Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2019

Airport Transfer Pilihan Bila Pergi Bercuti

Biasanya bila kita pergi kembara percutian, perkara yang selalu diutamakan mesti tiket penerbangan dan juga penginapan nanti. Tak dinafikan yang ini memang benda paling wajib untuk difikirkan. Tanpa dua benda ni memang tak pergi bercutilah kita. Tetapi kan, ada satu lagi benda yang kita kadang-kadang terlepas pandang dan ia juga tak kurang penting seperti tiket penerbangan dan penginapan. Sebabnya benda inilah yang akan bantu memudahkan perjalanan kita nanti iaitu airport transfer , atau kaedah pengangkutan kita nak pergi ke lapangan terbang nanti. Terdapat beberapa cara mudah dan agak selesa untuk kita gunakan sama ada kembara dilakukan secara solo ataupun dalam kumpulan. Ayuni nak kongsikan serba sedikit tentang pengangkutan  airport transfer yang anda boleh cuba selain daripada memandu sendiri dan meletakkan kereta di KLIA bila merancang untuk pergi bercuti nanti. 1. KLIA Express dan KLIA Transit Ayuni paling suka gunakan kedua-dua jenis airport transfe