Skip to main content

Posts

Kereta Pun Pakai Maskara...

Macam-macam fesyen hiasan kereta zaman sekarang ni. Sampai maskara pun nak dipakaikan dekat kereta. Eh, menawan pula tengok melentiknya bulu mata - err, lampu depan kereta-kereta ni. Kalah bulu mata kita...

Kisah Nabi Yunus Dan Ikan Paus

Nabi Yunus seorang nabi yang telah diutuskan oleh Allah untuk berdakwah kepada penduduk di sebuah tempat bernama "Ninawa" (kini dikenali sebagai Nineveh di Iraq) yang bukan kaumnya dan tidak pula ada ikatan darah dengan mereka. Kaum Ninawa adalah salah satu kaum yang sangat keras kepala, penyembah berhala dan suka melakukan kejahatan. Nabi Yunus membawa ajaran tauhid dan iman kepada kaum Ninawa, mengajak mereka agar menyembah kepada Allah yang telah menciptakan mereka dan menciptakan alam semesta, meninggalkan persembahan mereka kepada berhala-berhala yang mereka buat sendiri dari batu. Nabi Yunus telah berulang-ulang kali memperingatkan kaum Ninawa. Namun mereka tetap tidak mahu berubah dengan alasan bahawa Nabi Yunus bukan berasal dari kaum mereka.   Pada awalnya ajaran-ajaran Nabi Yunus tersebut sangat baru dan belum pernah di dengar oleh kaum Ninawa. Oleh sebab itu, kaum Ninawa tidak dapat menerima ajarannya untuk menggantikan ajaran dan kepercayaan warisan nenek moyan

Cara Menghilangkan Bau Tahi Kucing Dalam Bilik Dengan Berkesan

Mesti pening bila masuk ke dalam bilik dan tiba-tiba terbau aroma yang kurang menyenangkan hasil angkara kucing yang suka meninggalkan baja organiknya di merata-rata tempat dalam rumah. Lebih-lebih lagi kalau dia buat angkara dalam bilik tidur, memang mau nak pengsan. Jika tak buat sesuatu untuk menghilangkan bau, ia akan kekal selama beberapa hari. Ibarat dikelilingi udara bergas toksik. Hari ini Ayuni nak berkongsi cara menghilangkan bau tahi kucing dalam bilik dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di rumah. Cara ini juga mampu menjimatkan masa dan duit daipada membeli penyembur dan pewangi bilik dari pasaraya yang boleh tahan mahal juga harganya. Bayangkan, satu botol spray pewangi bilik sebanyak 280ml pun dah berharga RM20. Cara yang Ayuni kongsi ni sangat menjimatkan kos dan apa yang penting bau busuk cepat hilang. Bahan-bahan yang diperlukan... 1. Sabun pencuci pinggan  2. Cuka 3. Botol penyembur Mula-mula masukkan cecair sabun pencuci pinggan ke dalam botol pe

Adam Weishaupt: Bapa Pengasas Illuminati

Illuminati dalam entri blog ini merujuk kepada gerakan yang ditubuhkan pada 1 Mei 1776. Nama Illuminati diambil sempena perkataan Latin 'illuminatus' yag bermaksud "pencerahan". Gerakan tersebut berasal dari Bavaria dan diasaskan oleh Adam Weishaupt. Sekiranya Adam Weishaupt masih hidup di zaman sekarang, dia pasti akan berasa terkejut apabila mengetahui idea-idea miliknya bercambah menjadi teori konspirasi global serta memberi inspirasi kepada kebanyakan penerbitan novel dan filem di seluruh dunia sepanjang dua abad ini. Asal-Usul Adam Weishaupt, Bapa Pengasas Illuminati Bagaimana seorang pensyarah undang-undang dari Bavaria di kurun ke-18 menjadi pengasas kepada sebuah pertubuhan rahsia yang paling berbahaya di dalam dunia? Sebenarnya pertubuhan Illuminati tidak akan meluas dengan jayanya tanpa kewujudan campur tangan dari kumpulan rahsia lain yang berpengaruh kuat pada masa itu, iaitu Freemason. Potret Adam Weishaupt Johann Adam Weishaupt berke

Tengok Filem: Good Omens (2019)

Antara kesemua drama BBC yang Ayuni pernah tonton dan ikuti, Good Omens merupakan satu-satunya drama bersiri yang Ayuni paling sukai dan jatuh cinta sehingga kini. Mana tak jatuh cinta, drama ini merupakan adaptasi novel berjudul sama yang ditulis oleh dua penulis Inggeris kegemaran Ayuni iaitu Neil Gaiman dan mendiang Terry Pratchett.  Tambahan lagi Good Omens menampilkan gandingan pelakon British terkenal David Tennant ( Doctor Who ) dan Michael Sheen ( Tron: Legacy ). Satu lagi bonus ialah setiap episod dalam drama ini memainkan lagu-lagu kumpulan Queen yang juga merupakan kumpulan rock kegemaran Ayuni... memang gabungan yang sangat-sangat hebat! Comel sangat dua-dua orang ni. Tetapi paling tak boleh move on tentang drama pengembaraan komedi ini ialah hubungan akrab antara watak syaitan dan malaikat yang cuba menghentikan dunia daripada kiamat di sepanjang jalan cerita ni... David Tennant dan Michael Sheen memang pasangan pelakon yang sangat serasi dan setiap babak yang ada mer

Makan Manisan Turki Umpama Menjamah Secebis Syurga

Tajuk bagi entri Ayuni kali ini bukan dari mana-mana hadith ya, tetapi cuma ekspresi Ayuni terhadap salah satu makanan yang Ayuni gemari iaitu manisan Turki. Bagi Ayuni kali pertama Ayuni jatuh cinta dengan manisan Turki apabila salah seorang pelajar Ayuni yang berbangsa Libya menghadiahkan sekotak manisan Turki khas daripada kedai membuat manisan tertua di Istanbul. Boleh baca tentang kedai tersebut di entri ini: NIKMAT MANISAN TURKISH DELIGHT Sekali lagi Ayuni mendapat rezeki berpeluang merasa manisan Turkish Delight yang lazat apabila menerima sekotak manisan dari Manisan Turki  hari ini. Laju betul posmen hantar ke rumah! Sudahlah bulan jatuh ke riba, malah dapat menjamah secebis syurga~ Inilah kotak manisan Turki yang baru sampai tu, cantikkan? Nampak eksklusif, kalau tengok isi dalam dia lagi eksklusif... memang curlassss! Jom tengok isi dalam dia... waaahhh!!! Terus meleleh air liur di saat terpegun melihat rupa manisan-manisan Turki ini. Bentuk dan rasa manisan ini memang

Guide To Shopping At DAISO By YunFila

With 2,800 stores in Japan and over 4,000 stores worldwide, Daiso is often called “the Japanese dollar store” . Daiso provides a wide variety of merchandise, ranging from kitchenware, foods, toiletries, and other sundries, to cosmetics, stationeries, and mechanical tools.  How many of you like me is a sucker for those strange (and often kawaii) but surprisingly fun and useful items sold by Daiso? It can be crazy shopping at Daiso sometimes, especially when they sell every stuff - no matter what size it comes in - at the insane price of RM5.57!  I am sure most of you who have been to Daiso before always find yourselves checking out tonnes of Daiso products after deciding to take "a quick stroll inside the store". Today I want to share some pretty neat stuff I discovered at Daiso Sunway Putra Mall which have caught my interest. Cat scratch carpet. Good to keep your sweet little m-f busy and hope it'll stay away from turning your newly bought leather sofa into a post-war