Skip to main content

Posts

Sultan Selangor Beli Lukisan Lucu

DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah dipercayai telah membeli sebuah lukisan lucu berbentuk satira yang memaparkan ahli-ahli Parlimen dengan rupa haiwan seperti katak dan monyet. Lukisan tersebut kini diletakkan di dalam bilik istirehat peribadi Sultan Selangor. Pembelian ini menarik perhatian ramai rakyat kerana ia bukan sahaja memiliki unsur sindiran terhadap ahli-ahli Parlimen negara yang adakalanya kecoh dalam Dewan seperti monyet, malah kebetulan pada minggu ini Parlimen sedang membentangkan rang undang-undang yang menghalang ahli Parlimen daripada tindakan lompat parti. Mereka yang berperangai seperti 'katak' suka melompat parti mungkin akan dikenakan tindakan kehilangan kerusi di Parlimen sekiranya berbuat sedemikian lagi.

Burung Ini Comel Macam Patung

Geramnya tengok burung Korean Crow Tit ni... dahlah bulat, gebu pula tu! Rupa dia sebiji macam bebola kapas yang bersayap kecil. Tambahan lagi apabila saiz burung ini memang kenit dan muat dalam genggaman tangan. Burung yang berasal dari Korea Selatan ini tergolong dalam kumpulan Aegithalos caudatus (Long-tailed Tit). Gambar-gambar burung ini yang pernah diambil memang menarik dan tak jemu dipandang. Oleh kerana kecomelannya, ramai orang beranggapan bahawa burung ini tidak wujud dan menyangka ia burung patung. Lihat betapa comelnya dia nak terbang dengan sayapnya yang kecil tu! Waaaahhhh... Tak dapat dinafikan bahawa burung kenit ini merupakan spesis burung yang paling comel di dunia. Burung Korean Crow Tit juga disebut dalam lagu K-Pop berjudul 'Baepsae' nyanyian kumpulan BTS.

Hong Kong Sabotaj Blog Aku!

Sejak beberapa bulan ni perasan duit dalam Adsense dah lama tak naik. Tiba-tiba terhenti takat RM47 je. Dulu laju je naik mencanak-canak. Bila tengok paparan blog, iklan Adsense hilang. Jenuh cek coding, bersihkan cache dan cookies, unblock Javascript, perbaharui ads.txt untuk munculkan balik iklan... semuanya tak jalan. Paling pelik, statistik memaparkan trafik yang tiba-tiba dibanjiri oleh views dari Hong Kong... malah berkali-kali ganda lebih ramai daripada trafik Malaysia! Dari mana datangnya viewers ini? Apa yang mereka cari dalam blog picisan Ayuni ini? Bagai Yakjud dan Makjud menuruni gunung-gunung hingga memenuhi bumi, tiba-tiba trafik blog ini dipenuhi views dari Hong Kong tanpa sebab munasabah Hari ini cuba troubleshoot Adsense sekali lagi. Keluar pula notifikasi ini dari Google. Katanya blog yunfila.com mempunyai invalid traffic (trafik haram), jadi iklan Adsense telah disekat sehingga pemberitahuan seterusnya. Terkilan pula rasa sebab pendapatan sampingan dari blogging tela

Menu Tradisional Yang Boleh Ditemui Di Selangor

Berikut ialah hidangan dan masakan Malaysia di Selangor yang telah menjadi tradisi sejak turun-temurun di mana ianya melibatkan pelbagai cara masakan yang telah diamalkan di Negeri ini. Disebabkan oleh migrasi dan pendatang asing yang telah menginjakkan kakinya di Selangor, Malaysia pada zaman dahulu, ini telah menjadikan Selangor sebagai sebuah Negeri yang kaya dengan budaya dan makanan yang pelbagai rasa! Diikuti diskripsi resipi yang telah disediakan di bawah ini, sesiapa sahaja dan bahkan seluruh dunia kini boleh mencuba untuk menyediakan hidangan tradisi Selangor mereka sendiri!  1) Pecal Pecal Sayur yang sangat lazat ini dikenali sebagai Salad Jawa tradisional yang terdiri dari sayur-sayuran berkhasiat, dihidangi dengan sos kacang yang kadangkala turut disajikan dengan Ketupat atau Lontong. Persediaan untuk membuat Pecal ini adalah sangat mudah dan boleh dicuba dirumah pada bila-bila masa! Antara ramuan pentingnya adalah, kacang tanah untuk menghasilkan kuah kacan

Transform Yourself Into Someone Who Needs Prescription Drugs

After reading a few rib-tickling samples of Botnik Studios ' pre-trained keyboard work on literary texts via Tumblr, I got curious enough to try out the Predictive Writer technology myself. So I logged into the community site, checked out the apps, and tried creating a beauty product ad content like what I usually do for my sponsored posts. The result is pretty hilarious as seen in the screencap below... What if this content becomes a real ad? I tinkered around with the text on my favourite BeFunky Photo Editor app and here's what I imagine it would look like if my content ever makes it to serious publication: This is how Botnik predictive keyboard works - it offers word suggestions based on any text you feed it. You only have to load a text file via the given menu, then start writing using the grid of options below it. Check out other Botnik Studios' pre-trained keyboard results on Harry Potter and The X-Files .

Terhibur Tengok Video Lil Lizat Ni

Banyaknya perkara tersangkut sejak bermulanya zaman pandemik ni. Hidup pun tersangkut, padanlah ramai mengambil keputusan untuk bunuh diri. Dunia pula makin bertambah gila. Marilah hiburkan hati ini dengan menonton video lawak berwatakkan cicak oleh lil lizat  di YouTube sebelum kita pun breakdown dan menjadi betul-betul gila. Tak ingat sejak bila mula mengikut video si lil lizat ... budak ni memang ada bakat mencipta cerita animasi pendek yang menghiburkan hati. Lawak dia tak bodoh (okey, kadang-kadang agak bodoh juga) dan mampu mencuit hati penonton tak kira umur dan latarbelakang di sebalik lukisannya yang amat ringkas. Skrip dia gila-gila tetapi konten dia yang bersahaja mudah untuk penonton relate. Dari segi gaya bahasa dan pop culture yang dipaparkan, ada kemungkinan lil lizat ni berusia dalam lingkungan bawah 20 tahun. Setakat ini lil lizat telah berjaya mengumpul 240,000 subscribers di YouTube. Mudah-mudahan lil lizat  akan meraih Gold Play Button tidak lama lagi.  Nak tengok

Lenyapkan Perempuan Tu Boleh?