Skip to main content

Posts

Showing posts with the label REVIEW FILEM

Sikit-Sikit Nak Bagi Derma...

Tengah tengok cerita Then Barbara Met Alan di Netflix. Berdasarkan kisah sebenar tentang pasangan kelainan upaya yang berjuang mendapatkan hak sama rata untuk penggunaan pelbagai kemudahan awam di United Kingdom era 1990-an.  Cerita dia bagus dalam menyampaikan sentimen golongan kelainan upaya terhadap penerimaan masyarakat yang cuba membantu tetapi tak cuba memahami isu sebenar masalah mereka. Orang tu nak peluang belajar, bekerja, bersantai dan dapatkan akses kepada kemudahan seperti klinik, khidmat guaman dan sebagainya dengan selamat dan selesa sama seperti orang lain, tapi masyarakat asyik nak bagi sumbangan wang. Tak membantu langsung. Macam di Malaysia ni sikit-sikit nak bagi derma, sikit-sikit nak bagi derma... padahal masalah orang tu ialah tak ada pekerjaan, tak ada IC, tak ada surat beranak, tak ada rumah, tak ada kemudahan asas, tak dapat pembelaan keadilan... bagilah bantuan yang betul-betul menyelesaikan masalah. Ni tak, pergi buat rancangan tv minta orang kesian beramai-

Mah Nakorn (Citizen Dog) - Perempuan Alergik Bas, Rider Zombie, Teddy Bear Merokok dan Nenek Jadi Cicak

Takdir telah membawa seorang pemuda kampung ke bandar Bangkok untuk mencari impiannya, tanpa dia menyedari bahawa apa yang diimpikan selama ini sebenarnya telah lama berada di depan matanya apabila dia berhenti mengejar. Itulah tema utama filem Mah Nakorn atau terjemahan Bahasa Inggerisnya Citizen Dog yang diterbitkan pada tahun 2004. Filem arahan Wisit Sasanatieng ini diadaptasi dari novel karya isteri Wisit sendiri, dan pernah dinobat sebagai filem keenam daripada 10 Filem Terbaik 2005 oleh majalah Time.  Inilah gaya anak kampung tiada pelajaran, kuli kuli sahaja memang tidak padan, cantik ba kau itu banyak yang tergoda, lagi orang kaya... Dengan jalan cerita yang berpentaskan dunia "surreal", Mah Nakorn menengahkan kisah nasib seorang pemuda dari desa bernama Pod (Mahasamut Boonyaruk) yang berhijrah ke Bangkok untuk mencari kerja, walaupun Pod telah banyak kali diberi amaran oleh neneknya (Raenkum Sannin) bahawa dia akan tumbuh ekor sekiranya dia d