Skip to main content

Posts

Pix2Pix Ubah Contengan Biasa Kepada Mimpi Ngeri!

Semalam Ayuni terbaca artikel oleh Mathew Olson dalam Digg.com tentang aplikasi yang menggunakan teknologi rangkaian neural hasil rekaan Christopher Hesse. Bagi sesiapa yang pertama kali dengar tentang teknologi rangkaian neural, teknologi ini menggunakan AI yang telah dilatih untuk menterjemahkan lukisan manusia dan menghasilkan semula terjemahan itu mengikut program sistem. Aplikasi yang dinamakan sebagai Px2Pix ini boleh mengesan garisan contengan yang dibuat dan memaparkan semula contengan dalam bentuk 3D. Caranya mudah, cuma conteng dalam kotak INPUT, klik pada butang Process dan hasil contengan akan keluar dalam kotak OUTPUT. Contohnya boleh dilihat pada gambar-gambar contengan yang Ayuni buat ni: Kucing Kentang Nampak menakutkan! Terutama sekali kentang tu... macam dah kena masak sampai rentung.  Selain itu, aplikasi ini nampaknya boleh buat lukisan objek tak bernyawa kelihatan lebih realistik dan boleh dijadikan alat rujukan untuk membuat rekaan barangan. Maca

10 Patung Paling Berhantu Di Seluruh Dunia

Pernah tak terima patung yang pelik dan berhantu daripada sesiapa? Jika pernah, sila perhatikan sama ada ia dihuni hantu yang tidak berbahaya atau syaitan yang boleh membunuh seperti patung-patung berhantu berikut... 10. Barbie Pulau Ubin Patung Barbie yang dikaitkan dengan misteri paranormal ini muncul di Pulau Ubin, Singapura sejak tahun 2007. Menurut legenda, salah seorang penduduk pulau itu telah bermimpi tentang roh seorang kanak-kanak perempuan berbangsa Jerman yang meminta dia membelikan patung Barbie di sebuah kedai berdekatan. Selepas tiga hari mengalami mimpi sama, lelaki tersebut mengunjungi kedai seperi dalam mimpinya dan menjumpai patung Barbie yang seakan-akan sama seperti yang diminta oleh roh kanak-kanak perempuan itu. Lelaki itu membeli patung Barbie tersebut lalu meletakkannya di Tokong Pulau Ubin dan sehingga kini ramai orang mengunjungi tokong itu untuk memberi hadiah pemujaan demi mendapatkan restu kebaikan nasib dan kesihatan daripada roh kanak-kanak p