Skip to main content

Posts

Adam Weishaupt: Bapa Pengasas Illuminati

Illuminati dalam entri blog ini merujuk kepada gerakan yang ditubuhkan pada 1 Mei 1776. Nama Illuminati diambil sempena perkataan Latin 'illuminatus' yag bermaksud "pencerahan". Gerakan tersebut berasal dari Bavaria dan diasaskan oleh Adam Weishaupt. Sekiranya Adam Weishaupt masih hidup di zaman sekarang, dia pasti akan berasa terkejut apabila mengetahui idea-idea miliknya bercambah menjadi teori konspirasi global serta memberi inspirasi kepada kebanyakan penerbitan novel dan filem di seluruh dunia sepanjang dua abad ini. Asal-Usul Adam Weishaupt, Bapa Pengasas Illuminati Bagaimana seorang pensyarah undang-undang dari Bavaria di kurun ke-18 menjadi pengasas kepada sebuah pertubuhan rahsia yang paling berbahaya di dalam dunia? Sebenarnya pertubuhan Illuminati tidak akan meluas dengan jayanya tanpa kewujudan campur tangan dari kumpulan rahsia lain yang berpengaruh kuat pada masa itu, iaitu Freemason. Potret Adam Weishaupt Johann Adam Weishaupt berke

Tengok Filem: Good Omens (2019)

Antara kesemua drama BBC yang Ayuni pernah tonton dan ikuti, Good Omens merupakan satu-satunya drama bersiri yang Ayuni paling sukai dan jatuh cinta sehingga kini. Mana tak jatuh cinta, drama ini merupakan adaptasi novel berjudul sama yang ditulis oleh dua penulis Inggeris kegemaran Ayuni iaitu Neil Gaiman dan mendiang Terry Pratchett.  Tambahan lagi Good Omens menampilkan gandingan pelakon British terkenal David Tennant ( Doctor Who ) dan Michael Sheen ( Tron: Legacy ). Satu lagi bonus ialah setiap episod dalam drama ini memainkan lagu-lagu kumpulan Queen yang juga merupakan kumpulan rock kegemaran Ayuni... memang gabungan yang sangat-sangat hebat! Comel sangat dua-dua orang ni. Tetapi paling tak boleh move on tentang drama pengembaraan komedi ini ialah hubungan akrab antara watak syaitan dan malaikat yang cuba menghentikan dunia daripada kiamat di sepanjang jalan cerita ni... David Tennant dan Michael Sheen memang pasangan pelakon yang sangat serasi dan setiap babak yang ada mer

Makan Manisan Turki Umpama Menjamah Secebis Syurga

Tajuk bagi entri Ayuni kali ini bukan dari mana-mana hadith ya, tetapi cuma ekspresi Ayuni terhadap salah satu makanan yang Ayuni gemari iaitu manisan Turki. Bagi Ayuni kali pertama Ayuni jatuh cinta dengan manisan Turki apabila salah seorang pelajar Ayuni yang berbangsa Libya menghadiahkan sekotak manisan Turki khas daripada kedai membuat manisan tertua di Istanbul. Boleh baca tentang kedai tersebut di entri ini: NIKMAT MANISAN TURKISH DELIGHT Sekali lagi Ayuni mendapat rezeki berpeluang merasa manisan Turkish Delight yang lazat apabila menerima sekotak manisan dari Manisan Turki  hari ini. Laju betul posmen hantar ke rumah! Sudahlah bulan jatuh ke riba, malah dapat menjamah secebis syurga~ Inilah kotak manisan Turki yang baru sampai tu, cantikkan? Nampak eksklusif, kalau tengok isi dalam dia lagi eksklusif... memang curlassss! Jom tengok isi dalam dia... waaahhh!!! Terus meleleh air liur di saat terpegun melihat rupa manisan-manisan Turki ini. Bentuk dan rasa manisan ini memang

Guide To Shopping At DAISO By YunFila

With 2,800 stores in Japan and over 4,000 stores worldwide, Daiso is often called “the Japanese dollar store” . Daiso provides a wide variety of merchandise, ranging from kitchenware, foods, toiletries, and other sundries, to cosmetics, stationeries, and mechanical tools.  How many of you like me is a sucker for those strange (and often kawaii) but surprisingly fun and useful items sold by Daiso? It can be crazy shopping at Daiso sometimes, especially when they sell every stuff - no matter what size it comes in - at the insane price of RM5.57!  I am sure most of you who have been to Daiso before always find yourselves checking out tonnes of Daiso products after deciding to take "a quick stroll inside the store". Today I want to share some pretty neat stuff I discovered at Daiso Sunway Putra Mall which have caught my interest. Cat scratch carpet. Good to keep your sweet little m-f busy and hope it'll stay away from turning your newly bought leather sofa into a post-war

Klinik Tutup Kerana Gangguan Misteri?

Sepucuk surat bertarikh 28 Mac 2019 yang memaklumkan arahan penutupan sebuah klinik desa di Hulu Selangor kini menjadi tular di media sosial kerana dikaitkan dengan elemen mistik dan paranormal. Klinik Desa Gesir Tengah dikatakan terpaksa ditutup gara-gara mengalami gangguan misteri yang menyebabkan beberapa orang jururawat dan pesakit klinik tersebut menjadi trauma. Gangguan dikatakan bermula sejak tahun 2007 dan kerap berulang sehingga ke tahun 2019. Walaupun inisiatif telah diambil untuk menyelesaikan masalah termasuk mengamalkan rawatan Islam dan tradisional, namun gangguan halus tetap berulang malah semakin menjadi-jadi. Akibat daripada gangguan misteri tersebut, perkhidmatan klinik desa terpaksa dipindahkan ke Klinik Kesihatan Sg Selisik yang terletak kira-kira 5 km berhampiran kawasan tersebut. Antara jenis gangguan aneh yang diceritakan melalui kronologi yang disertakan sekali dalam post tular tersebut merangkumi penampakan lembaga hitam, nenek tua dan perempuan berambut pan

Tips Menghindari Copyright Strike Di YouTube...

Apalah nasib badan... baru saja nak belajar membina akaun YouTube tiba-tiba dah kena copyright strike gara-gara kena lapor oleh organisasi Freemason . Bercakap tentang Freemason, apa yang menarik ialah penjelasan tentang pertubuhan tersebut sangat berbeza dalam Wikipedia bahasa Inggeris dan Wikipedia bahasa Melayu . Dalam Wikipedia bahasa Inggeris Freemason diperkenalkan sebagai organisasi berasaskan perpaduan dan persaudaraan. Manakala dalam Wikipedia bahasa Melayu Freemason dikenali sebagai pertubuhan syaitan. Berbalik pada hal Ayuni, sebenarnya Ayuni baru saja belajar membina dan menjenama akaun YouTube seiring dengan permintaan berblogging zaman sekarang. 20 tahun dulu kerja blogging amat mudah dan menggembirakan sebab blogger hanya perlu menulis, memuatnaik gambar dan menggunakan imaginasi. Zaman sekarang ni persaingan media sosial makin hebat dan kerja blogging dah merangkumi bukan takat menulis malah memuatnaik video, mempromosikan barangan klien, membuat perkongsian dalam 10

I Put A Bot To Write A Cupcake Recipe For Me And Here Is The Result...

I put a bot to write a cupcake recipe for me and the result is really messed up. I don't think the cupcakes will ever be ready using the following prescribed method... Check out my bot-written advertisement here:  My Hilarious Beauty Ad Content, Thanks To Botnik