Skip to main content

Posts

Ramadhan Buffet Preview 2019: KLCC Memperkenalkan ‘Bazar Kontemporari’ Untuk Majlis Buka Puasa Korporat dan Awam

Orang ramai dijamin akan mendapat layanan dan perkhidmatan yang cemerlang serta sajian makanan bertaraf 5 bintang apabila menikmati juadah berbuka puasa di  Pusat Konvensyen   Kuala Lumpur (KLCC) . Di samping itu, Pusat Konvensyen juga menawarkan nilai hebat untuk promosi berbuka puasa korporat yang disediakan setiap hari sepanjang Ramadan. Menu Ramadhan Buffet  Tahun ini menu Ramadhan Buffet di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur   merangkumi pelbagai sajian tradisional dan moden yang digabungkan dengan aneka juadah yang menjadi ‘kemestian’ pada bulan Ramadan, antara lain termasuk nasi bukhara Ramadan dihidangkan dengan gulai kawah daging campur bersama kedondong, gulai kawah tulang rusuk kambing bersama ubi kentang, dan gulai kawah ayam kampung bersama pisang muda lemak manis; ayam kampung masak cencaluk; lemak asam telur itik bersama sayur munggai; tembosa dan ubi getok; udang laut dengan Raja durian; dan makanan laut panggang duan pisang ‘ala Portugis’. Sebagai tambahan kepada pelba

Pengalaman Memalukan Makan Di Pulau Ketam Yong Tau Foo

Ayuni tak suka makan yong tau foo tetapi entah macam mana hari ini terlangkah pula ke kedai makan  Pulau Ketam Yong Tau Foo yang baru dibuka di Nu Sentral siang tadi. Mula-mula ingat nak beli takoyaki di situ (kalau masih ingat lagi dulu ada kedai takoyaki dan kafe Kampong Kravers sebelah KFC, berhampiran pawagam GSC di tingkat 5). Tengok-tengok kedai takoyaki dan Kampong Kravers dah tak ada dan digantikan dengan Pulau Ketam Yong Tau Foo . Mama yang merupakan peminat yong tau foo terus kata dia nak cuba makan di situ. Tambahan lagi dia tertarik dengan konsep kedai yong tau foo yang baru tu jadi dia ingin tahu cara servis makanan mereka. Ayuni pun bagi Mama pilih set yang dia mahu sambil Ayuni bayarkan untuk dia di kaunter. Kedai ni amalkan konsep layan diri tetapi makanan akan dihantar oleh staf ke meja kita. Mama pilih set yang ada 3 keping yong tau foo campur chee cheong fun dengan kuah sos pekat. Mula-mula Ayuni tengok saja Mama makan sendirian. Tapi nampak menarik pula warna co

Apa Kaitan Dewi Dalam Logo Starbucks Di Amerika Dengan Roro Kidul Dalam Legenda Jawa?

Kira-kira 10 tahun dahulu Ayuni pernah membaca sebuah salinan teks Yahudi bertajuk Alphabetum Siracidis, Othijoth Ben Sira yang dicatat dalam tahun 700 atau 1000 Selepas Masehi. Penulisnya tidak diketahui siapa hingga kini. Teks ini merupakan tulisan satira yang menghimpunkan koleksi pepatah dari kitab Talmud, falsafah seorang bijaksana bernama Ben Sira, serta kisah tidak senonoh tentang fungsi badan manusia. Entah macam mana Ayuni boleh terjumpa teks ini, dah tak ingat... menyesal pula baca. Walau bagaimanapun Ayuni tertarik dengan kisah Ben Sira, seorang lelaki di Baitulmaqdis, yang mahsyur dengan khabar kebijaksanaannya hingga ke pengetahuan Raja Nebuchadnezzar di Babylon. Tertarik dengan berita tentang kebijaksanaan Ben Sira, Raja Nebuchadnezzar memanggil Ben Sira ke istana untuk mengujinya. Kesemua ujian Raja Nebuchadnezzar dijawab oleh Ben Sira dalam bentuk cerita. ASAL-USUL LILITH, ISTERI PERTAMA ADAM Antara cerita yang paling menarik ialah kisah tentang kewujudan Lilith ke

Man Scissors Louis Vuitton Bag Out Of Annoyance

A Malaysian man decided to cut open an expensive Louis Vuitton bag inside the said brand's premium outlet at KLCC after he refused to put up with the attending staff's "obnoxious attitude" towards him and his friend. A Facebook viral video depicts the man using a pair of scissors to cut open a LV bag with a caption that says: "I actually didn't realize I was being treated like a @#%@!!" The man said to the outlet staff, "You can take this LV bag, just give me a pair of scissors." And off he went cutting... According to the man, he had bought a Louis Vuitton bag 3 days before and went to the store to have a name tag affixed to the bag. However the staff refused to provide service to the man. What annoyed the man was not because of being refused service, but by the way the staff gave unfavourable looks upon  him and his friend as if they were "like monkeys". "You know what I observed? I actually didn&#

Hyperdontia - Bila Gigi Tumbuh Dalam Lubang Hidung

Semalam ada berita tentang seorang doktor di Copenhagen yang terkejut apabila menemui pesakitnya seorang lelaki warga emas yang tumbuh gigi dalam bahagian hidung setelah pesakit mengadu tentang masalah pernafasan. Kedengaran memang pelik kerana jarang perkara begitu berlaku. Namun ia bukanlah kes pertama yang pernah terjadi kerana sebelum ini terdapat juga laporan perubatan di China yang merekod kes aneh yang sama berlaku pada tahun 2017, dan di Arab Saudi pada tahun 2014. Fenomena perubatan abnormal ini dikenali sebagai hyperdontia  iaitu keadaan di mana gigi akan tumbuh di tempat-tempat anatomi lain selain daripada tempat yang sepatutnya dalam gusi. Apa Itu Hyperdontia? Hyperdontia atau nama lainnya  mesiodens ialah keadaan bila seseorang ada gigi ekstra yang tumbuh di tempat yang tak sepatutnya. Kes hyperdontia terbahagi kepada dua jenis, yang biasa ditemui dan jarang ditemui (kes unik). Dalam hyperdontia biasa gigi akan tumbuh di luar barisan gigi biasa dalam gusi, manakala dal

Tips Untuk Menaikkan Nafsu Makan Anak Kucing

Tips Untuk Menaikkan Nafsu Makan Anak Kucing | Sebagai teman akrab si manja yang masih muda dan lincah, sudah tentu anda berasa bimbang sekiranya dia tidak lalu makan lalu menjadi kurus sehingga turun berat badan. Jangan risau, hari ini Ayuni ingin berkongsi tips untuk menaikkan nafsu makan anak kucing. Kebanyakan anak kucing akan mengalami masa-masa dia tidak berselera untuk makan, dan adakalanya dia akan makan terlalu banyak sehingga boleh mengundang penyakit. Jika anak kucing enggan makan lebih daripada 12 jam, ini bermakna ia menghidapi penyakit kronik seperti sakit buah pinggang, penyakit hati atau kanser. Berikut ialah 10 cara untuk mengembalikan nafsu makan si manja: Kepelbagaian: Cuba pelbagai jenis makanan kucing yang ada di pasaran bagi memastikan jenis makanan apa yang menjadi kegemaran si manja. Makanan panas: Panaskan makanan untuk si manja dalam kuali atau ketuhar selama 20 saat bagi membangkitkan rasa makanan agar si manja lebih berselera. Panggil si manja maka

Resipi Oden Original

Ingat tak post Ayuni yang lalu tentang pengembaraan Ayuni mencari oden hingga ke Family Mart semata-mata kerana telah bermain permainan Oden Cart? Inilah post tu: PENGEMBARAAN MENCARI ODEN . Walaupun dapat makan oden yang dah siap dijual di Family Mart, namun Ayuni masih berasa tak puas hati kerana rupa oden dia nampak tak sama macam oden dalam permainan yang Ayuni main tu. Kenapa oden dalam permainan tu nampak lebih sedap? Jadi Ayuni cuba belajar sendiri cara membuat oden dengan bertanyakan rakan yang berbangsa Jepun. Banyak rupanya ramuan dalam oden original yang kita jarang ketahui.  Kenapa oden dalam game ni nampak macam lebih sedap daripada oden Family Mart? Tengok tu... oden dia ada udang galah lagi! Hari ini Ayuni hendak berkongsi resipi membuat oden original ikut cara tradisional Jepun. Bahan-bahan yang Ayuni akan tunjuk nanti pun bahan ramuan oden asli, dan ia memang nampak jauh berbeza daripada apa yang dijual di Family Mart. Sebelum tu jom kita kenali dul