Showing posts with label PROMOTED POSTS. Show all posts
Showing posts with label PROMOTED POSTS. Show all posts

November 27, 2019

Airport Transfer Pilihan Bila Pergi Bercuti


Biasanya bila kita pergi kembara percutian, perkara yang selalu diutamakan mesti tiket penerbangan dan juga penginapan nanti. Tak dinafikan yang ini memang benda paling wajib untuk difikirkan. Tanpa dua benda ni memang tak pergi bercutilah kita. Tetapi kan, ada satu lagi benda yang kita kadang-kadang terlepas pandang dan ia juga tak kurang penting seperti tiket penerbangan dan penginapan. Sebabnya benda inilah yang akan bantu memudahkan perjalanan kita nanti iaitu airport transfer, atau kaedah pengangkutan kita nak pergi ke lapangan terbang nanti. Terdapat beberapa cara mudah dan agak selesa untuk kita gunakan sama ada kembara dilakukan secara solo ataupun dalam kumpulan. Ayuni nak kongsikan serba sedikit tentang pengangkutan airport transfer yang anda boleh cuba selain daripada memandu sendiri dan meletakkan kereta di KLIA bila merancang untuk pergi bercuti nanti.


1. KLIA Express dan KLIA Transit

Ayuni paling suka gunakan kedua-dua jenis airport transfer ni kalau mengembara solo ataupun berdua sebab ia lebih memudahkan dan kosnya pun lebih murah. Bagi mendapatkan tiket tambang murah, Ayuni selalu gunakan KLIA Express promotion dekat Traveloka sebab ia kerap buat promo 10% diskaun untuk KLIA Express ni. Satu lagi sebab kenapa Ayuni suka beli tiket dekat website Traveloka berbanding beli di kaunter ialah selain dapat diskaun, harga tiket di Traveloka pun lebih murah... tak silap Ayuni dalam RM48 sahaja untuk perjalanan sehala, berbanding harga di kaunter iaitu RM55.

Pernah ada seorang kawan ni bertanya, apa beza KLIA Express dengan KLIA Transit ni? Mudah saja nak faham, KLIA Express ni keretapi yang bergerak terus tanpa henti daripada KL Sentral ke KLIA dan sebaliknya. Manakala KLIA Transit pula keretapi yang akan berhenti di beberapa buah stesen sebelum tiba di KLIA. Jadi untuk orang yang tinggal di Putrajaya, Cyberjaya dan lain-lain kawasan sekitarnya boleh memilih untuk naik dari mana-mana stesen KLIA Transit yang berhampiran untuk menuju ke KL Sentral.

Contoh tiket perjalanan sehala KLIA Express yang boleh didapati di kaunter tiket atau melalui website tempahan tiket seperti Traveloka


2. Teksi, Grab dan lain-lain

Selain daripada KLIA Epress dan KLIA Transit, teksi dan kereta Grab juga selalu jadi pilihan pelancong. Ramai takut kalau dengar teksi kan... sebab selalunya teksi ni akan caj harga yang agak mahal berbanding Grab. Dulu Ayuni pun berfikir macam tu, tetapi ada salah seorang saudara bongkarkan pasal airport coach ticket promo yang dia dapat dekat Traveloka (saudara tu pula kerjanya bawa orang melancong ke luar negara, jadi apa-apa hal promosi berkaitan tiket penerbangan, hotel, pakej percutian dan sebagainya dialah orang nombor satu yang bagitahu). Rupa-rupanya Traveloka ni pun ada buat servis airport taxi miliknya sendiri, lebih kurang macam Grab. Bezanya cuma kita boleh buat tempahan lebih awal sebelum bertolak bersesuaian dengan masa kita. Kalau pergi melancong atau bercuti dalam kumpulan 3-6 orang memang berbaloi guna airport taxi ni. 

Kalau yang dah terbiasa dengan servis Grab pun tak ada masalah untuk naik kereta Grab sebagai pengangkutan airport transfer. Selalunya harga tambang Grab dengan airport taxi di bawah Traveloka tu pun memang tak jauh beza. Bagi yang jenis santai dan suka buat  tempahan last minute, Grab adalah satu pilihan yang agak sesuai. Memandangkan Ayuni jenis yang suka merancang percutian awal-awal, jadi Ayuni lebih gemar menggunakan airport taxi Traveloka.

Macam nilah rupa airport taxi Traveloka tu...


3. Keluarga atau kawan hantar

Rasanya yang ini ramai buat sebab lebih mudah dan lebih selesa. Antara kesemua kaedah pengangkutan airport transfer yang ada, cara ini yang paling best. Dulu-ulu sebelum kenal KLIA Express, Grab dan sebagainya Ayuni memang selalu minta keluarga ataupun kawan-kawan hantarkan ke lapangan terbang. Namun bila dah tahu rupanya ada kemudahan lain yang boleh digunakan, dah tak payah nak minta tolong orang lain hantarkan. Tak sanggup rasanya nak susahkan orang semata-mata nak hantarkan kita ke lapangan terbang ni. Namun ini akan jadi pilihan yang terakhir sekiranya dah terpaksa. Selagi boleh elak, kita elak lah. Lainlah kalau memang ada jenis keluarga yang kalau boleh nak hantar dekat depan balai berlepas sekali, tu memang tak boleh nak kata apa, terima sajalah...

Sebenarnya apa yang seronok tentang keluarga atau kawan-kawan hantar ni ialah dapat peluang bergambar beramai-ramai di balai berlepas macam ni untuk kenangan. (Gambar sekadar hiasan)

June 20, 2019

Makan Manisan Turki Umpama Menjamah Secebis Syurga


Tajuk bagi entri Ayuni kali ini bukan dari mana-mana hadith ya, tetapi cuma ekspresi Ayuni terhadap salah satu makanan yang Ayuni gemari iaitu manisan Turki. Bagi Ayuni kali pertama Ayuni jatuh cinta dengan manisan Turki apabila salah seorang pelajar Ayuni yang berbangsa Libya menghadiahkan sekotak manisan Turki khas daripada kedai membuat manisan tertua di Istanbul. Boleh baca tentang kedai tersebut di entri ini: NIKMAT MANISAN TURKISH DELIGHT

Sekali lagi Ayuni mendapat rezeki berpeluang merasa manisan Turkish Delight yang lazat apabila menerima sekotak manisan dari Manisan Turki hari ini. Laju betul posmen hantar ke rumah! Sudahlah bulan jatuh ke riba, malah dapat menjamah secebis syurga~


Inilah kotak manisan Turki yang baru sampai tu, cantikkan? Nampak eksklusif, kalau tengok isi dalam dia lagi eksklusif... memang curlassss!


Jom tengok isi dalam dia... waaahhh!!! Terus meleleh air liur di saat terpegun melihat rupa manisan-manisan Turki ini. Bentuk dan rasa manisan ini memang serupa dengan kualiti yang ditemui di Istanbul, Turki.

Dalam kotak ni ada 6 jenis rasa manisan yang berlainan dan semuanya sedap-sedap belaka:
  1. Paling atas bersalut coklat tu ada halwa dengan kacang fistiq (pistachio) dalamnya.
  2. Paling kiri berbentuk kiub kecil tu bersalut kelapa.
  3. Kiri kedua atas berwarna merah terang tu bersalut bunga roselle dan rasanya masam-manis macam strawberry.
  4. Kanan sekali berwarna merah hati tu bersalut kelopak bunga mawar, ada orang kata kalau kita makan kelopak bunga mawar nanti boleh jadi kurus. Jadi Ayuni makan ni lebih.
  5. Deretan warna hijau muda tu bersalut kacang fistiq. Sedap bila kunyah ni... rasa ummph!
  6. Bawah sekali tu mula-mula Ayuni keliru sebab ingatkan halwa bersalut biji buah naga. Rupa-rupanya biji-biji tu cip wafer coklat. Tapi apa pun memang sedap dan Ayuni paling suka perisa yang bawah tu sebab dia rangup.

Nampak tak kacang-kacang pistachio dalam halwa dia tu... puas betul makan! Tapi tak boleh makan banyak-banyak sangat sebab dia memang manis. Kena gigit sedikit demi sedikit sebagai dessert berharga seperti golongan bangsawan. Sebab itu manisan Turki ini pernah menjadi manisan popular di kalangan para bangsawan di England, sebab hobi mereka suka menjamah benda sedikit demi sedikit sampai berjam-jam lamanya.


Nikmat mana yang kamu dustakan? Ini memang tak boleh didustakanlah, manisan Turki memang betul-betul sedap. Tak percaya tengok tajuk entri atas tu.

Ada yang dah terliur juga melihat keenakan manisan Turki ini? Tak payah pergi ke Istanbul semata-mata nak cari manisan Turki ni, sekarang dah boleh buat pesanan terus dari Manisan Turki dan nanti mereka akan terus hantar sampai ke rumah. Boleh layari laman FB Manisan Turki untuk info lebih lanjut: https://web.facebook.com/byhasankuruz/

March 29, 2019

Ramadhan Buffet Preview 2019: KLCC Memperkenalkan ‘Bazar Kontemporari’ Untuk Majlis Buka Puasa Korporat dan Awam


Orang ramai dijamin akan mendapat layanan dan perkhidmatan yang cemerlang serta sajian makanan bertaraf 5 bintang apabila menikmati juadah berbuka puasa di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Di samping itu, Pusat Konvensyen juga menawarkan nilai hebat untuk promosi berbuka puasa korporat yang disediakan setiap hari sepanjang Ramadan.

Menu Ramadhan Buffet 

Tahun ini menu Ramadhan Buffet di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur merangkumi pelbagai sajian tradisional dan moden yang digabungkan dengan aneka juadah yang menjadi ‘kemestian’ pada bulan Ramadan, antara lain termasuk nasi bukhara Ramadan dihidangkan dengan gulai kawah daging campur bersama kedondong, gulai kawah tulang rusuk kambing bersama ubi kentang, dan gulai kawah ayam kampung bersama pisang muda lemak manis; ayam kampung masak cencaluk; lemak asam telur itik bersama sayur munggai; tembosa dan ubi getok; udang laut dengan Raja durian; dan makanan laut panggang duan pisang ‘ala Portugis’.


Sebagai tambahan kepada pelbagai masakan klasik Ramadan, kedua-dua menu berbuka puasa untuk korporat dan orang ramai menawarkan pilihan kontemporari dan antarabangsa untuk mereka yang mencari sesuatu yang berlainan. Sajian termasuk pita kebab Arab daging cincang, teriyaki Jepun dan aneka pilihan sushi, ikan panggang Tikka, nasi ayam Hainan dan kambing bakar golek Harissa yang dihidangkan dengan sos pudina dan sos berempah.

Bazar Kontemporari Melalui Sajian Di 'Chef Action Stations'

Menurut Chef Eksekutif Pusat Konvensyen, Hisham Bin Jaafar, KLCC ingin memperkenalkan konsep ‘bazar kontemporari’ interaktif kepada pelanggan melalui 'Chef Action Stations' dengan pelbagai sajian lazat yang disediakan khusus oleh pasukan terdiri daripada 52 orang chef. Suasana santai yang telah diubah suai ke gerai-gerai makanan klasik tepi jalan ‘Chef Action Stations’ menjanjikan pengalaman yang pasti sukar dilupakan oleh orang ramai pada bulan Ramadan ini.


Harga Promosi

Korporat (100 orang ke atas) - RM128 seorang
Awam - RM150 seorang


Makan Sambil Menderma

KLCC  akan mendermakan 5% hasil kutipan daripada jamuan berbuka puasa Ramadan pada tahun ini kepada badan-badan amal yang disokongnya selaras dengan wawasannya untuk ‘Mengimarahkan Bulan Ramadan Dengan Semangat Bersedekah’.  


Kemudahan Yang Ada Dalam Pusat Konvensyen

Pusat Konvensyen ada menyediakan bilik solat khas, sejadah, selipar, tempat wuduk dan Imam untuk mengimamkan umat Islam yang ingin menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih dengan selesa selepas berbuka puasa. 

Pusat Konvensyen juga merangkumi dua auditorium (masing-masing menyediakan 3,000 dan 500 tempat duduk), dewan pameran seluas 12,310 meter persegi termasuk khemah berasingan seluas 2,600 meter persegi, Dewan Besar yang boleh menempatkan 2,000 orang, Dewan Bankuet untuk 500 orang, Dewan Persidangan untuk 1,800 peserta dan 20 bilik mesyuarat lain, untuk menyediakan ruang seluas 22,659 meter persegi untuk pelbagai fungsi di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur.


Tempahan Berbuka Puasa

Tempahan boleh dibuat pada hari biasa antara 8 hingga 31 Mei 2019. Pusat Konvensyen juga menawarkan diskaun 10% kepada orang ramai yang membuat tempahan awal sebelum 30 April 2019. Jadi, pastikan anda membuat tempahan awal untuk mengelakkan kekecewaan!

Memandangkan tempat duduk untuk orang ramai terhad dan tempahan perlu dibuat untuk majlis korporat, sila hubungi +603 2333 2866 untuk pertanyaan umum dan +603 2333 2877 untuk tempahan korporat. Untuk maklumat tentang jamuan berbuka puasa Pusat Konvensyen, sila ke laman www.klccconventioncentre.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Nalinie A/P Rajah 
Eksekutif Komunikasi Pemasaran dan Perhubungan Awam
Kuala Lumpur Convention Centre
Tel: +603 2333 2888
Faks: +603 2333 2882  

Charles Chaplin
TQPR (Malaysia) Sdn Bhd
Tel:    +603-6203 4300
 Faks: +603-6203 5972

CERITA TERKINI

Legenda Gitar Elektrik Les Paul

9 haribulan Jun merupakan ulangtahun kelahiran lelaki yang mencipta revolusi baru dalam muzik 'rock n roll' dan rock - dialah Les...

ENTRI TERBARU