October 13, 2021
Transform Yourself Into Someone Who Needs Prescription Drugs
Terhibur Tengok Video Lil Lizat Ni
Setakat ini lil lizat telah berjaya mengumpul 240,000 subscribers di YouTube. Mudah-mudahan lil lizat akan meraih Gold Play Button tidak lama lagi.
Nak tengok video lain yang dihasilkan oleh lil lizat? Boleh pergi ke link di bawah ni:
https://www.youtube.com/channel/UCauk7gKK5vlqxjMsfCVJX4A
October 12, 2021
October 11, 2021
5 Makanan Tradisi Paling Menakutkan Dalam Dunia
(Sardinia)
(Afghanistan, Albania, Algeria, Arab Saudi, Armenia, Azerbaijan, Bahrain, Bosnia and Herzegovina, Bulgaria, Georgia, Greece, Iran, Iraq, Kuwait, Mongolia, dan Turki )
Majlis perkahwinan dan harijadi masyarakat Inuit di Greenland tidak lengkap tanpa hidangan bernama kiviaq ni. Proses menghasilkan kiviaq ni amat unik sehingga ia pernah disiarkan dalam dokumentari BBC. Untuk menyediakan kiviaq, sebanyak 500 ekor bangkai burung auk akan disumbat ke dalam sarung yang diperbuat daripada kulit seekor anjing laut yang telah disapu dengan lemak, kemudian diperam selama berbulan-bulan (3-18 bulan) di bawah timbunan batu. Setelah diperam, burung auk akan dikeluarkan daripada sarung dan dihidang begitu saja ke dalam pinggan. Bayangkan macam mana bau dan rasa dia agaknya... Hanya burung auk digunakan dalam proses pemeraman kerana jika burung lain digunakan si pemakan akan berpotensi mendapat penyakit botulism. Terdapat kes di mana beberapa orang telah mati selepas memakan kiviaq yang dibuat dengan itik laut.
(Thailand)
October 10, 2021
The Most Terrifying Mask For Halloween 2021
September 5, 2021
Jangan Kedekut Dengan Kucing
May 27, 2021
Mungkinkah Ini Punca Pesawat Pengintip Israel Melintasi Ruang Udara Malaysia?
Baru-baru ini kecoh satu negara tentang penampakan sebuah pesawat pengintip Israel melintasi ruang udara Malaysia di saat dunia memerhatikan konflik antara Israel dan Palestin.
Pelbagai persoalan dan spekulasi muncul di kalangan masyarakat. Ada yang menyangka ia berpunca kerana Israel telah "koyak" akibat pembulian siber oleh tentera bawang Malaysia lalu cuba menakut-nakutkan warga Malaysia dengan menunjukkan kehadiran mereka berlegar-legar di ruang udara Putrajaya. Ada yang berpendapat Israel mungkin mensasarkan Malaysia sebagai sekutu Palestine kerana bimbang dengan sokongan Malaysia terhadap Palestin memandangkan negara ini mempunyai lebih 1,000 orang Palestin menetap di sini.
Terbaru laporan media berita Malaysia hari ini agak menarik kerana ia mungkin mendedahkan antara punca pesawat pengintip Israel melintasi ruang udara Malaysia. Menurut laporan berita, Kementerian Luar Negeri Malaysia sedang mencari beberapa individu untuk membantu siasatan dengan memberi keterangan berhubung dakwaan penahanan seorang doktor dari Malaysia di Israel.
Siapa "Dr Nur"?
Individu yang hanya dikenali sebagai "Dr Nur" dipercayai telah ditahan oleh penguatkuasa Israel dan bagi membantu proses pencarian individu itu, Wisma Putra meminta agar beberapa individu lain tampil untuk memberi kerjasama melalui perkongsian info kepada kementerian.
Antara individu-individu yang dinamakan termasuk Heliza Helmi dan Iesya Toh, serta dua orang doktor yang hanya dikenali sebagai "Dr Aida" dan "Dr Shafiq" yang dikatakan bertugas di Hospital Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, kedua-dua doktor tersebut tidak dapat dihubungi oleh pihak Kementerian Luar Negeri.
Sehingga takat petang ini, tiada siapa tahu identiti "Dr Nur" dan di mana dia benar-benar berada.
Jika mengambil kira perspektif yang positif @ husnuzon terhadap niat Israel, ada kemungkinan kementerian pertahanan Israel sedang menghantar model pesawat pengintip tentera terbarunya iaitu Gulfstream 550 Oron (G550) ke markas di Paya Lebar, Singapura, kerana Singapura telah membeli model pesawat jenis ini (G550-EL/W-2085) bagi menggantikan pesawat pengintip model lama E2C-Hawkeyes sejak tahun 2007. Pesawat pengintip G550 Oron dijangka akan mula beroperasi pada tahun 2023 selepas siap dipasang kelengkapan sistem perisikan sepenuhnya.
Namun begitu laluan udara yang diambil oleh pesawat tersebut menimbulkan seribu tanda tanya. Malah, model pesawat yang dikenalpasti ialah Boeing 737-400 dengan bernombor pendaftaran 4X-AOO milik syarikat IAI-Elta bukan G550 Oron. Biasanya pesawat jenis ini digunakan sebagai platform ujian peralatan radar dan elektronik dalam perisikan maritim, udara dan menampung sistem perlindungan misil pesawat komersil.
Justeru, kerajaan perlu jelaskan kepada rakyat apabila Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memberi kebenaran kepada pesawat itu memasuki ruang udara negara ketika dalam perjalanan dari Tel-Aviv ke Singapura.
Hanya Pesawat Ujian Sistem Perisikan, Bukan Pesawat Pengintip Tentera
Blogger dikenali sebagai Seademon menulis bahawa pesawat yang melintasi ruang udara Malaysia tersebut bukan pesawat pengintip milik tentera Israel, sebaliknya pesawat milik syarikat sistem pertahanan IAI Elta Systems yang sedang menjalani ujian produk. Seademon juga mengatakan pesawat itu telah pun mendapat kebenaran dari CAAM untuk menggunakan laluan udara Malaysia. Ini mungkin penjelasan mengapa bukan pesawat G550 Oron tetapi prototaip pengintip yang melintasi ruang udara Malaysia.
May 25, 2021
LRT Berlanggar Di Kg Baru, Lebih 200 Orang Cedera
Terkejut apabila mendapat tahu berita tentang dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) terbabit dalam kemalangan berhampiran stesen Kampung Baru malam tadi.
Rasa seram juga sebab pernah ada satu masa tu Ayuni rasa tak sedap hati menaiki LRT dari KLCC kerana apabila tren melalui terowong Kg Baru, tiba-tiba tren bergerak sangat laju hingga ramai penumpang terhuyung-hayang termasuk yang tengah duduk dan terdengar bunyi geseran besi rel yang memeritkan telinga (jarang berlaku sebelum itu). Tren kemudian brek secara mengejut. Terus Ayuni menyuruh mak yang keluar bersama Ayuni hari tu untuk turun di stesen lain sebelum stesen destinasi sebab merasakan ada benda tak baik boleh berlaku.
Malam tadi terjadi satu peristiwa yang menggemparkan di Kuala Lumpur. Sebuah tren LRT yang bergerak dari Gombak berlanggar dengan sebuah lagi tren dari arah Kelana Jaya hingga menyebabkan 213 orang penumpang cedera. Kedua-dua tren dilaporkan bertembung kira-kira jam 8.45 malam di antara stesen Kampung Baru dan KLCC. Tak dapat bayangkan perasaan ngeri yang dilalui oleh para mangsa semasa berada dalam tren tu...
Ini bukan kali pertama LRT pernah mengalami kemalangan. Pada tahun 2008 dulu sebuah tren LRT pernah melanggar belakang tren lain dan 300 orang penumpang terperangkap dalam kedua-dua tren ketika itu.
Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh tiga hari, selepas semua kerja-kerja pembersihan dan pemulihan selesai.
May 18, 2021
5 Fakta Pelik Yang Bunyi Macam Palsu...
March 6, 2021
Bila Burung Ini Lapar Semua Haiwan Dia Nak Makan
Burung ini pelik sebab bila dia dah lapar sangat segala makhluk dia bantai nak makan. Ini ke burung pelikan macam dalam cerita Finding Nemo tu? Ada yang kata ini burung stork (bangau) yang hantar bayi manusia ke rumah-rumah tu. Pernahkah anda memiliki haiwan peliharaan atau rakan yang rakus sebegini apabila lapar?
CERITA TERKINI
Legenda Gitar Elektrik Les Paul
9 haribulan Jun merupakan ulangtahun kelahiran lelaki yang mencipta revolusi baru dalam muzik 'rock n roll' dan rock - dialah Les...
