Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2020

Yeos Canned Cuttlefish Product Looks Like Something Out Of A Tentacle Horror Movie And Now I Am Scared

I don't know what came over me when I purchased this can of Yeo's cuttlefish in soy sauce. Apart from the clean and fresh shelf-stocked look, the graphic on the label seemed inviting enough for me to chuck the can into my grocery basket despite it being quite pricey (it costs RM5.60 per unit). But hey, I needed something edible to add in my cup of instant ramen. As soon as I pulled the can lid open, a terrifying sight welcomed me. There, submerged in the clear liquid of light soy sauce, was the most bizarre piece of cuttlefish I have ever seen. Its soft, squishy and fleshy facade suddenly reminded me of those face huggers from the Alien franchise, ever ready to jump onto my face and suck out my eyeballs from their sockets... To eat or not to eat? Man, that looks nasty. That is one giant squid ring. Imagine how big the whole thing must be. Where the heck did they get this cuttlefish from? The Bermuda Triangle? Look at the size of those suckers. Okay,

Yasuke, Samurai Berkulit Hitam Dalam Sejarah Jepun

Apabila diceritakan tentang kisah samurai, pasti ramai yang membayangkan wajah-wajah pahlawan Jepun yang garang dan bertubuh tegap dilengkapi dengan pakaian perisai penuh sambil menghunus pedang katana yang menjadi simbol keperwiraan bangsa Jepun di zaman Edo. Namun, tahukah anda bahawa kira-kira 500 tahun dahulu wujud seorang lelaki berkulit hitam dari Afrika yang menjadi legenda di kalangan tokoh samurai di Jepun? Pada tahun 1579, seorang mubaligh Kristian dari Itali tiba di Kyoto bersama-sama pembantunya, seorang pemuda berkulit hitam berketurunan Afrika. Mubaligh tersebut, Alessandro Valignano, telah diamanahkan untuk mengembangkan fahaman Katholik di bahagian Asia Timur, terutamanya di Jepun.  Ketika berada di Jepun, Alessandro berasa terkejut dengan cara mubaligh Kristian lain di sana mengendalikan dakwah mereka kerana mereka enggan menghormati adat dan budaya Jepun serta memandang rendah terhadap orang-orang Jepun. Alessandro tidak menyokong kumpulan mubaligh t

Imam Terkejut Isteri Sebenarnya Lelaki Selepas Dua Minggu Bernikah

Seorang imam digantung jawatan selepas didapati bersalah berkahwin dengan lelaki lain... tanpa pengetahuan imam itu sendiri! Menurut akhbar Uganda Daily Monitor, imam dari Masjid Noor Kampisyi di daerah Kayunga, Sheikh Mohammed Mutumba, dikatakan telah bernikah dengan pengantin "wanita" yang dikenali sebagai Swabullah Nabukeera tanpa mengetahui jantina sebenar isterinya selama dua minggu.  Mutumba telah membayar mas kahwin berjumlah dua ekor kambing, dua guni gula, sekotak garam serta senaskhah Al-Quran kepada Nabukeera. Walau bagaimanapun pasangan mempelai tersebut tidak pernah bersama kerana Nabukeera memberitahu Mutumba bahawa dia sedang dalam keadaan haid. Rahsia Nabukeera terbongkar apabila salah seorang jiran Mutumba ternampak "wanita" tersebut memanjat pagar rumah jiran mereka sambil melarikan set televisyen dan beberapa helai pakaian. Jiran terbabit segera membuat laporan di Balai Polis Kayunga. Nabukeera segera ditahan oleh pihak polis. Semasa pemerik

Cara Betul Pakai Face Mask, Topeng Muka Yang Ramai Orang Jarang Ambil Tahu

Jom belajar cara pakai mask muka dengan betul! (Jangan pakai macam mamat dalam gambar atas tu, tak senonoh  betul...) Ayuni berminat untuk berkongsi cara pemakaian mask muka, atau topeng muka, di blog ini setelah menonton rancangan temubual Pesona XY di RTM  mana salah seorang tamunya ialah Dr. Suraya. Dalam rancangan tersebut Dr. Suraya menunjukkan cara-cara betul untuk mengenakan mask muka. 1. BAHAGIAN BERWARNA DI LUAR: Pastikan bahagian berwarna hijau/biru tu terletak di luar, bukan belakang. Ya, penulis juga pernah melakukan kesilapan yang sama. Silalah luahkan rasa malu tak sudah di ruang komen. 2. IKAT BETUL-BETUL: Pastikan tali pengikat getah disangkut pada telinga. Jika menggunakan tali jenis ikat, pastikan tali bahagian bawah diikat bersambung pada tali bahagian atas topeng dan tidak dibiarkan berjuntai. Kata orang tua-tua, "syaitan suka duduk dekat benda berjuntai-juntai". Mungkin kuman juga sejenis syaitan, sebab itulah agaknya staf