Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

November 14, 2020

Asal-Usul Perayaan Deepavali

Sambutan perayaan Deepavali (adakalanya disebut Diwali) yang disambut pada hari ini merupakan antara perayaan penting bagi penganut ajaran Hindu, Sikh dan Jain. Pada hari perayaan ini ahli keluarga akan berkumpul untuk menyala lampu, menikmati manisan lazat serta meletakkan lampu yang telah dinyalakan di perkarangan tempat tinggal. Namun, tahun ini semua kemeriahan tersebut agak terbatas akibat pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia sekarang.

Terdapat banyak kisah tentang asal-usul dan tujuan keraian hari Deepavali bergantung kepada kawasan yang menyambutnya.

Di kalangan penganut agama Hindu umumnya mempercayai bahawa Deepavali disambut bagi meraikan hari kemenangan Dewa Rama memerangi Raja Lanka Ravana yang telah membawa lari Sita, isteri Rama. Kisah ini merupakan kisah terkenal dalam epik Ramayana. Dalam epik tersebut, Rama dan Sita telah dihalau keluar dari istana oleh ibu tiri Rama yang mahu menjadikan anaknya sendiri menaiki takhta sebagai raja. Adik lelaki Rama iaitu Lakshamana juga menyertai pasangan dihalau tersebut dan mereka bertiga mengembara sehingga tiba di sebuah hutan. Semasa Rama memburu seekor kijang emas untuk dihadiahkan kepada Sita, Ravana muncul di hutan tersebut lalu menculik Sita untuk dijadikan isterinya. Rupa-rupanya Ravana telah membuat helah meletakkan ilusi kijang emas untuk menjauhkan Rama daripada Sita. Manakala Lakshamana yang mengikut Rama memburu telah meletakkan Sita dalam bulatan sakti untuk melindunginya, namun Ravana berjaya memperdaya Sita untuk melangkah keluar daripada bulatan dengan menyamar sebagai seorang pengemis tua yang memerlukan bantuan. Dengan pertolongan Dewa Garuda Jentayu dan Dewa Kera Hanuman, Rama dan Lakshamana berjaya menjejak Sita dan menewaskan Ravana.

Walau bagaimana pun, bagi sesetengah penganut pula mereka percaya bahawa Deepavali diraikan bagi mengingati kejayaan Dewa Krishna menewaskan Narakasura. Dalam kisah ini, Raja Naraka telah membuat perjanjian dengan dunia syaitan untuk menjadi seorang raja yang berkuasa luar biasa. Namun dia berubah menjadi syaitan bernama Narakasura yang tamak dan gila kuasa sehingga melakukan kerosakan terhadap jajahan-jajahan di sekelilingnya. Narakasura kemudian cuba menghancurkan dunia dewa. Krishna pernah berjanji dengan para dewa bahawa dia akan kembali sebagai Krishna untuk mengalahkan Narakasura. Setelah lahir semula sebagai Krishna, dia segera menghalang kejahatan Narakasura. Narakasura melawan Krishna dengan senjata-senjata saktinya tetapi gagal. Akhirnya Krishna bersama isterinya Sathyabama yang mahir memanah berjaya membunuh Narakasura. Krishna kemudian memenggal kepala Narakasura dengan cakera saktinya Sudarshana Chakra.

Masyarakat India Selatan pula percaya bahawa asal-usul Deepavali bermula setelah Dewa Naramsiha, dewa berkepala singa yang merupakan jelmaan Dewa Vishnu, membunuh seorang raja zalim bernama Hiranyakashipu yang diberikan kuasa menjadi kebal oleh Raja Dewa Brahma. Hiranyakashipu menjadi berang dengan anak lelakinya Prahlada yang memuja Vishnu lebih daripadanya, maka dia cuba membunuh anaknya tetapi Naramsiha sempat menyelamatkan Prahlada dengan memunculkan diri daripada tiang yang dipukul oleh Hiranyakashipu lalu membunuh Hiranyakashipu.

Selain daripada tiga kisah di atas, terdapat juga pendapat bahawa Deepavali disambut bagi meraikan kelahiran dan perkahwinan antara Dewi Lakshmi dengan Dewa Vishnu. Dewi Lakhsmi merupakan dewi kekayaan, kesuburan, kemakmuran, kecantikan, keadilan dan kebijaksanaan. Dia dikatakan mempunyai ikatan jodoh yang kuat dengan Dewa Vishnu kerana di setiap kelahiran dia akan menjadi pasangan kepada Vishnu.

Berbeza dengan masyarakat Sikh pula, mereka meraikan Deepavali sebagai tujuan memperingati hari kebebasan Guru Hargobind dan 52 orang tahanan lain daripada penjara di zaman pemerintahan kerajaan Moghul di India. Manakala bagi penganut Jainisme pula, Deepavali merupakan hari meraikan perjalanan spiritual pengasas ajaran tersebut, Mahavira, ke nirvana. Seperti Buddha, Mahavira juga seorang putera yang meninggalkan kemewahan duniawi bagi mencari kebenaran dan ketenangan jiwa. Mahavira mengembangkan ajaran Jainisme yang mendidik para pengikutnya agar tidak bertindak zalim terhadap sesama sendiri serta terhadap makhluk lain.

Walau apa pun kisah di sebalik asal-usul Deepavali, yang pasti adalah tema bagi sambutan perayaan ini menandakan kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap kejahatan, yang mana secara simboliknya ditujukan dalam erti cahaya yang menerangi kegelapan. Secara tersiratnya, kita harus menyemai nilai-nilai positif dalam diri kita untuk menjadi individu yang lebih baik dengan mengatasi nilai-nilai negatif dalam diri kita untuk perkembangan spiritual atau rohani.

Selamat Hari Deepavali diucapkan kepada semua penganut Hindu serta penganut agama dan ajaran lain seperti Sikh, Jain dan Buddha Newar yang juga menyambut hari Deepavali di Malaysia.

October 28, 2020

Ramai Yang Tak Kenal Pokok Ni Rupanya...


Pernah ada satu zaman sepanjang era 90-an semua orang tergila-gila mencari pokok jarum mas, kononnya siapa jual akan jadi jutawan. Penulis pun cari punya cari, terjumpa pokok berambut emas mirip rambut Donald Trump ni di kawasan Orang Asli di sekitar Gombak dan bawa balik ke rumah, hasrat nak jual. Rupa-rupanya tersalah pokok.

Apabila penulis berkongsi kisah ini bersama rakan-rakan di Facebook, ramai yang mengatakan mereka tidak kenal pokok ini malah tidak pernah melihatnya.

Pokok misteri ini menjadi tanda tanya kepada rakan-rakan di media sosial

Sebenarnya ini ialah pokok ayam emas, kadangkala ia diberi nama pokok rambut singa kerana mempunyai bulu berwarna keemasan seperti rambut di kepala singa. Pokok ini tidak berapa dikenali kerana ia hanya didapati di kawasan pedalaman di China dan Semenanjung Malaysia. Namun terdapat rekod penulisan di dunia Barat pada tahun 1887 tentang kewujudan pokok ayam emas ini yang telah ditokok-tambah dengan kisah dongeng, di mana orang Barat menyangka pokok ini melahirkan kambing (sila Google Vegetable Lamb of Tartary).

Lakaran Vegetable Lamb of Tartary mengikut imaginasi orang Barat

Arca Vegetable Lamb of Tartary yang kononnya merupakan bangkai kambing ajaib telah diawet yang lahir dari pokok dan bercantum pada tanah di Asia. Satu benua Eropah kena tipu.

Pokok ayam emas ni sejenis pokok paku pakis tergolong dalam spesis Dicksoniaceae. Pokok ini boleh dikategori sebagai herba untuk perubatan kerana ia mengandungi khasiat tertentu dalam rawatan tradisional.

Bulu pokok ini boleh digunakan untuk menghentikan pendarahan dengan meletakkan serpihan bulunya pada bahagian luka. Selain itu, pokok ni juga dapat merawat sakit gigi. Caranya ialah dengan mengumpal sedikit bulu pokok ini dan ditampal pada lubang gigi yang sakit tersebut.

Menurut Orang Asli di sekitar Pahang, ubi pokok ayam emas ni juga dapat merawat penyakit resdung, darah tinggi, kencing manis, orang kena santau, wanita lepas bersalin (selepas 40 hari), angin dalam badan, sakit urat, tambah tenaga batin, dan menambah selera makan. 

Caranya ialah dengan memotong beberapa keping ubi ayam emas tersebut kemudian direbus lalu diminum setengah cawan air rebusan tersebut. Dikatakan penggunaan pokok ayam emas yang meluas di kalangan masyarakat Orang Asli menyebabkan mereka bebas dari gejala penyakit berjangkit seperti Malaria, Denggi dan Chikungunya. 

Setakat ini penulis tak pasti sekiranya pokok ayam emas ini juga mujarab bagi mengawal penyakit berjangkit Covid-19.

August 15, 2020

Benih Bunga Seri Pagi Jadi Dadah Mengkhayalkan


Tahukah anda bahawa biji benih bunga seri pagi boleh dijadikan dadah yang mengkhayalkan serupa LSD? Ini kerana benih bunga tersebut mengandungi asid LSA (Lysergic Acid Amide) yang boleh memberikan kesan halusinasi kepada orang memakannya. Kesan halusinasi daripada pemakanan biji benih bunga seri pagi berlarutan selama 6 hingga 10 jam.


Penggunaan benih bunga seri pagi dalam perubatan mistik telah lama diamalkan oleh kaum Aztec di zaman purba. Kini jarang orang menggunakan bunga seri pagi untuk tujuan perubatan dan ia dilihat sebagai bunga untuk tujuan hiasan. Namun ada juga yang menjadikan biji benih bunga ini sebagai dadah rekreasi yang mudah didapati di kedai-kedai membekal barang pertanian dan perkebunan.


Biji benih bunga spesis Heavenly Blue merupakan yang paling popular diambil sebagai dadah rekreasi. Kesan buruk sampingan daripada pengambilan biji benih bunga ini ialah rasa loya, muntah-muntah dan keguguran kandungan.

June 3, 2020

Resipi Tradisional Yang Boleh Ditemui Di Selangor

Berikut ialah hidangan dan masakan Malaysia di Selangor yang telah menjadi tradisi sejak turun-temurun di mana ianya melibatkan pelbagai cara masakan yang telah diamalkan di Negeri ini. Disebabkan oleh migrasi dan pendatang asing yang telah menginjakkan kakinya di Selangor, Malaysia pada zaman dahulu, ini telah menjadikan Selangor sebagai sebuah Negeri yang kaya dengan budaya dan makanan yang pelbagai rasa! Diikuti diskripsi resipi yang telah disediakan di bawah ini, sesiapa sahaja dan bahkan seluruh dunia kini boleh mencuba untuk menyediakan hidangan tradisi Selangor mereka sendiri! 


1) Pecal

Pecal Sayur yang sangat lazat ini dikenali sebagai Salad Jawa tradisional yang terdiri dari sayur-sayuran berkhasiat, dihidangi dengan sos kacang yang kadangkala turut disajikan dengan Ketupat atau Lontong. Persediaan untuk membuat Pecal ini adalah sangat mudah dan boleh dicuba dirumah pada bila-bila masa! Antara ramuan pentingnya adalah, kacang tanah untuk menghasilkan kuah kacang, tauhu, taugeh, kacang hijau dan timun. Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Cubalah sekarang!


2) Nasi Ambeng

Di Selangor, ianya sudah menjadi tradisi untuk menghidang Nasi Ambeng dalam satu pinggan yang boleh dikongsi beramai-ramai di antara empat hingga ke lima orang! Semasa menyiapkan menu Jawa-Melayu ini, anda tidak boleh melupakan ramuan utama seperti nasi putih, ayam, mee goreng, kacang panjang, sambal tempe dan daun pisang! Di Selangor, Nasi Ambeng seringkali disediakan dan dihidangkan di majlis keramaian ataupun kenduri-kendara.


3) Sambal Taun 

Dikenali sebagai sambal taun atau sambal tahun, hidangan ini terkenal di kalangan rakyat Selangor mahupun Malaysia. Makanan tradisional yang berasal dari Jawa ini kerap dimasak pedas dengan penggunaan cili yang banyak semasa penyediaannya. Sering kali di Selangor, kulit lembu akan dijadikan sebagai protein utama sajian ini, akan tetapi ia boleh digantikan dengan kerang, paru lembu atau ikan bilis. Bahan-bahan lain yang diperlukan pula adalah bawang merah, bawang putih, belacan, santan kelapa, minyak, asam jawa, gara dan gula. Turut terdapat beberapa golongan yang sering meyajikan hidangan ini semasa Perayaan Aidilfitri! 


4) Wadai Kipeng

Dalam perkataan orang Banjar, 'Wadai' bermaksud 'Kuih', sementara 'Kipeng' pula merujuk kepada potongan. Sejak dulu lagi, ianya telah menjadi tradisi masyarakat Banjar untuk menyajikan orang ramai dengan Wadai Kipeng semasa Majlis Kesyukuran mereka! Satu perkara yang perlu anda ketahui, ianya adalah sangat mustahil untuk menyediakan menu yang enak ini tanpa enam ramuan iaitu tepung beras, kelapa muda, gula melaka, gula pasir dan daun pandan!


5) Bahulu Kemboja

Kami menamakannya sebagai kuih tradisional kegemaran 'Orang Lama' yang masih popular sehingga kini. Bahulu Kemboja boleh dihidangkan pada bila-bila masa yang anda suka, sama ada untuk sarapan mahupun semasa waktu minum petang. Dengan mempunyai keistimewaannya tersendiri, kuih ini sering dijual di pasaran akan tetapi, untuk mencari keasliannya seperti hasil air tangan orang Selangor amatlah sukar untuk dicari. Dengan resepi di bawah, anda tak perlu risau kerana anda boleh sahaja membuatnya sendiri di rumah! Untuk mengekalkan keenakkan dan keunikannya, bahan terpenting yang anda perlukan adalah air pandan asli hasil tapisan daun pandan, tepung gandum, tepung beras, susu kelapa, telur, bijan dan sudah pasti, gula dan garam untuk perasa! 

Dengan pelbagai pilihan makanan tradisional di Negeri ini, tidak hairanlah Selangor terpilih sebagai pusat gastronomi di Malaysia. Sama ada hidangan istimewa seperti lauk-pauk, ataupun kuih-muih yang enak, resipi tradisional seperti yang disertakan dalam senarai ini tentunya harus anda cuba sediakan!

Dihasilkan oleh: Hanis Yasmin Hamdan
Jabatan Komunikasi Korporat

February 27, 2020

Kerap Guna Gajet Buat Kulit Wajah Cepat Berkedut


Awas! Jika anda selalu menggunakan telefon pintar atau tablet untuk melayari media sosial, berbual dengan rakan di WhatsApp, memuatnaik gambar di Instagram, menggunakan aplikasi dan sebagainya, ada kemungkinan besar kulit wajah anda akan menjadi cepat berkedut.

Menurut pakar bedah kosmetik dari Britain, Dr. Mervy Patterson, penggunaan gajet seperti telefon pintar dan tablet secara kerap boleh menyebabkan kulit wajah menjadi kendur dan berkedut.

Sindrom ini dinamakan sebagai "smartphone face" (muka telefon pintar). Menariknya, kesan smartphone face tiada kaitan dengan radiasi dari telefon sebaliknya ia berpunca daripada rutin seharian pengguna telefon memandang ke bawah ketika menggunakan gajet.

Rutin seharian pengguna telefon memandang ke bawah ketika menggunakan gajet boleh menyebabkan sindrom smartphone face

Dr Kiran Lohia dari Lembaga Dermatologi Amerika melaporkan bahawa penggunaan gajet secara kerap menyebabkan kedudukan postur pengguna menjadi tidak betul. Apabila pengguna membelek gajet, mereka akan menundukkan kepala selama berjam-jam ke arah bawah. Posisi ini akan menekan otot leher pengguna, dan tarikan graviti terhadap kulit muka jadi makin meningkat.

"Kolagen menjadi berkurangan akibat sering 'ditarik' ke bawah, lalu pengguna akan cepat mengalami kulit kendur, dagu berlapis, lipatan nasolabial (garisan di tepi hidung) dan garisan di bahagian tepi rahang," katanya.


Ada yang berpendapat bahawa trend pembedahan kosmetik untuk menegangkan kulit muka serta meruncingkan dagu berpunca daripada peningkatan sindrom smartphone face ini.

February 19, 2020

Senarai Gajet Anda Harus Ada Jika Anda Seorang Ejen Penyiasat

Hari ini penulis ingin berkongsi tentang beberapa gajet yang digunakan oleh ejen penyiasat dalam kerja seharian mereka. Ini bukan berdasarkan pengalaman penulis. Bukan. Penulis dah kata, bukan. Sila jangan buat sangkaan serkap jarang tentang penulis. Penulis hanya orang awam yang mempunyai kehidupan biasa seperti makcik-makcik lain. Pergi main jauh-jauh.

Sekarang mari kita lihat 5 jenis gajet yang sering digunakan oleh ejen penyiasat dalam kerja seharian mereka.


Ini adalah sebatang pen yang kelihatan seperti pen biasa. Pen ini mempunyai kamera berdefinisi tinggi 1080p yang boleh merakam foto dan video, dan 16 GB memori. Bahagian tengah pen perlu dipusing untuk mengeluarkan pendrive USB yang menyimpan segala data yang telah dirakam sebelum disambung kepada mana-mana komputer. Pen ini sesuai digunakan untuk merekod maklumat penting semasa kuliah, atau merakam adegan rakan sekelas anda sedang tidur di sepanjang syarahan.


Seperti pen kamera di atas, cermin mata kamera ini juga memiliki kamera berdefinisi tinggi 1080p yang boleh merakam foto dan video. Bezanya cermin mata kamera ini tidak mempunyai pendrive USB yang boleh dikeluarkan, namun anda boleh capai dan alih data rakaman ke komputer melalui kabel USB. Sejumlah 16GB memori boleh disimpan dalam penstoran cermin mata yang terletak di bahagian hujung bingkai cermin mata. Cermin mata ini juga dikeluarkan dalam rekaan  "sport" yang memiliki hujung bingkai lebih tebal dan biasanya dipakai oleh golongan ejen lelaki. Malangnya bagi ejen wanita dan lelaki metroseksual, cermin mata kamera ini belum dikeluarkan dalam bentuk bulat yang trendy.


Ini nampak seperti pembaca memori USB yang biasa. Hakikatnya ia adalah alat pembaca kad sim telefon pintar yang membolehkan anda membaca, menyimpan dan mengubahsuai fail-fail daripada telefon pintar di dalam komputer. Anda perlu mengeluarkan kad sim daripada telefon pintar, masukkannya ke dalam alat pembaca ini, kemudian sambungkan kepada port USB mana-mana komputer seperti pendrive biasa. Alat pembaca kad sim ini amat sesuai untuk anda mengetahui isi kandungan telefon pintar pasangan yang disyaki curang. Alat ini juga mampu mencapai semula data-data seperti foto dan mesej yang telah dipadam oleh pasangan dalam telefon pintarnya.


Ini adalah pengubah suara yang boleh dipasang kepada telefon pintar. Apabila seseorang menghubungi anda melalui telefon atau aplikasi chat, anda boleh mengubah suara mengikut pitching, gema, bass, dan  jantina yang dikehendaki agar tidak dicam olehnya. Jika anda menggunakan telefon pintar dwi-sim, anda juga boleh bertukar suara pada masa yang sama untuk mengelirukan pemanggil sehingga mereka menyangka anda adalah orang yang berlainan dalam perbualan yang sama.


Ini pula adalah pengilat kuku Undercover Colors yang berupaya memberitahu pemakai sama ada minumannya telah dicampur dengan dadah jenis Rohypnol, Zolpidem, Xanax, Ketamine, BDO dan sebagainya melalui perubahan warna pada kuku apabila jari pemakai dimasukkan ke dalam minuman tersebut. Berguna untuk gadis yang berhati-hati dalam pergaulan serta orang yang ada ramai musuh.

January 29, 2020

Coronavirus: Simptom, Punca dan Rawatan


Novel coronavirus(nCoV) adalah virus yang telah dikenalpasti menyebabkan wabak yang melibatkan saluran pernafasan dimana ia pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember 2019.

Pada mulanya, kebanyakan daripada pesakit tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan makanan laut dan haiwan yang dijual di Pasar Makanan Laut Wuhan. Akan tetapi bilangan pesakit telah meningkat dan kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai sejarah pergi ke pasar tersebut dan ini menunjukkan terdapat jangkitan yang berlaku sesama manusia(human to human tranmission).

Pada masa sekarang, kadar atau kebolehan virus ini merebak diantara manusia masih lagi tidak diketahui dan masih di dalam siasatan.


Simptom dan Tanda Novel Coronavirus

Mereka yang dijangkiti penyakit ini akan mempunyai simptom:
  • Demam
  • Batuk
  • Sesak nafas

Pesakit akan mengambil masa dalam 2 hingga 14 hari untuk menunjukkan simptom-simptom tersebut. Ini adalah berdasarkan jangkamasa yang diambil oleh virus MERSCoV menunjukkan simptom.


Bagaimana coronavirus berjangkit?

Coronavirus adalah salah satu keluarga virus yang besar dan kebanyakkannya hidup dalam haiwan seperti unta, lembu, kucing dan juga kelawar. Sangat jarang coronavirus dalam haiwan ini mampu menjangkiti manusia seperti dalam kes MERSCoV atau pun SARS.

Kebanyakan kes di Wuhan pada mulanya dikatakan mempunyai kaitan dengan makanan laut dan juga haiwan yang terdapat dalam pasar di Wuhan. Akan tetapi dengan bilangan kes yang semakin meningkat dan kebanyakkan pesakit menyatakan tidak pernah pergi ke pasar tersebut, ini menunjukkan telah wujud jangkitan sesama manusia.

Apabila terdapat jangkitan sesama manusia seperti jangkitan MERS dan SARS, ini bermaksud virus ini disebarkan melalui cecair saluran pernafasan dengan cara batuk atau bersin. Ia sama seperti jangkitan influenza dan juga virus lain yang tersebar melalui udara. Jangkitan SARS dan MERS ini selalunya berlaku pada ahli keluarga atau mereka yang rapat dengan pesakit.

Manakala, kebolehan virus baru ini untuk menjangkiti manusia masih lagi belum diketahui tetapi ia dijangkakan sama seperti jangkitan SARS.


Ujian pengesahan

Sampel yang diambil daripada pesakit untuk membuat ujian pengesahan adalah sampel darah, sampel sapuan tekak dan hidung. Sampel ini akan menjalani ujian Polymerase Chain Reaction(PCR) untuk mengesan genetik penyakit coronavirus tersebut.

Pencegahan dan rawatan

Masih tiada lagi vaksin untuk penyakit nCoV ini. Pencegahan yang terbaik buat masa ini adalah untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada virus ini.

Anda juga dikehendaki untuk melakukan aktiviti pencegahan yang asas untuk mengelakkan penyebaran penyakit melalui udara seperti:
  • Sentiasa membersihkan tangan sama ada menggunakan sabun ataupun ‘hand sanitizer’
  • Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut menggunakan tangan yang kotor
  • Elakkan berdekatan dengan mereka yang sedang sakit (disebabkan batuk dan demam)
  • Elakkan pergi ke tempat awam ketika anda sakit
  • Tutup mulut dan hidung ketika anda batuk atau bersin dengan menggunakan tisu.
  • Ini adalah etika seharian yang anda boleh gunakan untuk mengelakkan penularan virus ini.


Rawatan

Tiada lagi rawatan ubat antiviral untuk menyembuhkan penyakit nCov ini. Pesakit yang mengalami jangkitan ini perlu diberikan rawatan sokongan sehinggalah pesakit baik daripada penyakit itu dengan sendirinya.

Artikel ini dikongsikan oleh Dr Latif Saad di laman The Diagnosa pada 24 Januari 2020. 


December 12, 2019

Senarai 195 Lagu Kebangsaan Dari Seluruh Dunia


Fakta menarik: Lagu kebangsaan negara Jepun, Kimigayo, merupakan lagu kebangsaan tertua di dunia.

Penulis paling suka dengar lagu kebangsaan Kenya dan Nepal sebab iramanya amat unik. Lagu kebangsaan negara manakah yang anda rasa paling sedap didengar? Klik pada tajuk lagu untuk mendengar.

  1. Afghanistan: Milli Surood
  2. Afrika Selatan: Nkosi Sikelel' iAfrika
  3. Afrika Tengah: La Renaissance
  4. Albania: Himni i Flamurit
  5. Algeria: Qassaman
  6. Amerika Syarikat: Star Spangled Banner
  7. Andorra: El Gran Carlemany
  8. Angola: Angola, Avante!
  9. Antigua dan Barbuda: Fair Antigua, We Salute Thee
  10. Arab Saudi: Aash Al-Malik
  11. Argentina: Himno Nacional Argentino
  12. Armenia: Mer Hayrenik
  13. Australia: Advance Australia Fair
  14. Austria: Land der Berge, Land am Strome
  15. Azerbaijan: Azərbaycan Respublikası Dövlət Himni 
  16. Bahamas: March On Bahamaland
  17. Bahrain: Nashīd al-Baḥrayn al-Waṭanī 
  18. Bangladesh: Amar Shonar Bangla
  19. Barbados: In Plenty and In Time of Need
  20. Belanda: Het Wilhelmus
  21. Belarus: Dziarzany Himn Respubliki Bielarusy
  22. Belgium: Brabançonne
  23. Belize: Land of the Free
  24. Benin: L'Aube Nouvelle 
  25. Bhutan: Druk Tsendhen
  26. Bolivia: Bolivianos, el Hado Propicio
  27. Bosnia dan Herzegovina: Državna himna Bosne i Hercegovine
  28. Botswana: Fatshe Leno La Rona
  29. Brazil: Hino Nacional Brasileiro
  30. Brunei: Allah Peliharakan Sultan
  31. Bulgaria: Mila Rodino
  32. Burkina Faso: L'Hymne de la Victoire/Une Seule Nuit
  33. Burundi: Burundi Bwacu
  34. Cameroon: Chant de Ralliement
  35. Canada: Oh, Canada
  36. Cape Verde: Cântico da Liberdade
  37. Chad: La Tchadienne 
  38. Chile: Canción Nacional  
  39. China: Yìyǒngjūn Jìnxíngqǔ
  40. Colombia: ¡Oh Gloria Inmarcesible!
  41. Comoros: Udzima wa ya Masiwa
  42. Congo: Debout Congolais
  43. Costa Rica: Noble Patria, Tu Hermosa Bandera
  44. Cote d'Ivoire: L'Abidjanaise
  45. Croatia: Lijepa Naša Domovino
  46. Cuba: La Bayamesa
  47. Curacao: Himno di Kòrsou
  48. Cyprus: Hýmnos is tin Eleftherían
  49. Czech: Kde domov můj?
  50. Denmark: Der Er Et Yndigt Land
  51. Djibouti: Jabuuti
  52. Dominica: Isle of Beauty, Isle of Splendour
  53. Dominican Republic: Quisqueyanos Valientes
  54. Ecuador: Salve, Oh Patria
  55. El Salvador: Himno Nacional de El Salvador
  56. Emiriah Arab Bersatu (UAE): Ishy Bilady
  57. Eritrea: Ertra, Ertra, Ertra
  58. Estonia: Mu Isamaa, Mu Onn Ja Rõõm
  59. Ethiopia: Wodefit Gesgeshi, Widd Innat Ityopp'ya 
  60. Fiji: God Bless Fiji
  61. Filipina: Lupang Hinirang
  62. Finland: Maamme
  63. Gabon: La Concorde
  64. Gambia: For The Gambia Our Homeland
  65. Georgia: Tavisupleba
  66. Ghana: God Bless Our Homeland Ghana
  67. Guatemala: Himno Nacional Guatemala
  68. Guinea: Liberté
  69. Guinea-Bissau: Esta É a Nossa Pátria Bem Amada
  70. Guyana: Dear Land of Guyana, of Rivers and Plains
  71. Greece: Ýmnos is tin Eleftherían
  72. Grenada: Hail Grenada
  73. Haiti: La Dessalinienne
  74. Honduras: Himno Nacional de Honduras
  75. Hungary: Magyar Nemzeti Himnusz
  76. Iceland: Lofsöngur
  77. India: Jana Gana Mana
  78. Indonesia: Indonesia Raya
  79. Iran: Soroud-E-Rasmi-E-Jomhuri-Eslami-Iran
  80. Iraq: Mawtini
  81. Ireland: Amhrán na bhFiann
  82. Israel: Hatikvah
  83. Itali: Il Canto degli Italiani 
  84. Jamaica: Jamaica, Land We Love
  85. Jepun: Kimigayo
  86. Jerman: Deutschlandlied
  87. Jordan: as-Salām al-Malakī al-ʾUrdunī
  88. Kazakhstan: Menin Qazaqstanim
  89. Kemboja: Nokor Reach
  90. Kenya: Ee Mungu Nguvu Yetu
  91. Kepulauan Marshall: Aelin̄ Kein Ad 
  92. Kepulauan Solomon: God Save Our Solomon Islands
  93. Kiribati: Teirake Kaini Kiribati
  94. Korea Selatan: Aegukga
  95. Korea Utara: Aegukka
  96. Kuwait: Al-Nasheed Al-Watani 
  97. Kyrgyzstan: Qırğız Respublikasının Mamlekettik Gimni
  98. Laos: Pheng Sat Lāo
  99. Latvia: Dievs, svētī Latviju!
  100. Lesotho: Lesōthō Fatše La Bo Ntat'a Rōna
  101. Liberia: All Hail, Liberia, Hail!
  102. Libya: Libya, Libya, Libya/Ya Beladi
  103. Liechtenstein: Oben am jungen Rhein
  104. Lithuania: Tautiška Giesmė
  105. Luxembourg: Ons Heemecht
  106. Lubnan: Koulouna lil Watan
  107. Macedonia: Denes nad Makedonija
  108. Madagascar: Ry Tanindrazanay malala ô! 
  109. Maghribi: Lah Insr Sidna
  110. Malawi: O God Bless Our Land Malawi
  111. Malaysia: Negaraku
  112. Maldives: Qaumii Salaam
  113. Mali: Pour l'Afrique et pour toi, Mali
  114. Malta: L-Innu Malti
  115. Mauritania: An-Nashīd Al-wa-ṭanī Al-Mūrītānī
  116. Mauritius: Motherland
  117. Mesir: Bilādī, laki Ḥubbī wa Fūʾādī
  118. Mexico: Himno Nacional Mexicano
  119. Micronesia: Patriots of Micronesia
  120. Moldova: Limba Noastră
  121. Monaco: Hymne Monégasque
  122. Mongolia: Mongol Ulsyn Töriin Duulal
  123. Montenegro: Oj, Svijetla Majska Zoro
  124. Mozambique: Milhões de Braços
  125. Myanmar: Kaba Ma Kyei
  126. Namibia: Namibia, Land Of The Brave
  127. Nauru: Nauru Bwiema
  128. Nepal: Sayaun Thunga Phool Ka Hami
  129. New Zealand: Aotearoa/God Defend New Zealand
  130. Nicaragua: Salve a ti, Nicaragua
  131. Nigeria: Arise, O Compatriots
  132. Norway: Ja Vi Elsker Dette Landet
  133. Oman: As-Salām as-Sultānī 
  134. Pakistan: Qaumi Taranah
  135. Palau: Belau Rekid
  136. Palestine: Fida'i
  137. Panama: Himno Istmeño
  138. Papua New Guinea: O Arise All You Sons
  139. Paraguay: Himno Nacional Paraguayo
  140. Perancis: La Marseillaise
  141. Peru: Marcha Nacional del Perú
  142. Poland: Mazurek Dąbrowskiego
  143. Portugal: A Portuguesa
  144. Qatar: As-Salam Al-Amiri 
  145. Romania: Deşteaptă-te Române
  146. Russia: Gosudarstvennyy Gimn Rossiyskoy Federatsii
  147. Rwanda: Rwanda Nziza
  148. Saint Lucia: Sons and Daughters of Saint Lucia
  149. Saint Kitts dan Nevis: O Land of Beauty!
  150. Saint Vincent dan Grenadine: Saint Vincent, Land So Beautiful
  151. Samoa: O Le Fu'a o Le Sa'olotoga o Samoa
  152. San Marino: Inno Nazionale della Repubblica
  153. Sao Tome dan Principe: Independência Total
  154. Senegal: Pincez Tous vos Koras, Frappez les Balafons
  155. Sepanyol: La Marcha Real
  156. Serbia: Bože pravde
  157. Seychelles: Koste Seselwa
  158. Sierra Leone: High We Exalt Thee, Realm of the Free
  159. Singapura: Majulah Singapura
  160. Slovakia: Nad Tatrou sa blýska
  161. Slovenia: Zdravljica
  162. Somalia: Qolobaa Calankeed
  163. Sri Lanka: Sri Lanka Matha
  164. Sudan: Nahnu Jund Allah Jund Al-watan
  165. Sudan Selatan: South Sudan Oyee!
  166. Suriname: God Zij Met Ons Suriname 
  167. Swaziland: Nkulunkulu Mnikati wetibusiso temaSwati
  168. Sweden: Du gamla, Du fria
  169. Switzerland: Schweizerpsalm
  170. Syria: Ḥumāt ad-Diyār
  171. Taiwan: Sānmín Zhǔyì
  172. Tajikistan: Surudi Milli
  173. Tanzania: Mungu ibariki Afrika
  174. Thailand: Phleng Chat Thai
  175. Tibet: Gyallu
  176. Timor-Leste: Pátria
  177. Togo: Terre de nos aïeux
  178. Tonga: Ko e fasi ʻo e tuʻi ʻo e ʻOtu Tonga
  179. Trinidad dan Tobago: Forged from the Love of Liberty
  180. Tunisia: Humat al-Hima
  181. Turki: İstiklâl Marşı
  182. Turkmenistan: Garaşsyz, Bitarap Türkmenistanyň Döwlet Gimni
  183. Tuvalu: Tuvalu mo te Atua
  184. Uganda: Oh Uganda, Land of Beauty
  185. Ukraine: Shche ne vmerla Ukraina
  186. United Kingdom: God Save the Queen
  187. Uruguay: Orientales, La Patria O La Tumba!
  188. Uzbekistan: Oʻzbekiston Respublikasining Davlat Madhiyasi
  189. Vanuatu: Yumi, Yumi, Yumi
  190. Vatican: Inno e Marcia Pontificale
  191. Venezuela: Gloria al Bravo Pueblo
  192. Vietnam: Tiến Quân Ca
  193. Yemen: al-Jumhūrīyah al-Muttaḥidâh
  194. Zambia: Stand and Sing of Zambia, Proud and Free
  195. Zimbabwe: Simudzai Mureza wedu WeZimbabwe

October 31, 2019

How Halloween Started


2000 years ago, around before the date of my birthday, the Celtic Irish celebrated the end of the harvest season with a pagan festival called Samhainn. 


During Samhainn, crops and animals will be sacrificed to the communal fire. 


The Celtic people believed that it is during this hour, between 31st October and 1st November, that the sidhe - otherworldly portal - would open and grant access to faeiries and hungry ghosts into the human world. 


Rituals commonly seen during Samhainn was dancing, feasting, singing and building altars to honour the deceased ancestors. 


By 9 AD, the Christians incorporated Samhainn with All Saints' Day as All Hallow's Eve to mask the pagan elements of the festival to be accepted by the Christian society. 


Nowadays Samhainn is renamed as Halloween and has become a secular tradition (although it is still observed as a religious festival by neopagans and Wiccans). 


On this day, you will see idiots running around "trick-or-treating" in hideous and outrageous costumes. I am referring to the adults, not the children. The children are just plain annoying.

September 9, 2019

Kacang Tanduk Boleh Ubati Eczema?


Ketika sambutan perayaan Kuih Bulan anda pasti akan ternampak kacang aneh berbentuk seperti tanduk kerbau ini dihidangkan. Kacang ini namanya kacang tanduk dan adakalanya dipanggil sebagai kacang hantu. Dalam Bahasa Inggeris, ia dikenali sebagai water caltrop, water chestnut, buffalo nut atau devil nut. Kacang tanduk melambangkan kekayaan dan ia juga digunakan dalam upacara sembahyang penganut Buddha sejak zaman Dinasti Zhou. Kacang ini boleh dimakan begitu sahaja atau direbus dan ditambah sedikit garam untuk menaikkan rasa lemak pada kacang. 


Kulit kacang tanduk berwarna hitam seperti tanduk kerbau, rupanya sangat menakutkan tetapi isi kacang di dalamnya sangat enak berwarna putih. Kacang ini juga mengandungi khasiat-khasiat berikut:-

  • Iodin - mampu mencegah kanser dan thyroid
  • Vitamin B - menambah tenaga dan merangsang emosi seimbang
  • Vitamin C - mencegah selsema dan demam
  • Antioksidan - memulihkan tisu yang rosak serta merangsang penghasilan tisu
  • Anti-radang - merawat arthritis, bengkak dan kemerahan pada kulit

Kacang tanduk dikatakan boleh mengubati masalah eczema. Caranya ialah tumbuk isi kacang tanduk sehingga menjadi pes, kemudian campurkan pes tersebut dengan sedikit air dan perahan lemon sebelum disapu pada bahagian kulit bermasalah.


Kacang tanduk hidup di kawasan akuatik sama seperti pokok teratai. Ia sering ditemui di kawasan air tawar seperti tasik, paya dan sawah padi. Pokok kacang tanduk banyak ditanam secara komersil di Taiwan, China, Vietnam dan India. Pokok kacang tanduk tidak menggunakan tanah untuk hidup subur tetapi dalam takungan air.


Namun di Amerika Syarikat dan Australia, pokok kacang tanduk dianggap esbagai tumbuhan perosak kerana mengakibatkan air tasik tersekat, membunuh tanaman asal serta sukar dimusnahkan.


Bayangan penulis bila melihat kacang tanduk...

August 29, 2019

Cara Menghormati Jalur Gemilang


Dalam kita meraikan sambutan hari kemerdekaan yang bakal menjelang tidak lama lagi, ada beberapa perkara yang perlu kita tahu ‘batasan’ dalam penggunaan bendera Jalur Gemilang. Ini sangat-sangat penting kerana sebagai rakyat Malaysia kita perlu hormati bendera Jalur Gemilang kita kerana ia melambangkan kebanggaan negara. Pastikan bendera Jalur Gemilang kita dipasang atau dikibar dengan betul dan bukan sembarangan.

Berikut disenaraikan 20 perkara tentang rahsia bendera negara yang mungkin ramai tidak tahu.

1. Jika bendera hendak dipasang pada tiang besar seperti pada bangunan pejabat atau sekolah, ia hendaklah dinaikkan menggunakan tali pada pagi hari dan diturunkan pada petang hari. Lazimnya di Malaysia bendera dinaikkan pada jam 7 pagi dan diturunkan sebelum jam 7 malam.

2. Sewaktu dinaik dan diturunkan, bendera tidak boleh dibiarkan meleret ke tanah. Sama ada ia ditatang atau diselempangkan di bahu.

3. Orang yang menaik dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas. Tidak boleh pakai pakaian yang mencolok mata, atau pakai kain sarung yang disentengkan ke paras lutut, tidak berbaju, tidak berkasut dan sebagainya. Jangan hisap rokok atau vape semasa menaikkan bendera.

4. Bendera hendaklah dinaikkan perlahan-lahan. Diturunkan pun perlahan-lahan. Jangan tergesa-gesa.

5. Orang yang berada di sekitar tiang tersebut hendaklah berdiri sewaktu bendera dinaikkan.

6. Jika ada kematian pembesar dan bendera hendak dikibarkan separuh tiang, maka ia hendaklah dinaikkan hingga ke puncak dulu, kemudian diturunkan perlahan-lahan ke separuh tiang, tanda berkabung.

7. Bendera tidak boleh dikibarkan dalam gelap. Jika mahu dikibarkan pada malam hari, maka bendera perlu disuluh dengan 'spot light'.

8. Bendera tidak sesekali boleh dibiarkan mencecah tanah. Ini tanda tidak hormat kepada negara.

9. Bendera tidak boleh dibuat kain kelubung untuk menutup kepala pada hari panas.

10. Bendera tidak sama sekali boleh dibuat lapik duduk. Oleh itu paling tidak sesuai jika bendera dijadikan seluar.

11. Bolehkah bendera dibuat baju? Boleh dengan syarat memotong kain lain yang mempunyai warna bendera. Tidak sepatutnya bendera dipotong untuk dibuat baju. Memotong bendera bererti tidak menghormati negara.

12. Bendera tidak sama sekali boleh dibuat stoking atau kasut atau selipar. Kita lihat banyak juga selipar yang dicetak bendera Union Jack. Itu adalah perbuatan tidak hormat pada bendera. Jangan ikut perangai mereka.

13. Jika bendera hendak dipasang pada kereta, pastikan ia dipasang teguh. Banyak yang tercabut dan jatuh ke jalan sehingga dilenyek kenderaan lain. Ini tidak menghormati bendera. Jika dipasang pada kereta pastikan ia diikat atau dilekatkan dengan kuat.

14. Jika hendak dipasang pada lori atau bas, pastikan tidak terlalu besar hingga mengganggu pengguna jalan raya lain. Kita suka pasang yang besar-besar. Apabila lori berhenti di lampu merah, benderanya menutup muka penunggang motosikal. Ini sungguh tidak bertimbang rasa.

15. Bendera boleh digunakan untuk selimut pemenang sukan tanda kejayaan negara, tapi awas... jangan sampai meleret ke tanah.

16. Bendera boleh digunakan untuk menutup keranda perajurit, tetapi jangan bawa masuk ke dalam liang kubur.

17. Jangan pijak bendera negara sendiri atau bendera negara orang lain.

18. Bendera yang telah lusuh warnanya, atau telah koyak akibat dikibarkan terlalu lama hendaklah dimusnahkan. Cara musnahkan bendera ialah dengan dibakar. Jangan buang bendera lama di tong sampah atau tong kitar semula. Jangan kibarkan bendera yang lusuh atau yang sudah koyak atau tinggal separuh.

19. Bendera yang masih cantik dan sempurna jangan dibakar. Meskipun bendera itu kita beli dengan wang kita sendiri. Membakar bendera adalah tanda tidak hormat kepada negara. Ingat yang kita beli hanya kain, yang kita bakar adalah simbol maruah negara.

20. Bolehkah bendera digantung terbalik? Boleh. Itu tandanya negara berada dalam keadaan bahaya (distress). Jadi jika negara tidak dalam keadaan bahaya, jangan diterbalikkan bendera.

Dalam perang, bendera juga dipanggil panji. Jika tangan kanan yang memegang putus dipenggal, wajib disambut dengan tangan kiri. Jika kedua-dua tangan turut dipenggal, wajib digigit dengan gigi. Untuk membiarkan panji perang jatuh ke tanah TIDAK SAMA SEKALI.

Demikian tingginya martabat sebuah bendera negara atau bendera perjuangan kita.

Sumber FB: Majlis Keselamatan Negara

July 14, 2019

Sejarah Vaksin


Pada tahun 1796 seorang doktor dari kawasan desa Berkeley, England, telah memperkenalkan suntikan vaksin pertama dalam sejarah perubatan moden. Edward Jenner mengambil sampel virus cacar lembu (cowpox) dari seorang gadis pemerah susu bernama Sarah Nelmes lalu menyuntik kuman tersebut ke lengan anak tukang kebunnya, iaitu seorang kanak-kanak lelaki bernama James Phipps, yang berusia 8 tahun. James kemudiannya mengalami demam cacar tetapi segera sembuh selepas itu. Tidak lama kemudian Edward menyuntik kuman cacar variola (smallpox) ke dalam tubuh James, namun James tidak mengalami demam. Seperti dijangkakan Edward, James tidak mengalami demam cacar smallpox kerana telah menerima virus cowpox sebelumnya. Penemuan ini merupakan sesuatu yang menaikkan, dan pada masa yang sama, menjatuhkan nama Edward Jenner di mata masyarakat.


Asal-Usul Vaksin

Penyakit cacar variola atau smallpox merupakan sejenis penyakit berjangkit bawaan virus yang cukup berbahaya. Jika seorang kanak-kanak dijangkiti cacar, kemungkinan 80%  kanak-kanak tersebut akan meninggal dunia dalam tempoh dua minggu sahaja dalam penderitaan. Sejak vaksin terhadap cacar ditemui oleh saintis terkenal Edward Jenner pada tahun 1796, ia telah dipraktikkan di seluruh dunia sehinggalah pada tahun 1979, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan bahawa penyakit cacar telah pupus secara total.

Edward mendapat ilham untuk penemuannya apabila mendapat tahu golongan yang bekerja sebagai pemerah susu lembu tidak pernah dijangkiti virus smallpox selepas mereka dijangkiti virus cowpox. Cowpox ialah variasi cacar yang menjangkiti lembu. Jika manusia terkena jangkitan cowpox, mereka akan mengalami kudis di tangan sahaja, berbeza dengan smallpox yang boleh membawa maut.

Edward meneruskan eksperimennya dengan 23 subjek ujikaji lain, termasuklah terhadap anak kandungnya sendiri. Malangnya setelah penemuannya dilaporkan, Edward menghadapi tekanan dari masyarakat yang menuduhnya gila, hilang akal dan bodoh kerana eksperimennya yang berbahaya serta kesanggupannya menjadikan anaknya sebagai bahan ujikaji. Para penolak vaksin di kalangan masyarakat di zaman itu mencemuh hasil usaha Edward dan mereka menolak kaedah pemvaksinan kerana berasa tidak senang hati dengan idea kemasukan bendasing dari haiwan ke dalam sistem tubuh manusia, ada yang menentang konsep tersebut di atas alasan agama. Walaupun kaedah pemvaksinan Edward mencetus kontroversi di kalangan pengamal perubatan dan ahli gereja, laporan Edward berjaya diterbitkan ke dalam 6 bahasa dan seramai 100,000 orang menerima vaksin di seluruh Eropah pada waktu itu.


Legasi Pemvaksinan Diteruskan

Sebenarnya ilmu imunologi melalui kaedah vaksin bukanlah sesuatu yang baru bagi manusia. Sejak zaman primitif lagi manusia telah mengamalkan konsep vaksin bagi menghindari penyakit. Sejahrawan Yunani kuno, Thyucides, pada tahun 429 SM mengamati bahawa rakyat Athens yang pernah dijangkiti wabak cacar lalu sembuh tidak akan mengalami penyakit itu lagi. Malah, di China dan India juga terdapat catatan sejarah tentang kaedah vaksin yang dipraktikkan pada kurun ke-15 dan ke-16. Maharaja K'ang Hsi merupakan antara manusia terawal yang terselamat daripada penyakit cacar hasil daripada vaksin, lalu dia memastikan kesemua anak-anaknya juga diberikan vaksin untuk menghindari penyakit. 

Pengetahuan tentang ilmu imunisasi ini berkembang ke Turki pada kurun ke-17 apabila para wanita di sana dikatakan amat jelita kerana "telah diwajibkan mendapat cacar semasa kecil agar wajah mereka tidak rosak ketika dewasa". Malangnya tiada bukti kukuh tentang hal ini. Pengetahuan vaksin hanya mula berleluasa di dunia Barat semenjak Edward Jenner menjalankan ujikajinya di kurun ke-18. Selepas Edward, Louis Pasteur mengembangkan teknik pemvaksinan dengan menemui vaksin bagi penyakit anjing gila dan anthrax. Ini diikuti oleh Maurice Hilleman yang menemui vaksin bagi penyakit campak, beguk, hepatitis A, hepatitis B, cacar ayam, meningitis, radang paru-paru, dan H. influenza pada kurun ke-20.


Tentangan Terhadap Vaksin

Pada tahun 1853 England memperkenalkan Akta Pemvaksinan yang mewajibkan pemberian vaksin kepada bayi berusia 3 bulan ke atas, serta hukuman ke atas sesiapa yang enggan melaksanakan pemvaksinan. Akibat daripada undang-undang tersebut, terdapat sesetengah rakyat England yang merasakan hak mereka sebagai ibu bapa terhadap anak-anak telah dicabul lalu mereka menubuhkan Liga Anti-Vaksin.

Ideologi penolakan vaksin pada kurun ke-19 dipelopori oleh Lora C. Little, seorang wanita dari Amerika Syarikat yang telah kehilangan satu-satunya anak lelakinya dan menuduh vaksin sebagai penyebab kematian anaknya pada tahun . Menurut Hospital Kanak-Kanak Philadelphia, anak Lora telah lama menghidap demam dan penyakit difteria sebelum diberikan vaksin, namun Lora enggan mempercayai laporan hospital tersebut. Semenjak dari itu, Lora menerbitkan akhbar tempatan yang mengutuk perubatan moden sambil menjunjung perubatan tradisional. 

Gerakan anti-vaksin bangkit semula pada tahun 1974 apabila Hospital Great Ormond Street di London telah melaporkan bahawa 36 orang kanak-kanak mengalami masalah saraf selepas diberikan vaksin untuk membasmi penyakit difteria, tetanus dan batuk kokol. Keselamatan vaksin dipertikaikan di negara-negara Barat pada waktu itu sehingga Sweden mengambil keputusan untuk mengharamkan vaksin bagi batuk kokol sehingga tahun 1996. Akibatnya 60% kanak-kanak di Sweden mengalami penyakit batuk kokol sebelum mencapai usia 10 tahun sepanjang masa tersebut.

Pada tahun 1998 thimerosal ditemui dalam ramuan vaksin. Thimerosal berfungsi sebagai bahan pengawet dalam vaksin dan ia mengandungi raksa. Penemuan ini mendorong golongan anti-vaksin  untuk meneruskan perjuangan mereka menentang pemvaksinan sambil mengatakan bahawa vaksin juga boleh mengakibatkan gangguan perkembangan otak kanak-kanak, sejajar dengan dakwaan oleh selebriti Amerika Jenny McCarthy pada 2007 bahawa anaknya menghidapi autisme akibat vaksin. Pada tahun 2011 kaitan antara vaksin dan autisme telah dilaporkan tidak benar, namun persepsi itu masih dipegang oleh golongan anti-vaksin hingga sekarang sebagai salah satu AEFI (adverse events following immunization).


Keberkesanan Vaksin

Vaksin dikenali dalam sejarah sebagai suatu cara yang berkesan untuk melawan dan membasmi penyakit berjangkit, namun keberkesanannya ada juga batasnya. Perlindungan kadangkalanya gagal kerana sistem imun badan tidak dapat bertindak balas dengan secukupnya mahupun secara langsung. Tindak balas yang kurang biasanya berlaku daripada faktor-faktor kesihatan yang wujud seperti diabetes, penggunaan steroid, HIV ataupun usia. Vaksin boleh juga gagal berkesan disebabkan faktor genetik seperti tiadanya strain sel B yang boleh menghasilkan antibodi yang sesuai bertindak balas serta bergabung dengan antigen yang menghasilkan patogen.

Vaksin yang telah tamat tamat tempoh tidak harus diberikan kerana ianya tidak lagi mempunyai keberkesanan. Kes di mana vaksin tamat tempoh diberikan pernah berlaku di Jingsu, China, pada 12 Januari lalu apabila 13 pegawai kesihatan didapati telah memberikan vaksin polio tamat tempoh kepada 145 orang kanak-kanak.

Powered by Blogger.