Showing posts with label TRAVEL. Show all posts
Showing posts with label TRAVEL. Show all posts

February 24, 2020

Kampung Babi Di Pahang


Terkejut apabila dapat tahu wujud sebuah kampung bernama Kampung Babi di Pahang. Rupa-rupanya kampung tersebut terletak di wilayah Benta, Pahang. Kampung Babi terletak sejauh kira-kira 106 km daripada Kuala Lumpur. 


Yang peliknya, dua lagi daerah Pahang iaitu Temerloh dan Raub juga mempunyai beberapa kawasan dinamakan sempena haiwan najis jenis mughallazah itu: Kampung Bukit Babi, Bukit Babi dan Bukit Kubang Babi.

Pemandangan atas melalui satelit NASA

Tidak jauh dari negeri ini, terdapat juga Pulau Babi yang terletak di Terengganu. Dalam pulau tersebut ada sebuah kampung dinamakan Kampung Pulau Babi, namun dikatakan pada tahun 1992 ahli-ahli jawatankuasa kampung telah memutuskan untuk mengubah nama Kampung Pulau Babi kepada Kampung Pulau Bahagia. Tidak pasti sama ada penduduk kampung kini lebih bahagia selepas pertukaran nama.

Menurut laman Terengganu Sejahtera, Pulau Babi dinamakan sedemikian kerana ada seorang tua menaiki perahu sambil membawa beberapa ekor babi menuju ke arah pulau tersebut. Malangnya perahu itu beserta babi-babi di dalamnya terbalik di tepi pantai. Maka dinamakan pulau itu Pulau Babi.

Kebetulan di samping Terengganu, Johor juga mempunyai Pulau Babi.

Pulau Babi di Johor. Cantik kan?

Penulis tak tahu mengapa banyak sangat kawasan di sini dinamakan babi. Apakah sejarah babi di sebalik nama kawasan-kawasan di negeri Pahang, Terengganu dan Johor? 

Siapa-siapa yang tahu sila tinggalkan komen di bawah.

November 27, 2019

Airport Transfer Pilihan Bila Pergi Bercuti


Biasanya bila kita pergi kembara percutian, perkara yang selalu diutamakan mesti tiket penerbangan dan juga penginapan nanti. Tak dinafikan yang ini memang benda paling wajib untuk difikirkan. Tanpa dua benda ni memang tak pergi bercutilah kita. Tetapi kan, ada satu lagi benda yang kita kadang-kadang terlepas pandang dan ia juga tak kurang penting seperti tiket penerbangan dan penginapan. Sebabnya benda inilah yang akan bantu memudahkan perjalanan kita nanti iaitu airport transfer, atau kaedah pengangkutan kita nak pergi ke lapangan terbang nanti. Terdapat beberapa cara mudah dan agak selesa untuk kita gunakan sama ada kembara dilakukan secara solo ataupun dalam kumpulan. Penulis nak kongsikan serba sedikit tentang pengangkutan airport transfer yang anda boleh cuba selain daripada memandu sendiri dan meletakkan kereta di KLIA bila merancang untuk pergi bercuti nanti.


1. KLIA Express dan KLIA Transit

Penulis paling suka gunakan kedua-dua jenis airport transfer ni kalau mengembara solo ataupun berdua sebab ia lebih memudahkan dan kosnya pun lebih murah. Bagi mendapatkan tiket tambang murah, penulis selalu gunakan KLIA Express promotion dekat Traveloka sebab ia kerap buat promo 10% diskaun untuk KLIA Express ni. Satu lagi sebab kenapa penulis suka beli tiket dekat website Traveloka berbanding beli di kaunter ialah selain dapat diskaun, harga tiket di Traveloka pun lebih murah... tak silap penulis dalam RM48 sahaja untuk perjalanan sehala, berbanding harga di kaunter iaitu RM55.

Pernah ada seorang kawan ni bertanya, apa beza KLIA Express dengan KLIA Transit ni? Mudah saja nak faham, KLIA Express ni keretapi yang bergerak terus tanpa henti daripada KL Sentral ke KLIA dan sebaliknya. Manakala KLIA Transit pula keretapi yang akan berhenti di beberapa buah stesen sebelum tiba di KLIA. Jadi untuk orang yang tinggal di Putrajaya, Cyberjaya dan lain-lain kawasan sekitarnya boleh memilih untuk naik dari mana-mana stesen KLIA Transit yang berhampiran untuk menuju ke KL Sentral.

Contoh tiket perjalanan sehala KLIA Express yang boleh didapati di kaunter tiket atau melalui website tempahan tiket seperti Traveloka


2. Teksi, Grab dan lain-lain

Selain daripada KLIA Epress dan KLIA Transit, teksi dan kereta Grab juga selalu jadi pilihan pelancong. Ramai takut kalau dengar teksi kan... sebab selalunya teksi ni akan caj harga yang agak mahal berbanding Grab. Dulu penulis pun berfikir macam tu, tetapi ada salah seorang saudara penulis bongkarkan pasal airport coach ticket promo yang dia dapat dekat Traveloka (saudara tu pula kerjanya bawa orang melancong ke luar negara, jadi apa-apa hal promosi berkaitan tiket penerbangan, hotel, pakej percutian dan sebagainya dialah orang nombor satu yang bagitahu). Rupa-rupanya Traveloka ni pun ada buat servis airport taxi miliknya sendiri, lebih kurang macam Grab. Bezanya cuma kita boleh buat tempahan lebih awal sebelum bertolak bersesuaian dengan masa kita. Kalau pergi melancong atau bercuti dalam kumpulan 3-6 orang memang berbaloi guna airport taxi ni. 

Kalau yang dah terbiasa dengan servis Grab pun tak ada masalah untuk naik kereta Grab sebagai pengangkutan airport transfer. Selalunya harga tambang Grab dengan airport taxi di bawah Traveloka tu pun memang tak jauh beza. Bagi yang jenis santai dan suka buat  tempahan last minute, Grab adalah satu pilihan yang agak sesuai. Memandangkan penulis jenis yang suka merancang percutian awal-awal, jadi penulis lebih gemar menggunakan airport taxi Traveloka.

Macam nilah rupa airport taxi Traveloka tu...


3. Keluarga atau kawan hantar

Rasanya yang ini ramai buat sebab lebih mudah dan lebih selesa. Antara kesemua kaedah pengangkutan airport transfer yang ada, cara ini yang paling best. Dulu-ulu sebelum kenal KLIA Express, Grab dan sebagainya penulis memang selalu minta keluarga ataupun kawan-kawan hantarkan ke lapangan terbang. Namun bila dah tahu rupanya ada kemudahan lain yang boleh digunakan, dah tak payah nak minta tolong orang lain hantarkan. Tak sanggup rasanya nak susahkan orang semata-mata nak hantarkan kita ke lapangan terbang ni. Namun ini akan jadi pilihan yang terakhir sekiranya dah terpaksa. Selagi boleh elak, kita elak lah. Lainlah kalau memang ada jenis keluarga yang kalau boleh nak hantar dekat depan balai berlepas sekali, tu memang tak boleh nak kata apa, terima sajalah...

Sebenarnya apa yang seronok tentang keluarga atau kawan-kawan hantar ni ialah dapat peluang bergambar beramai-ramai di balai berlepas macam ni untuk kenangan. (Gambar sekadar hiasan)

January 29, 2018

Travel To Melaka: Wilayah Asam Pedas Dan Peranakan... Jom Bersantai Di Melaka!

Wilayah Asam Pedas Dan Peranakan... Jom Bersantai Di Melaka! | Siapa pernah pergi ke Melaka? Rugi kalau tak pernah pergi tau sebab Bandaraya Melaka sekarang dah jauh cantik berbanding sebelumnya. Masa Ayuni melawat Melaka baru-baru ni rasa terkejut juga apabila tengok perubahan pembangunan yang indah di sekitar bandaraya.


Sebut tentang Melaka pasti ramai akan terbayangkan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan runtuhan Kota A Famosa yang pernah didirikan oleh penjajah Portugis pada kurun ke-15. Sejarah awal Melaka agak menarik kerana ia merupakan antara negeri tertua di Semenanjung Malaysia di samping Kedah dan Kelantan. Berbeza dengan kepercayaan umum, jajahan empayar Kesultanan Melayu Melaka bukan setakat negeri Melaka yang kita kenali sekarang ini tetapi merangkumi Riau di Indonesia sehingga Pattani di Thailand.


Bandaraya Melaka pernah menjadi pusat entreport bagi aktiviti perdagangan antarabangsa serta pusat akademi pengajian Islam bahagian Nusantara Melayu hasil daripada kemasukan golongan saudagar Islam dari China dan India. Kini Bandaraya Melaka menjadi wilayahnya sendiri dan merupakan destinasi pelancongan terkenal di Malaysia kerana latar belakang sejarah dan keunikan struktur binaan bangunannya. Melaka juga telah diiktiraf oleh UNESCO dan di peringkat antarabangsa sebagai salah satu bandar warisan dunia kerana mempunyai campuran budaya yang menarik untuk diterokai seperti Peranakan atau Baba dan Nyonya.


Apa yang ada di Melaka? Walaupun Bandaraya Melaka taklah besar mana namun ia menawarkan banyak tempat menarik yang menyeronokkan sepanjang percutian. Boleh pilih sama ada nak bercuti seorang diri, dengan teman, atau bersama keluarga sebab terdapat pelbagai aktiviti yang bersesuaian mengikut jenis percutian. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan ketika bersantai bersama teman atau keluarga ialah menyusuri Sungai Melaka dengan menaiki bot dalam Melaka River Cruise. Paling best kalau pergi pada waktu malam sebab masa itulah cuaca tak panas dan kita boleh tengok pemandangan lampu-lampu neon yang berwarna-warni di atas bot... pemandangannya tak ubah romantik seperti berada di Venice!


Selain daripada Melaka River Cruise, ada satu lagi tempat yang tak kurang juga menarik iaitu Taman Rekreasi Air Panas Jasin. Taman rekreasi ni memang sesuai untuk pelancong yang suka berendam dalam kolam air panas semulajadi. Segar pun segar, sihat pun sihat. Lagipun ia taklah jauh dari pusat bandar dan mempunyai kemudahan yang lengkap seperti bangsal, taman tema air mini dan tempat parking kereta. Tapi apa yang paling penting kolam air panas kat sini terjaga dan bersih.


Sejujurnya, tempat yang paling Ayuni suka pergi di Melaka ialah Pantai Klebang. Kawasan pantai ni memang best sebab ia mempunyai pesisiran pantai berpasir yang lapang dan luas. Lebih-lebih lagi sebab senang nak cari tempat makan di sana, dan kalau nak tahu Klebang memang viral dengan minuman Coconut Shake dan Cendol Bakar.


Foodie memang wajib pergi ke sekitar Klebang untuk merasa lauk asam pedas dan masakan nyonya yang menjadi resipi trademark Melaka. Salah satu tempat makan yang Ayuni rekemen pergi bila berada di Melaka ialah Warung Nenek Munah. Sarapan pagi dia macam-macam ada - pelbagai pilihan untuk dijamah termasuk roti canai Melayu, mee kari, lontong, dan sebagainya. Untuk peminat asam pedas boleh cuba singgah kedai Asam Pedas Claypot Restoran Kota Laksamana untuk merasai keenakkan dan keunikkan asam pedasnya.


Kalau nak lawat kawasan bersejarah di Melaka, bolehlah bawa keluarga atau rombongan kelas/sekolah/pejabat pergi ke pusat bandar yang menempati Kota A'Famosa dan muzium-muzium menarik seperti Muzium Kesultanan Melayu Melaka. Di sini terdapat beberapa info sejarah yang boleh dihayati dan sesuai untuk membuat aktiviti bergambar sebab di sekitar kawasannya terdapat beberapa laras meriam peninggalan penjajah Portugis yang menarik dan unik. Jangan lepaskan peluang untuk menaiki dan mengambil gambar dengan beca berhias yang berkeliaran di sekitar pusat bandar Melaka.


Seterusnya dari Kota A’Famosa ni kaki shopping boleh hinggap ke Mahkota Parade di mana tempat ni boleh dikatakan antara mall yang paling popular di kalangan penduduk setempat dan pelancong. Di dalamnya terdapat banyak kedai untuk aktiviti membeli-belah, dan lokasinya juga sangat dekat dengan Menara Taming Sari.

Tak cukup sebenarnya nak merasa keseronokan bercuti di Melaka dalam masa satu hari, oleh itu langkah paling baik ialah book tempat penginapan yang selesa dan sesuai dengan jenis percutian, dan kalau boleh berhampiran dengan tempat menarik yang ingin dilawati. Nak cari penginapan menarik yang kena dengan bajet bila datang bercuti ke Melaka taklah susah mana sebenarnya sebab Melaka mempunyai banyak pilihan penginapan yang sesuai untuk semua orang. 

Ayuni cadangkan book mana-mana Melaka hotels on Traveloka sebab mudah nak dapatkan rate yang paling best bila reserve hotel di Melaka melalui Traveloka. Cuma taip 'Melaka City', tempoh hari penginapan dan bilangan orang yang bercuti sama. Terus akan keluar senarai hotel-hotel terbaik di Melaka dengan harga terbaik.


Masa datang ke Melaka untuk menghadiri kenduri kahwin rakan sepejabat, Ayuni dapat book penginapan di Euro Rich Hotel dengan harga tak sampai RM100 pun. Murah, kan? Dahlah selesa, kemudahan serba-serbi lengkap dan berdekatan dengan Menara Taming Sari dan Muzium Flore del Mar pula tu!

November 13, 2017

Travel To Kuala Lumpur: Rumah Terbalik Kuala Lumpur


Rumah Terbalik Kuala Lumpur | Rumah terbalik? Isi dalam rumah tu pun terbalik juga ke? Tak pening ke masuk dalam rumah terbalik? Itulah antara persoalan yang bermain dalam fikiran Ayuni sewaktu menyertai rombongan lawatan media ke Rumah Terbalik Kuala Lumpur yang terletak di kaki Menara KL sempena sambutan acara Citrawarna KL 2017. Rumah Terbalik Kuala Lumpur merupakan destinasi yang dituju di samping beberapa tempat menarik lain di sekitar Kuala Lumpur pada hari itu. Ia mula dibuka kepada orang awam pada tahun 2016. Itulah kali pertama Ayuni memasuki rumah terbalik, dan ia memang pengalaman yang mencelarukan minda!

Dari jauh dah boleh nampak rumah terbalik ini dah sedia terbalik. Tengoklah betapa terbaliknya keadaan rumah ini dengan bumbungnya di bawah, lantainya di atas. Pintu depan pun di atas. Macam mana nak masuk ni?

Rumah Terbalik Kuala Lumpur

Mujurlah ada tangga di tepi rumah terbalik yang membolehkan pengunjung masuk ke dalam rumah. Kalau tak mungkin kami cuma boleh tengok dari luar sahaja. Saiz keluasan Rumah Terbalik Kuala Lumpur ini agak sederhana, lebih kurang dalam 2,000 kaki persegi. Rumah terbalik ini terdiri dari dua tingkat dan setiap tingkat mempunyai bilik dengan perabot yang disusun secara terbalik.

Seronok betul pengunjung datang menterbalikkan diri dalam rumah terbalik ini... jika anda inginkan pengalaman seperti dalam kisah Alice in Wonderland, Rumah Terbalik Kuala Lumpur pasti menepati impian anda. Dah jadi macam Spider-Man semuanya...


Info lanjut tentang Rumah Terbalik Kuala Lumpur:

E-mail: klupsidedown@yahoo.com

November 6, 2017

Travel To Kuala Lumpur: Jelajah Kuala Lumpur Sempena Citrawarna KL 2017


Jelajah Kuala Lumpur Sempena Citrawarna KL 2017 | Minggu lalu Ayuni berpeluang mengikuti sebuah program anjuran majalah Gaya Travel dengan kerjasama oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sempena majlis Citrawarna KL 2017 yang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 28 Oktober 2017. Program bernama EAT.TRAVEL.WRITE & DOODLE 3.0 itu berlangsung selama 3 hari bermula dari 27 sehingga 29 Oktober 2017 dan seramai 30 orang ahli media terdiri daripada wartawan, blogger, personaliti media sosial dan illustrator turut menyertai program tersebut. Tujuan program EAT.TRAVEL.WRITE & DOODLE 3.0 diadakan bagi merapatkan hubungan sesama ahli media sambil mempromosikan acara Citrawarna KL 2017 melalui penerbitan media tradisional dan media sosial. 

Muzium Kesenian Islam Malaysia
Jalan Lembah Perdana, Kuala Lumpur
03-2092 7070

Masa operasi: 
10 pagi - 6 petang setiap hari

Tiket: 
RM 14 (Dewasa) 
RM 7 (Pelajar & Warga Emas)
Percuma (Kanak-Kanak bawah 6 tahun)

Antara artifak dari dunia peradaban Islam di Muzium Kesenian Islam Malaysia
Pada hari pertama kami dibawa ke Muzium Kesenian Islam Malaysia yang terletak berhampiran dengan kawasan Taman Tasik Perdana. Muzium ini mudah dijumpai sebab ia terletak betul-betul sebelah Masjid Negara. Nak jalan kaki ke Taman Burung dan Taman Rama-Rama dari sini pun boleh sebab memang dekat sangat. Lebih kurang dalam 10 minit perjalanan dengan kaki. Muzium ini merupakan muzium kesenian Islam yang terbesar di Asia Tenggara dan mengandungi sejumlah lebih 7,000 artifak dari dunia peradaban Islam. Masa kami masuk dan tengok sekeliling muzium tu memang kagum kami dibuatnya!

Muzium Kesenian Islam dibina pada tahun 1998 dan mempunyai 12 galeri yang dibahagikan kepada jenis artifak dipamerkan. Antara artifak yang terdapat dalam galeri-galeri muzium ialah manuskrip Al-Quran pelbagai saiz (ada juga naskhah Al-Quran sebesar duit syiling 50 sen), senjata dan perisai dari zaman empayar Uthmaniyyah sehingga ke abad ke-19, pakaian dan barang perhiasan masyarakat Islam dari serata dunia, kain penutup pintu bangunan Kaabah, senibina Islam (dalam bentuk model berskala kecil dan membuatkan seseorang berasa seperti watak utama dalam kisah Gulliver's Travels apabila memasuki galeri tersebut), naskhah penulisan oleh perawi dan ilmuwan Islam (Ayuni paling tertarik melihat sebuah buku perubatan dan penjagaan kuda yang ditulis oleh seorang veterinar Islam zaman dahulu) serta barangan perabot, seramik dan hasil pembuatan kaca dari negara-negara seperti China, India, Turki dan Iran.

Restoran Rebung
5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman, Jalan Tanglin, Kuala Lumpur
03-2276 2525
www.restoranrebungdatochefismail.com

Masa operasi: 
7 pagi hingga 10 malam setiap hari

Harga buffet:
RM 40 (Makan tengahari)
RM 50 (Makan malam)

Setelah puas menghayati artifak di muzium, perut masing-masing dah mula lapar. Lebih-lebih lagi bila hujan dah turun, keinginan untuk menikmati masakan dan minuman panas amat kuat. Kami seterusnya singgah ke Restoran Rebung milik Chef Ismail yang terletak tidak jauh dari situ untuk merasai masakan tradisional Melayu yang menjadi menu utama chef tersebut. Jarang dapat makan masakan Melayu asli di Kuala Lumpur, namun lauk-pauk stail kampung seperti ikan patin masak tempoyak, siput sedut masak lemak cili api, daging masak salai, pulut kuning, rendang, gulai telur itik dan sebagainya boleh didapati di sini. Kesemua makanan disajikan dalam bentuk buffet, jadi pengunjung berpeluang memilih apa sahaja makanan yang ada dalam menu. Restoran ini agak popular dengan pelancong luar negara yang datang ke sini sebab ada pelbagai aneka masakan Melayu yang sedap-sedap belaka pada harga berpatutan.

Pemandangan dalam Restoran Rebung di mana masakan tradisional Melayu dihidangkan

Planetarium Negara
Jalan Perdana, Kuala Lumpur
03-2273 4303
www.planetariumnegara.gov.my

Masa operasi: 
9 pagi hingga 4:30 petang setiap hari (kecuali Isnin)

Tiket:
Galeri pameran - PERCUMA
Tayangan filem - RM 12 Dewasa & RM 8 Kanak-Kanak 
/ RM 6 Dewasa (MyKad) & RM 4 Kanak-Kanak (MyKid)

Memandangkan cuaca tidak berapa baik dan hujan lebat turun tanpa henti, kami terpaksa membatalkan hasrat untuk mengunjungi Taman Burung dan sebaliknya meluangkan masa sepanjang hari itu di Planetarium Negara yang juga berada di lokasi berdekatan. Planetarium Negara merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membuktikan komitmen negara dalam pembangunan sains dan teknologi angkasa. Dalam bangunan planetarium ini terdapat sebuah teater dilengkapi skrin dengan kubah bentuk geodesi yang cengkung. Melalui teater ini Planetarium Negara menyampaikan rancangan pendidikan dan menghiburkan mengenai astronomi, pencerapan langit malam dan pelayaran angkasa kepada pelajar sekolah dan orang ramai. Dalam teater ini jugalah kami dapat menonton filem bertajuk 'Journey to A Billion Suns'. Dari tak dapat tengok burung, dapatlah kami tengok bintang. Selain daripada pameran sains dan teknologi angkasa di galeri pameran dan filem dalam teater, pengunjung juga berpeluang merasai pengalaman berpusing-pusing dalam pod angkasa yang disediakan di luar galeri pameran. Namun wanita mengandung, pesakit jantung, dan mereka yang fobia terhadap ruang sempit serta mudah pening disarankan agar jangan menaiki pod angkasa ini... ia memang mengerikan. Jika anda berani dan sukakan cabaran anda dipersilakan menaiki pod angkasa ini. Pastikan teman anda yang naik bersama bukan seorang yang mudah loya dan muntah-muntah.

Antara tarikan di Planetarium Negara

Taman Rimba Eco KL (KL Eco Forest Park)
8, Jalan Raja Chulan, Bukit Kewangan
03-2020 5448
www.forestry.gov.my

Masa operasi: 
7 pagi hingga 6 petang setiap hari

Tiket: Percuma

Siapa sangka bahawa di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur ada hutan belantara? Sebenarnya Taman Rimba Eco KL dahulunya dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Nanas dan ia terletak betul-betul di belakang sekolah lama Ayuni, Convent Bukit Nanas. Dari hutan rimba itulah datangnya monyet-monyet yang selalu singgah ke sekolah kami untuk mencuri bekal makanan dan buku pelajar. Jadi bukan salah pelajar sekiranya ada yang gagal menghantar kerjarumah kerana monyet telah mencurinya. Di sini jugalah program Kids Eco-Dash Siri Kedua dirasmikan oleh YBhg. Datuk Rashidi bin Hasbullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia pada hari ini. 

Cuaca agak baik untuk kami sambung menjelajah Kuala Lumpur pada hari kedua. Seiring dengan tema Citrawarna KL 2017 iaitu 'The Sunrise, The Green and The Echo Within', Taman Rimba Eco KL merupakan pilihan destinasi terbaik bagi pelancongan berkonsep mesra alam (ecotourism). Kebetulan pula semasa kami tiba di perkarangan hutan rimba tersebut, acara larian Kids Eco-Dash Siri Kedua telah bermula. Seramai 500 orang kanak-kanak dalam lingkungan usia 4 hingga 12 tahun menyertai acara larian ini. Memang comel melihat telatah anak-anak kecil berlari sambil diiringi oleh ibubapa masing-masing yang memberi sokongan moral. Antara aktiviti lain yang kami lakukan di sini termasuk meneroka kawasan hutan dengan menaiki jambatan gantung.

Aktiviti-aktiviti sepanjang program Kids Eco Dash Siri Kedua di KL Eco Forest Park

Menara Kuala Lumpur
No. 2 Jalan Punchak Off Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur
03-2020 5444
www.menarakl.com.my

Masa operasi:
9 pagi hingga 10 malam setiap hari

Tiket: 
Sila rujuk di sini - www.menarakl.com.my/index.php/online-ticketing

Kini kami bersedia untuk melangkah ke destinasi kami seterusnya iaitu Sky Deck yang terletak di puncak Menara Kuala Lumpur. Paras ketinggian menara ini dari tanah ialah 421 meter... tinggi, kan? Di kawasan Sky Deck ini terdapat sebuah ruang bernama Sky Box yang berupa bilik berdinding dan berlantaikan kaca. Dari dalam Sky Box ini pengunjung dapat melihat pemandangan panorama bandaraya Kuala Lumpur secara 360 darjah. Rasa seperti sedang melayang di udara apabila masuk ke dalam Sky Box ini. Semestinya bukan untuk mereka yang mudah gayat. Terdapat sebuah Sky Cafe di sini di mana pengunjung boleh berehat dan basahkan tekak dengan pelbagai jenis minuman yang disediakan. Menara ini juga mempunyai sebuah restoran berpusing bernama Atmosphere 360. Pengunjung boleh melihat pemandangan sekeliling Kuala Lumpur sambil menikmati jamuan buffet.

Pemandangan dari atas Sky Deck di Menara Kuala Lumpur

Rumah Terbalik KL (KL Upside Down House)
Off Jalan P Ramlee & Jalan Puncak. Kuala Lumpur
010-802 7547
www.facebook.com/klupsidedown

Masa operasi:
9 pagi hingga 7 malam

Rumah terbalik KL merupakan sebahagian daripada beberapa tarikan utama di sekitar Menara Kuala Lumpur di samping KL Eco Forest Park, Mini Zoo, F1 Simulator, XD Theater, dan Blue Coral Aquarium. Segala perabot disusun secara terbalik di dalam rumah dua tingkat dengan keluasan 2,000 kaki persegi ini dan anda pasti akan pening apabila terpaksa bergambar secara tunggang-langgang di dalam setiap bilik.
Segalanya terbalik dalam KL Upside Down House 

Dataran Merdeka
Jalan Raja, Pusat Bandar, Kuala Lumpur
03-2693 7905
www.visitkl.gov.my

Akhirnya kemuncak pengembaraan kami bermula apabila semua orang berkumpul di Dataran Merdeka beberapa jam sebelum pelancaran Citrawarna KL 2017 pada jam 8:30 malam. Sempena tema Citrawarna KL tahun ini iaitu 'The Sunrise, The Green and The Echo Within', para pengunjung digalakkan membawa sepohon anak pokok ke Dataran Merdeka melalui program "Bring Your Own Plant" anjuran LOCCO. Ayuni tak pasti ke mana mereka akan bawa anak-anak pokok tersebut, tetapi Ayuni harap anak pokok yang Ayuni bawa akan membesar sebagai pokok yang berjasa kepada negara. 

Pelbagai jenis aktiviti santai diadakan di padang Dataran Merdeka terbuka kepada orang awam, antaranya permainan tradisi seperti congkak, lompat getah dan batu seremban, himpunan trak makanan (food truck) yang menyediakan pelbagai makanan enak, persembahan oleh kumpulan penyanyi buskers, pameran lukisan oleh Balai Seni Negara, dan aktiviti doodle oleh para illustrator. Kemunculan belon dan khemah berbentuk kubah, serta penglibatan orang ramai dalam permainan di padang membuatkan suasana di dataran seolah-olah timbul dari kisah dongeng. Keseluruhan pemandangan nampak sangat tenang dan cantik, mungkin kerana aura kegembiraan orang ramai yang tersebar di kawasan sekeliling.

Tiba jam 8:30 malam penonton telah pun memenuhi ruang depan pentas tatkala Menteri Pelancongan dan Kebudayaan YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz merasmikan Citrawarna KL 2017. Acara dipenuhi dengan persembahan tarian dan nyanyian dari kaum berbilang bangsa di Malaysia dengan selingan percikan bunga api yang marak. Melalui gaya penceritaan, penonton dibawa menghayati kesenian setiap kaum dan bangsa Malaysia dari Orang Asli Mah Meri di Selangor sehinggalah ke suku kaum di Sabah dan Sarawak. Program Citrawarna KL 2017 diakhiri dengan persembahan oleh Ning Baizura yang membawa watak Ratu Penjaga Alam Sekitar sambil membawa mesej tentang pentingnya melindungi sistem ekologi dalam sektor pelancongan. Penutupan acara diikuti dengan orang ramai menari sambil mengambil gambar bersama peserta-peserta Citrawarna KL 2017.

Aktiviti santai dan syok sendiri sebelum Citrawarna KL 2017 bermula
Suasana Citrawarna KL 2017... memang gempak!
Siapa kata tiada tempat yang menarik untuk dilawati di Kuala Lumpur? Sepanjang cuti ini apa kata anda yang tinggal di sekitar bandaraya Kuala Lumpur bawa keluarga melawat tempat-tempat yang kami telah kunjungi di atas... pasti anda sekeluarga akan mendapat pengembaraan yang bernilai!

Sila cari hashtag #ETWD17 #SayangMalaysia #GayaTravel #VisitKL #MoTaC dan #CitrawarnaKL2017 dalam Instagram untuk melihat koleksi gambar-gambar yang dirakam sepanjang acara Citrawarna KL 2017.

Terima kasih kepada Gaya Travel Magazine dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang memberi peluang kepada blogger dan pengaruh media sosial mengikuti program EAT.TRAVEL.WRITE & DOODLE 3.0 sempena Citrawarna KL 2017.

April 28, 2017

Travel To Perak: Penginapan Di Impiana Hotel Ipoh

Travel To Perak: Penginapan Di Impiana Hotel Ipoh | Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang terkenal dengan pelbagai budaya dan khazanah yang sangat unik. Lebih-lebih lagi di sebelah Ipoh yang mana memang dah terkenal dengan batu kapurnya dan juga limau bali (antara buah kegemaran Ayuni!). Semasa lalu di lebuhraya Ipoh, anda boleh nampak betapa cantiknya bukit batu kapur di Ipoh. Kalau anda singgah bersama keluarga di Ipoh kelak sempena cuti sekolah ni, bolehlah cuba menginap di Impiana Hotel Ipoh. 

Papan tanda IPOH yang mirip papan tanda Hollywood.

Kalau lalu lebuhraya ni akan nampak bukit batu kapur yang 
menjadi fenomena unik di Ipoh, Perak.

Impiana Hotel Ipoh merupakan sebuah hotel bertaraf empat bintang dan ia terletak betul-betul bersebelahan dengan Jalan Raja Dr. Nazrin Shah. Kalau nak jumpa hotel ini kena cari di mana terletaknya Perpustakaan Awam Perak dan juga Istana Kinta, baru nampak bangunan hotel. Tempat penginapan hotel ini sangat selesa, bersih dan mesra pelanggan dengan layanan staf-staf hotel yang ramah. Apa yang Ayuni rasa menarik tentang Impiana Hotel Ipoh ini ialah konsep gaya kontemporarinya yang sudah pasti menawan hati para pengunjung yang datang ke hotel ini. 

Ruang lobi Impiana Hotel Ipoh.

Walaupun hotel ini bertaraf empat bintang, namun bilik yang ditawarkan agak berbaloi dengan harga untuk penginapan - saiz bilik hotel sederhana saja, tak terlalu besar dan tak terlalu kecil... memang sesuai dengan mereka yang mencari tempat bermalam yang selesa dan ringkas, tanpa banyak cerewet, sepanjang masa berada di bandar Ipoh. Ada tiga jenis bilik yang pengunjung boleh pilih iaitu bilik Deluxe, Premier dan Royal Suite. Untuk yang sering membawa keluarga berjalan, atau mengembara dengan ramai kawan, bolehlah tempah bilik Royal Suite yang lebih selesa dan luas dibandingkan dengan bilik Deluxe.

Bilik Deluxe

Di samping bilik penginapan, hotel ini lengkap dengan kemudahan beriadah untuk tetamu seperti gym, kolam renang, dan juga spa. Bagi Ayuni dah tentu Ayuni akan serbu tempat makan di hotel ini dulu, dan rupa-rupanya banyak juga kawasan dining yang sedap-sedap di sini. Ada empat jenis pilihan tempat makan di sini, seperti The Lobby Lounge, The Bistro, The Coffee House dan The Deli. Dari sarapan pagi sehinggalah ke makan malam, kesemua cuisine yang disediakan memang lazat belaka, jadi jangan ketinggalan untuk mencuba masakan mereka bila singgah di Impiana Hotel Ipoh.

The Coffee House, Impiana Hotel Ipoh.

Masakan chef di sini sedap-sedap tau!

Hotel ini juga ada menyediakan kemudahan untuk disewa bagi yang berminat hendak mengadakan majlis perkahwinan, persidangan, bengkel atau sesi team-building di sini. Untuk mengetahui kadar sewa bagi kemudahan yang dinyatakan, boleh e-mel atau telefon pihak yang bertanggungjawab mengendalikan acara dan majlis di Impiana Hotel Ipoh.

Dewan ballroom yang digunakan untuk sesi conference.

Oh ya, Ayuni nak kongsi tips untuk membuat tempahan hotel dengan semua orang - kalau terasa nak tempah mana-mana hotel macam Impiana Hotel Ipoh ni dengan mudah anda boleh buat tempahan terus melalui Traveloka. Sebabnya Traveloka akan memudahkan kerja anda dengan menyediakan senarai hotel-hotel penginapan yang anda inginkan dengan menawarkan harga yang paling murah... malah lebih murah daripada harga direct booking! Selain itu, dengan Traveloka juga anda boleh buat tempahan untuk tiket penerbangan. Senang kan, dah tak payah nak serabut bagai sebab nak tempah hotel dan tiket penerbangan asing-asing. Jadi kalau nak bawa pasangan dan anak-anak berjalan-jalan di Ipoh sempena cuti sekolah ni, cepat-cepat tempah hotel melalui traveloka.com sekarang untuk mengelakkan masalah tak dapat tempat penginapan yang selesa dan murah.

Mesti ada yang tertanya, apa lagi tempat menarik yang ada di Ipoh ni? Tak jauh dari Impiana Hotel Ipoh ni ada dua tempat yang Ayuni amat rekemen untuk mereka yang ingin menikmati rekreasi bersama orang tersayang:

🌃 Lost World of Tambun

Rasanya ramai yang dah sedia maklum bahawa Lost World of Tambun merupakan syarikat di bawah pengurusan Sunway Lagoon, jadi sudah tentu taman temanya sama seronok seperti di Sunway Lagoon. Kalau anda nak bawa anak-anak ke Lost World of Tambun ni harga tiket agak mahal tetapi ianya sangat berbaloi sebab anda masih dapat menikmati keseronokan bersama keluarga, dan apa yang penting ialah anda dapat mencipta kenangan indah bersama dengan orang yang tersayang. Lost World of Tambun ni berada 9.1 km daripada Impiana Hotel Ipoh dan mengambil masa 19 minit jika menaiki kereta. 

🌃 Funtasy House Trick Art

Pernah dengar tak kewujudan tempat ni? Funtasy House Trick Art ni terletak 3.2 km daripada Impiana Hotel Ipoh dan mengambil masa 9 minit perjalanan dengan menaiki kereta. Disini terdapat pelbagai jenis hasil seni dan lukisan ilusi optikal 3D. Jadi, bagi anda yang gemarkan kesenian dan lukisan, bolehlah singgah di tempat ini, pasti anda akan puas hati punya.

April 21, 2017

Travel To Kuala Lumpur: Siapa Sangka Dalam Kuala Lumpur Ada "Istana Sepanyol" Yang Tersergam Indah?


Travel To Kuala Lumpur: Siapa Sangka Dalam Kuala Lumpur Ada "Istana Sepanyol" Yang Tersergam Indah? | Pada Rabu lalu Ayuni dengan rakan-rakan sepejabat Ayuni telah singgah di sebuah bangunan yang mirip istana atau rumah agam Sepanyol. Kawasan tersebut amat besar dan luas namun tidak ramai yang tahu kewujudan bangunan itu yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Bergambar bersama rakan-rakan sepejabat di depan "istana Sepanyol" yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Bangunan yang dimaksudkan sebenarnya merupakan salah satu kampus pendidikan di bawah pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa yang dikenali sebagai IIUM CRESCENT (Centre for Strategic Continuing Education and Training). Dahulunya ia dikenali sebagai ISTAC (International Institute of Islamic Thought and Civilisation). Bangunan IIUM CRESCENT terletak berhampiran Kompleks Kerajaan Jalan Duta. 

IIUM CRESCENT

Kampus ini merupakan hasil gabungan 3 unit Kuliyyah di bawah Program Perniagaan Strategik iaitu Graduate School of Management, Hasyim M. Harun Law Centre, dan Institut Bahasa Kemajuan. Tujuan utama penubuhan IIUM CRESCENT adalah menjadi pusat sehenti bagi pelajar matang, sama ada warga tempatan atau warga asing, yang sedang bekerja di Malaysia untuk melanjutkan pengajian mereka di peringkat pascasiswazah. Selain kursus akademik, IIUM CRESCENT juga menawarkan kursus profesional, pelatihan dan kelas bahasa. IIUM CRESCENT menawarkan pelbagai program eksekutif dari taraf pra-universiti hingga ke peringkat pascasiswazah secara sepenuh masa, separuh masa dan jarak jauh. 

Pemandangan dari atas balkoni bangunan. 

Menara akademik yang direka berdasarkan senibina yang sering ditemui di negara Maghribi atau Afrika Tengah.

Air pancut dengan ukiran singa di dataran luar bangunan.

Bangunan kampus IIUM CRESCENT terdiri daripada pejabat pentadbiran, bangunan akademik, perpustakaan, masjid dan dewan. Memang kagum dibuatnya apabila melihat senibina bangunan tersebut berciri Islamik seperti yang sering dilihat di kebanyakan negara Eropah Timur. Terasa seperti benar-benar sedang berada di Granada, Sepanyol. Walaupun bangunan ini dibina pada tahun 1987, suasana sekeliling bagaikan rumah agam atau istana lama dengan kewujudan ukiran bunga halus atas tiang dan pintu gerbang bangunan. Pintu gerbang bangunan pula dibina tinggi dan besar, bentuknya mirip pintu-pintu gereja di England dan Scotland yang Ayuni pernah masuki masa dulu.

Pintu gerbang utama.

Tangga utama kampus.

Pintu yang menghala ke koridor kelas. 
Ia mengingatkan Ayuni kepada bangunan sekolah lama Ayuni.

Suasana dalam salah satu bilik kelas kosong.

Suasana dalam dewan banquet.

Pemandangan dalam masjid.

Semasa memasuki dewan utama, rakan-rakan Ayuni terkejut melihat dewannya mirip ruang dalam gereja. Mereka menjadi lebih terkejut apabila Ayuni bercerita bahawa semasa Ayuni bersekolah dulu, kami pernah membuat perjumpaan dan pementasan dalam ruang seperti ini yang mana kami gelar sebagai 'chapel'. Namun apa yang sebenarnya membuat Ayuni tertanya-tanya ialah siapa arkitek bangunan tersebut kerana senibinanya langsung tidak selari dengan persepsi "Islamik" mengikut kefahaman biasa IIUM. Terdapat ukiran haiwan pada air pancut di dataran dan kini dewan disusun mengikut susunan yang biasa dilihat dalam gereja. Sedangkan di kampus utama di Gombak, pembinaan arca berbentuk keris itu pun sudah menjadi kontroversi. 

Ruang dewan utama yang saling tidak tumpah seperti ruang dalam gereja.
Mengingatkan Ayuni kepada zaman sekolah dahulu.

Satu lagi ruang dewan di aras berbeza.

Kami meneroka bilik-bilik lain dalam bangunan dan menemui bilik istirehat yang kelihatan mewah dan perpustakaan yang dibahagikan kepada beberapa tingkat mengikut jenis bahan bacaan. Apa yang menarik tentang reka susunan dalaman kampus ini ialah perabot-perabotnya yang diperbuat daripada kayu dan diimport dari luar negara. Ianya nampak antik dan memberi unsur mistik kepada bilik-bilik setiap tingkat, tak ubah seperti dalam filem Harry Potter. Jarang nak dapat lihat rekaan dan bahan perabot seperti IIUM CRESCENT di mana-mana tempat dalam Malaysia. Kemungkinan besar kesemua perabot diimport dari Eropah Timur.

Bahagian siling bilik istirehat yang kelihatan seperti hujung lembing.

Suasana dalam salah satu perpustakaan IIUM CRESCENT.

Perpustakaan IIUM CRESCENT dari pandangan atas.

Selfie...

Kawan tertinggal...

Kawan ditinggalkan...

Syot terakhir sebelum beredar kembali ke pejabat.

Sekembalinya daripada IIUM CRESCENT, Ayuni cuba mencari latar belakang arkitek yang telah mereka binaan bangunan tersebut. Apa yang peliknya, tiada info berkaitan arkitek bangunan tersebut ditemui dalam internet. Sehinggalah Ayuni terjumpa jurnal kajian hasil penulisan Dr. Aizan Bt Ali @ Mat Zin dari Universiti Malaya semalam, baru Ayuni berjaya memperolehi maklumat yang Ayuni kehendaki. Menurut Dr. Aizan, bangunan kampus IIUM CRESCENT direka oleh Prof Dr Syed Naquib Al-Attas iaitu seorang ahli falsafah Islam terkenal merangkap pengasas ISTAC itu sendiri. 

Prof Dr Syed Naquib Al-Attas

Semasa masih berada di ISTAC, di pejabat lamanya.

Syed Naquib Al-Attas juga dipercayai bapa kepada konsep peng-Islaman pengetahuan dan pendidikan yang kemudiannya menjadi prinsip diikuti IIUM sehingga sekarang. Beliau berketurunan Arab dan lahir di Bogor, Jawa, dan merupakan saudara kandung Syed Hussein Al-Attas. Syed Naquib Al-Attas dikenali melalui penulisan beliau tentang ilmu Sufi dan pernah dianugerahkan sarjana kedoktoran di UK pada tahun 1965 untuk hasil thesisnya 'The Mysticism of Hamzah Fansuri'. Namun buku tersebut mengundang kontroversi di Malaysia yang secara terang-terangan menolak fahaman Sufi. Syed Naquib Al-Attas kemudiannya telah dipaksa bersara dari ISTAC setelah ia diambil alih sepenuhnya oleh IIUM.
Powered by Blogger.