ap

Abalones And The Story Of White Painted Woman

I found half shell abalones on sale at the nearby hypermarket. They look big. Each shell is sold at RM2.88. I bought a few shells to try out and later realized that I don't know anything about cooking abalones. All this while I have only seen abalones in cans. Let's not talk about what these abalones actually resemble... Speaking of abalones, I remember an old Apache tale about the abalone shell. It was said that in the old days, the first woman in the world (who was known as White Painted Woman) had survived a great flood in the shell of an abalone. She married the Sun and the Rain, and gave birth to two sons that destroy monsters to make the earth inhabitable for mankind. White Painted Woman then wandered to east until at the end of her life, she found her younger self. They merged and White Painted Woman was born anew. Thus repeatedly, she is born again and again, from generation to generation. An artist's visualization of White Painted Woman