Skip to main content

Posts

Showing posts with the label PELIK TAPI BENAR

5 Makanan Tradisi Paling Menakutkan Dalam Dunia

AMARAN: Entri ini mengandungi senarai makanan yang akan membuat pembaca rasa mual dan tidak selesa. BOODOG (Mongolia) Sajian tradisi turun-temurun masyarakat Mongolia sejak zaman Genghis Khan ini mempunyai resipi yang agak unik. Mula-mula tukang masak akan membelah perut seekor haiwan seperti marmot (sejenis tupai besar) atau kambing dan mengeluarkan organ dalaman darinya. Selepas itu dia akan membakar beberapa ketul batu dari sungai sehingga panas membara. Kemudian batu-batu panas tersebut akan dimasukkan ke dalam badan haiwan tadi bersama isi daging, organ dalaman haiwan dan sedikit perencah seperti bawang, garam dan kentang. Perut haiwan itu akan dijahit semula dengan wayar sebelum seluruh luar badannya dibakar dengan penunu bagas (blowtorch) bagi membuang bulu. Dengan cara ini, isi daging akan dimasak serentak dari luar dan dalam. Boodog dikira dah masak apabila lemak mula mengalir keluar melalui lubang pori kulit haiwan. Nak merasa pengalaman barbeku paling mena

5 Fakta Pelik Yang Bunyi Macam Palsu...

Berikut ialah 5 fakta pelik yang anda pasti akan sangka palsu... tetapi ini semua memang benar! Fakta kelima tu rasanya yang paling susah nak dipercayai. 1. Orang Yunani kuno memutihkan gigi menggunakan air kencing.   2. Tanzania pernah mengalami epidemik sindrom ketawa tanpa henti selama setahun. 3. Sesiapa yang menonton K-Pop di Korea Utara akan dihukum bunuh. 4. Asalnya "Like Button" dalam Facebook hendak diberi nama "Awesome Button". 5. Planet Musytari dan Zuhal berhujankan berlian.

Wanita Rimas Suami Terlalu Penyayang

Hanya kerana suaminya terlalu menyayanginya dan tidak pernah bertengkar, seorang wanita menuntut perceraian di mahkamah selepas 18 bulan mendirikan rumah tangga. Menurut laporan akhbar, wanita itu berkata dia berasa muak dan tidak boleh menerima apabila suaminya meluahkan perasaan dengan penuh rasa cinta. Wanita itu berasa rimas kerana suaminya tidak pernah memarahinya selain tidak pernah berasa kecewa meskipun beberapa kali melakukan kesilapan.  "Kadang-kadang dia memasak untuk saya dan membantu saya melakukan tugas-tugas rumah tangga. Setiap kali saya melakukan kesalahan, dia selalu memaafkan saya... pelik betul," kata wanita tersebut. Selain itu, wanita berkenaan memberitahu bahawa dia tidak mahu meneruskan kehidupan rumah tangga itu kerana suaminya sentiasa bersetuju dengan semua cadangannya.  Mahkamah Uttar Pradesh, India, bagaimanapun menolak permohonan itu dengan menyifatkan tindakan tersebut sebagai melulu. Pasangan itu diminta menyelesaikan sendir

6 Staf Pos Masuk Hospital Kerana Durian

Sebuah pejabat pos menjadi gempar apabila 6 orang staf telah dikejarkan ke hospital manakala 12 staf lagi menerima bantuan rawatan di lokasi. Staf terlibat telah mengalami gejala muntah, loya, pening akibat daripada bau yang misteri yang datang dari salah satu bungkusan yang dihantar ke pejabat. Seluruh pejabat pos terpaksa dikosongkan untuk mengesan punca bau tersebut. Ambulan, bomba, anggota keselamatan dikerahkan di tempat kejadian.  Akhirnya mereka menemui puncanya... 4 biji durian dari Thailand yang dialamatkan kepada seorang penduduk warga emas di bandar terbabit iaitu Schweinfurt, Jerman.  Durian tersebut dipercayai dihantar oleh rakan penerima itu yang menetap di Nuremberg. Bungkusan berisi buah durian itu telah dihantar kepada penerima. Durian merupakan buah berduri yang popular di Asia Tenggara dan dikenali kerana isinya yang lemak berkrim serta baunya yang kuat. Kebanyakan hotel dan pengangkutan awam melarang durian dibawa masuk ke dalam premis kerana ba

Imam Terkejut Isteri Sebenarnya Lelaki Selepas Dua Minggu Bernikah

Seorang imam digantung jawatan selepas didapati bersalah berkahwin dengan lelaki lain... tanpa pengetahuan imam itu sendiri! Menurut akhbar Uganda Daily Monitor, imam dari Masjid Noor Kampisyi di daerah Kayunga, Sheikh Mohammed Mutumba, dikatakan telah bernikah dengan pengantin "wanita" yang dikenali sebagai Swabullah Nabukeera tanpa mengetahui jantina sebenar isterinya selama dua minggu.  Mutumba telah membayar mas kahwin berjumlah dua ekor kambing, dua guni gula, sekotak garam serta senaskhah Al-Quran kepada Nabukeera. Walau bagaimanapun pasangan mempelai tersebut tidak pernah bersama kerana Nabukeera memberitahu Mutumba bahawa dia sedang dalam keadaan haid. Rahsia Nabukeera terbongkar apabila salah seorang jiran Mutumba ternampak "wanita" tersebut memanjat pagar rumah jiran mereka sambil melarikan set televisyen dan beberapa helai pakaian. Jiran terbabit segera membuat laporan di Balai Polis Kayunga. Nabukeera segera ditahan oleh pihak polis. Semasa pemerik