Skip to main content

Posts

Cari Sugar Daddy Tak Salah, Pengasas Sugarbook Pertahankan Iklan Tak Senonoh

Pengasas serta ketua pengarah eksekutif aplikasi temujanji Sugarbook , Darren Chan, 31 tahun, mengatakan keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengharamkan beberapa papan iklan di Bangsar dan Bukit Kiara yang mempromosikan aplikasi Sugarbook sebagai tindakan yang tidak adil, berikutan aduan yang dibuat oleh netizen tentang iklan yang dikatakan tidak senonoh itu. Darren bersama salah seorang sugar baby yang berjaya Sugarbook merupakan aplikasi platform temujanji yang membantu golongan sugar daddy, iaitu lelaki tua yang kaya, bertemu dengan gadis muda untuk mengisi kesunyian mereka semasa keluar out-station. Gadis muda yang mencari sugar daddy digelar sebagai sugar baby. Biasanya mereka terdiri daripada pelajar institut pengajian tinggi yang mempunyai rupa paras cantik, berusia dalam lingkungan 20-an, pandai bergaya dan mahir melayan kehendak nafsu lelaki tua di atas ranjang. Sebagai balasan gadis itu akan menerima hadiah dalam bentuk wang belanja sara hidup, ba

Luckin Kopi Dan Pau Petai

Pada suatu hari penulis bersama sepupu telah tersesat di Kuala Lumpur walaupun kami berdua orang Kuala Lumpur. Dah 15 tahun kami tak berjalan di kawasan sekitar Pasar Seni sejak meninggalkan kerja lama di ibu kota. Alangkah terkejutnya kami apabila mendapati stesen LRT Pasar Seni dah besar berbanding dahulu. Nak berjalan kaki pun dah senang sekarang sebab lorong jalan kakinya dah lebar serta tak berlubang macam dulu. Jalan punya jalan dalam 3-5 minit terserempak dengan sebuah kopitiam 2 tingkat diberi nama Luckin Kopi di Jalan Panggong. Luckin Kopi di Jalan Panggong Intai dalam kedai tengok ramainya orang. Staf Luckin Kopi muncul lalu meminta kami ambil nombor giliran untuk mendapatkan meja. Macam klinik pula. Sambil menunggu sambil mengunyah maruku yang disediakan di luar. Lupa nak tanya maruku tu kena bayar ke tak. Memandangkan penulis dan sepupu dah lapar serta memiliki selera makan yang besar, kami pun cubalah beberapa menu popular di Luckin Kopi ni. Adalah dalam 20

Airport Transfer Pilihan Bila Pergi Bercuti

Biasanya bila kita pergi kembara percutian, perkara yang selalu diutamakan mesti tiket penerbangan dan juga penginapan nanti. Tak dinafikan yang ini memang benda paling wajib untuk difikirkan. Tanpa dua benda ni memang tak pergi bercutilah kita. Tetapi kan, ada satu lagi benda yang kita kadang-kadang terlepas pandang dan ia juga tak kurang penting seperti tiket penerbangan dan penginapan. Sebabnya benda inilah yang akan bantu memudahkan perjalanan kita nanti iaitu airport transfer , atau kaedah pengangkutan kita nak pergi ke lapangan terbang nanti. Terdapat beberapa cara mudah dan agak selesa untuk kita gunakan sama ada kembara dilakukan secara solo ataupun dalam kumpulan. Ayuni nak kongsikan serba sedikit tentang pengangkutan  airport transfer yang anda boleh cuba selain daripada memandu sendiri dan meletakkan kereta di KLIA bila merancang untuk pergi bercuti nanti. 1. KLIA Express dan KLIA Transit Ayuni paling suka gunakan kedua-dua jenis airport transfe

Kereta Pun Pakai Maskara...

Macam-macam fesyen hiasan kereta zaman sekarang ni. Sampai maskara pun nak dipakaikan dekat kereta. Eh, menawan pula tengok melentiknya bulu mata - err, lampu depan kereta-kereta ni. Kalah bulu mata kita...

Kisah Nabi Yunus Dan Ikan Paus

Nabi Yunus seorang nabi yang telah diutuskan oleh Allah untuk berdakwah kepada penduduk di sebuah tempat bernama "Ninawa" (kini dikenali sebagai Nineveh di Iraq) yang bukan kaumnya dan tidak pula ada ikatan darah dengan mereka. Kaum Ninawa adalah salah satu kaum yang sangat keras kepala, penyembah berhala dan suka melakukan kejahatan. Nabi Yunus membawa ajaran tauhid dan iman kepada kaum Ninawa, mengajak mereka agar menyembah kepada Allah yang telah menciptakan mereka dan menciptakan alam semesta, meninggalkan persembahan mereka kepada berhala-berhala yang mereka buat sendiri dari batu. Nabi Yunus telah berulang-ulang kali memperingatkan kaum Ninawa. Namun mereka tetap tidak mahu berubah dengan alasan bahawa Nabi Yunus bukan berasal dari kaum mereka.   Pada awalnya ajaran-ajaran Nabi Yunus tersebut sangat baru dan belum pernah di dengar oleh kaum Ninawa. Oleh sebab itu, kaum Ninawa tidak dapat menerima ajarannya untuk menggantikan ajaran dan kepercayaan warisan nenek moyan

Cara Menghilangkan Bau Tahi Kucing Dalam Bilik Dengan Berkesan

Mesti pening bila masuk ke dalam bilik dan tiba-tiba terbau aroma yang kurang menyenangkan hasil angkara kucing yang suka meninggalkan baja organiknya di merata-rata tempat dalam rumah. Lebih-lebih lagi kalau dia buat angkara dalam bilik tidur, memang mau nak pengsan. Jika tak buat sesuatu untuk menghilangkan bau, ia akan kekal selama beberapa hari. Ibarat dikelilingi udara bergas toksik. Hari ini Ayuni nak berkongsi cara menghilangkan bau tahi kucing dalam bilik dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di rumah. Cara ini juga mampu menjimatkan masa dan duit daipada membeli penyembur dan pewangi bilik dari pasaraya yang boleh tahan mahal juga harganya. Bayangkan, satu botol spray pewangi bilik sebanyak 280ml pun dah berharga RM20. Cara yang Ayuni kongsi ni sangat menjimatkan kos dan apa yang penting bau busuk cepat hilang. Bahan-bahan yang diperlukan... 1. Sabun pencuci pinggan  2. Cuka 3. Botol penyembur Mula-mula masukkan cecair sabun pencuci pinggan ke dalam botol pe

Adam Weishaupt: Bapa Pengasas Illuminati

Illuminati dalam entri blog ini merujuk kepada gerakan yang ditubuhkan pada 1 Mei 1776. Nama Illuminati diambil sempena perkataan Latin 'illuminatus' yag bermaksud "pencerahan". Gerakan tersebut berasal dari Bavaria dan diasaskan oleh Adam Weishaupt. Sekiranya Adam Weishaupt masih hidup di zaman sekarang, dia pasti akan berasa terkejut apabila mengetahui idea-idea miliknya bercambah menjadi teori konspirasi global serta memberi inspirasi kepada kebanyakan penerbitan novel dan filem di seluruh dunia sepanjang dua abad ini. Asal-Usul Adam Weishaupt, Bapa Pengasas Illuminati Bagaimana seorang pensyarah undang-undang dari Bavaria di kurun ke-18 menjadi pengasas kepada sebuah pertubuhan rahsia yang paling berbahaya di dalam dunia? Sebenarnya pertubuhan Illuminati tidak akan meluas dengan jayanya tanpa kewujudan campur tangan dari kumpulan rahsia lain yang berpengaruh kuat pada masa itu, iaitu Freemason. Potret Adam Weishaupt Johann Adam Weishaupt berke