Skip to main content

Posts

Senarai Kes Kehilangan Kanak-Kanak Yang Menggemparkan Malaysia 1987-2017

Senarai kes kehilangan kanak-kanak yang pernah menggemparkan Malaysia sepanjang 30 tahun ini iaitu dari tahun 1987 hingga 2017. Ada yang ditemui dalam keadaan tragis dan ada yang masih hilang hingga ke hari ini. 12 April 1987 Ang May Hong, 9 Mangsa keluar ke pasar untuk membeli sarapan pagi dan tidak pulang ke rumah selepas itu. Bapa mangsa menemui mayat mangsa 3 jam berikutnya di sebuah rumah kosong tidak jauh daripada kediaman mereka di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Mangsa didapati telah diseksa, diperkosa dan dibunuh. 12 Januari 1996 Tin Song Sheng, 7 Mangsa diculik dari sekolahnya SRJK Taman Rasah. Terdapat laporan bahawa ada saksi terserempak dengan mangsa sedang meminta sedekah di Pontian, Johor. Mangsa tidak pernah ditemui sehingga sekarang. 28 November 1998 Zulaiha Muhamad, 6 Mangsa dikatakan hilang ketika sedang bermain di bawah pokok jambu mawar bersama adiknya. Sehingga kini mangsa tidak ditemui. 17 Ogos 2001 S. Maniarasi, 4 Mangsa diculik dari rum

Pix2Pix Ubah Contengan Biasa Kepada Mimpi Ngeri!

Semalam Ayuni terbaca artikel oleh Mathew Olson dalam Digg.com tentang aplikasi yang menggunakan teknologi rangkaian neural hasil rekaan Christopher Hesse. Bagi sesiapa yang pertama kali dengar tentang teknologi rangkaian neural, teknologi ini menggunakan AI yang telah dilatih untuk menterjemahkan lukisan manusia dan menghasilkan semula terjemahan itu mengikut program sistem. Aplikasi yang dinamakan sebagai Px2Pix ini boleh mengesan garisan contengan yang dibuat dan memaparkan semula contengan dalam bentuk 3D. Caranya mudah, cuma conteng dalam kotak INPUT, klik pada butang Process dan hasil contengan akan keluar dalam kotak OUTPUT. Contohnya boleh dilihat pada gambar-gambar contengan yang Ayuni buat ni: Kucing Kentang Nampak menakutkan! Terutama sekali kentang tu... macam dah kena masak sampai rentung.  Selain itu, aplikasi ini nampaknya boleh buat lukisan objek tak bernyawa kelihatan lebih realistik dan boleh dijadikan alat rujukan untuk membuat rekaan barangan. Maca

10 Patung Paling Berhantu Di Seluruh Dunia

Pernah tak terima patung yang pelik dan berhantu daripada sesiapa? Jika pernah, sila perhatikan sama ada ia dihuni hantu yang tidak berbahaya atau syaitan yang boleh membunuh seperti patung-patung berhantu berikut... 10. Barbie Pulau Ubin Patung Barbie yang dikaitkan dengan misteri paranormal ini muncul di Pulau Ubin, Singapura sejak tahun 2007. Menurut legenda, salah seorang penduduk pulau itu telah bermimpi tentang roh seorang kanak-kanak perempuan berbangsa Jerman yang meminta dia membelikan patung Barbie di sebuah kedai berdekatan. Selepas tiga hari mengalami mimpi sama, lelaki tersebut mengunjungi kedai seperi dalam mimpinya dan menjumpai patung Barbie yang seakan-akan sama seperti yang diminta oleh roh kanak-kanak perempuan itu. Lelaki itu membeli patung Barbie tersebut lalu meletakkannya di Tokong Pulau Ubin dan sehingga kini ramai orang mengunjungi tokong itu untuk memberi hadiah pemujaan demi mendapatkan restu kebaikan nasib dan kesihatan daripada roh kanak-kanak p