Skip to main content

Posts

Showing posts with the label TENGOK FILEM

Tengok Filem: Good Omens (2019)

Antara kesemua drama BBC yang Ayuni pernah tonton dan ikuti, Good Omens merupakan satu-satunya drama bersiri yang Ayuni paling sukai dan jatuh cinta sehingga kini. Mana tak jatuh cinta, drama ini merupakan adaptasi novel berjudul sama yang ditulis oleh dua penulis Inggeris kegemaran Ayuni iaitu Neil Gaiman dan mendiang Terry Pratchett.  Tambahan lagi Good Omens menampilkan gandingan pelakon British terkenal David Tennant ( Doctor Who ) dan Michael Sheen ( Tron: Legacy ). Satu lagi bonus ialah setiap episod dalam drama ini memainkan lagu-lagu kumpulan Queen yang juga merupakan kumpulan rock kegemaran Ayuni... memang gabungan yang sangat-sangat hebat! Comel sangat dua-dua orang ni. Tetapi paling tak boleh move on tentang drama pengembaraan komedi ini ialah hubungan akrab antara watak syaitan dan malaikat yang cuba menghentikan dunia daripada kiamat di sepanjang jalan cerita ni... David Tennant dan Michael Sheen memang pasangan pelakon yang sangat serasi dan setiap babak yang ada mer