Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

May 28, 2022

Tawaran Pengajian Ke Universiti Di Maghribi Bagi Sesi Kemasukan 2022/2023

PERMOHONAN ATAS TALIAN BAGI MELANJUTKAN PENGAJIAN KE UNIVERSITI DI MOROCCO BAGI SESI KEMASUKAN 2022/2023 

Dimaklumkan bahawa pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Universiti di Morocco bagi sesi 2022/2023 perlu membuat permohonan secara atas talian talian dipautan https://dohe.mohe.gov.my/morocco akan dibuka pada 24 Mei 2022 (Selasa) pada jam 10.30 pagi sehingga 9 Jun 2022 (Khamis) selewat-lewatnya jam 5.00 petang . 

* Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung melalui Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi seperti berikut :

No. Tel : 0388706217 / 0388706226
Email : ol.bem@mohe.gov.my

May 26, 2022

Cacar Monyet (Monkeypox)

Apakah Cacar Monyet?

Cacar monyet atau monkeypox merupakan sejenis virus yang disebarkan oleh haiwan ke manusia (zoonosis virus). Simptomnya hampir sama dengan simptom yang dilihat dalam penyakit jenis cacar (smallpox) pada satu ketika dahulu tetapi kurang serius secara klinikal. Setelah pembasmian cacar pada 1980 dan pemberhentian penghasilan vaksin cacar, cacar monyet muncul sebagai orthopoxvirus yang paling penting. 

Cacar monyet biasanya berlaku di Afrika Tengah Dan Barat, berdekatan dengan hutan hujan tropika. Kes pertama cacar monyet dilihat pada seorang warganegara Kongo, Afrika Selatan pada tahun 1970. Semenjak itu, terdapat beberapa kes eksport yang dikenal pasti di Amerika Syarikat, Israel, United Kingdom dan juga Singapura. Terdapat satu kes sahaja cacar monyet di Singapura yang disahkan pada bulan Mei 2019. Walaubagaimanapun, tiada kes cacar monyet di indonesia dan Malaysia.

Gejala Cacar Monyet

Gejala cacar monyet akan muncul dalam anggaran 5-21 hari selepas pesakit terdedah kepada virus ini. Jangkitan ini boleh dibahagikan kepada dua tempoh.

  • Tempoh pertama berlangsung selama 0-5 hari. Pesakit akan mengalami demam, sakit kepala yang teruk, sakit belakang, sakit otot dan rasa letih yang melampau. Benjolan kelenjar getah bening pada peringkat awal merupakan sifat yang biasanya membezakan cacar monyet daripada penyakit yang serupa seperti cacar air, campak dan cacar.
  • Erupsi kulit biasanya berlaku satu ke 1-3 hari selepas demam. Ruam lebih tertumpu di bahagian muka dan anggota badan berbanding badan. Ruam ini akan dilihat pada muka, tapak tangan dan tapak kaki. Bahagian lain seperti mukosa mulut, genitalia, konjunktiva dan kornea turut boleh terjejas. Ruam yang terbentuk biasanya bermula sebagai bintik-bintik kemudian bertukar kepada vesikel yang berair atau bernanah. Ruam ini akhirnya akan mengering dan membentuk kerak di kulit lalu tertanggal dari permukaan kulit. Kadangkala, ruam ini boleh bergabung sekiranya tumbuh berdekatan dan menyebabkan ruam yang lebih besar saiznya.

Cacar monyet biasanya boleh sembuh dengan sendiri dalam masa 2-4 minggu. Kes yang lebih serius dan berlarutan biasanya terjadi dalam kalangan kanak-kanak.

Penyebab Dan Faktor Risiko Cacar Monyet

Kes index biasanya pesakit yang terdedah kepada virus ini melalui kontak dengan darah dan cecair lain (seperti air liur) haiwan yang dijangkiti. Haiwan seperti tupai, monyet dan tikus dikenal pasti sebagai pembawa virus ini. Oleh itu, anda boleh mendapat cacar monyet sekiranya anda makan daging haiwan yang dijangkiti secara mentah atau kurang masak.

Jangkitan manusia ke manusia adalah terbatas tetapi boleh berlaku. Penyakit cacar monyet dalam manusia disebabkan oleh virus monkeypox  yang tersebar melalui titisan air liur pesakit yang masuk melalui mata, mulut, hidung atau luka yang terdedah. Benda pesakit cacar monyet yang tercemar juga boleh menjadi punca jangkitan seperti pakaian dan sudu. Dapatlah disimpulkan bahawa penjawat kesihatan dan mereka yang tinggal serumah dengan pesakit cacar monyet berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan ini.

Cara Mendiagnosis Cacar Monyet

Pada peringkat awal jangkitan ini, doktor akan melakukan pemeriksaan simptom dan ruam yang timbul. Sejarah perjalanan ke negara yang tinggi dengan kes cacar monyet juga akan diambil kira kerana ini akan meningkatkan kemungkinan bahawa punca gejala yang dihadapi ialah cacar monyet. 

Namun, ruam sahaja tidak dapat mengasingkan simptom cacar monyet daripada penyakit lain yang mempunyai ruam yang serupa seperti cacar air, jangkitan bakteria pada kulit, kudis, sifilis dan reaksi alergi pada kulit. Oleh itu, ujian makmal akan dikendalikan untuk mendapat diagnosis yang tepat. Ujian ini bernama polymerase chain reaction. Antara sampel yang boleh diambil ialah:
  • Sampel darah
  • Biopsi ruam kulit

Rawatan Cacar Monyet

Buat masa sekarang, masih tiada rawatan spesifik untuk cacar monyet. Rawatan untuk cacar monyet biasanya rawatan simptomatik. Ubat seperti paracetamol akan diberi untuk meredakan demam dan sakit badan. Berdasarkan CDC (Centre For Disease Control And Prevention), apabila berlakunya wabak cacar monyet, ubat antiviral boleh digunakan untuk rawatan bagi jangkitan yang serius. 

Komplikasi Dan Cara Pencegahan 

Cacar monyet mempunyai kadar sembuh yang tinggi. Namun, kadar kematian dalam kalangan pesakit yang dijangkiti cacar monyet ialah sebelas peratus. Kadar kematian lebih tinggi dalam kanak-kanak. Hal ini kerana terdapat komplikasi yang boleh muncul daripada jangkitan ini. Menurut WHO, komplikasi yang boleh berlaku ialah:
  • Jangkitan sekunder
  • Bronkopneumonia
  • Sepsis
  • Jangkitan otak
  • Jangkitan kornea diikuti kehilangan penglihatan

Untuk mengelakkan daripada dijangkiti cacar monyet, terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan.
  • Elakkan kontak rapat dengan haiwan pembawa virus in
  • Elakkan makan makanan yang mentah atau kurang masak
  • Sentiasa membasuh tangan sebelum makan, menyentuh mata atau hidung dan membersihkan luka
  • Elakkan berkongsi alat makan dengan pesakit cacar monyet
  • Asingkan pesakit cacar monyet daripada orang seisi rumah 
  • Bagi penjawat kesihatan, sentiasa gunakan alat pelindung diri semasa mengendalikan pesakit cacar monyet

Sumber: Dr Sri Viknarajan, MD (Universiti Hasanuddin, Indonesia)

February 1, 2020

Cara Betul Pakai Face Mask, Topeng Muka Yang Ramai Orang Jarang Ambil Tahu


Jom belajar cara pakai mask muka dengan betul! (Jangan pakai macam mamat dalam gambar atas tu, tak senonoh  betul...)

Ayuni berminat untuk berkongsi cara pemakaian mask muka, atau topeng muka, di blog ini setelah menonton rancangan temubual Pesona XY di RTM  mana salah seorang tamunya ialah Dr. Suraya. Dalam rancangan tersebut Dr. Suraya menunjukkan cara-cara betul untuk mengenakan mask muka.


1. BAHAGIAN BERWARNA DI LUAR: Pastikan bahagian berwarna hijau/biru tu terletak di luar, bukan belakang. Ya, penulis juga pernah melakukan kesilapan yang sama. Silalah luahkan rasa malu tak sudah di ruang komen.

2. IKAT BETUL-BETUL: Pastikan tali pengikat getah disangkut pada telinga. Jika menggunakan tali jenis ikat, pastikan tali bahagian bawah diikat bersambung pada tali bahagian atas topeng dan tidak dibiarkan berjuntai. Kata orang tua-tua, "syaitan suka duduk dekat benda berjuntai-juntai". Mungkin kuman juga sejenis syaitan, sebab itulah agaknya staf hospital dilarang memakai aksesori berjuntai seperti tali leher, anting-anting dan rantai, terutama sekali bila berada di makmal atau semasa menjalankan rawatan.

3. TARIK KE BAWAH: Tarik topeng hingga ke bawah dagu (macam gambar atas di sebelah kiri). Tekan dawai pada mask di atas hidung agar ia tak longgar dan menutup hidung dengan sempurna.

4. CARA BUANG MASK: Bila dah pakai mask, anggap mask tersebut dah tercemar. Jadi selepas pakai jangan pergi letak di atas meja sambil minum dan berborak dengan kawan di Setarbak atau Mekdi... itu pengotor namanya. Jika guna mask jenis pakai buang, pastikan anda tak pegang permukaan mask tu. Buka tali pengikat perlahan-lahan bila nak tanggalkan mask (macam model hensem dalam gambar ni tunjukkan) lepas tu masukkan ke dalam bungkusan plastik sebelum dibuang dalam tong sampah atau tong pelupusan sampah.

5. BASUH TANGAN: Jangan lupa basuh tangan bersih-bersih selepas membuang mask muka.

Entri selepas ini: Cara Membasuh Tangan Dengan Betul (sekiranya Ayuni tak terlupa nak menulis artikel ini nanti).

February 26, 2019

Hyperdontia - Bila Gigi Tumbuh Dalam Lubang Hidung


Semalam ada berita tentang seorang doktor di Copenhagen yang terkejut apabila menemui pesakitnya seorang lelaki warga emas yang tumbuh gigi dalam bahagian hidung setelah pesakit mengadu tentang masalah pernafasan. Kedengaran memang pelik kerana jarang perkara begitu berlaku. Namun ia bukanlah kes pertama yang pernah terjadi kerana sebelum ini terdapat juga laporan perubatan di China yang merekod kes aneh yang sama berlaku pada tahun 2017, dan di Arab Saudi pada tahun 2014. Fenomena perubatan abnormal ini dikenali sebagai hyperdontia iaitu keadaan di mana gigi akan tumbuh di tempat-tempat anatomi lain selain daripada tempat yang sepatutnya dalam gusi.

Apa Itu Hyperdontia?

Hyperdontia atau nama lainnya mesiodens ialah keadaan bila seseorang ada gigi ekstra yang tumbuh di tempat yang tak sepatutnya. Kes hyperdontia terbahagi kepada dua jenis, yang biasa ditemui dan jarang ditemui (kes unik). Dalam hyperdontia biasa gigi akan tumbuh di luar barisan gigi biasa dalam gusi, manakala dalam hyperdontia unik gigi akan tumbuh dalam bahagian badan lain. 


Kes hyperdontia yang biasa ni kadang-kadang kita boleh nampak dalam mulut orang yang ada gigi berlapis. Malah penyanyi utama kumpulan Queen, Freddie Mercury juga dikatakan mempunyai hyperdontia di bahagian rahang gigi bawah. Ayuni juga salah seorang yang memiliki kes hyperdontia sebab ada gigi taring ekstra tumbuh di belakang barisan gigi biasa. Selain daripada itu, Ayuni juga ada dua set gigi geraham bongsu yang tumbuh pada usia 12 tahun, awal daripada usia normal iaitu 21 tahun. 

Tanda awal seseorang mempunyai hyperdontia apabila gigi tumbuh di tempat yang tak sepatutnya

Rupa kes hyperdontia yang mirip dengan kes Ayuni, cuma taring orang ni terletak di bahagian tengah mulut.


Jika diperhatikan klip video lagu "We Will Rock You" oleh kumpulan Queen secara teliti, akan nampak barisan bawah gigi Freddie Mercury berlapis. Mungkinkah dia ada hyperdontia?

Tapi lebih malang bagi pesakit yang ada kes hyperdontia unik sebab adakalanya tak nampak gigi yang tumbuh sehingga pesakit mengalami kesakitan atau pendarahan akibat bahagian dalaman dicucuk gigi tersebut. Biasanya simptom luaran kelihatan seperti tumor. Ada kes ekstrem yang mana pesakit tumbuh gigi dalam mata, otak, kaki dan hidung. Ada juga kes di mana gigi tumbuh lebih daripada puluhan batang gigi dan berlapis-lapis dalam gusi lelangit sehingga menolak baris susunan asal gigi normal.

Foto-Foto Kes Hyperdontia Unik Yang Pernah Berlaku Sekitar Dunia

Gigi tumbuh secara berlapis dalam gusi dan lelangit

Imbasan MRI menunjukkan sebatang gigi tumbuh dalam otak seorang bayi berusia 4 bulan di Maryland, USA

Wanita ini mengalami tumor yang membengkak pada sebelah wajah akibat ada gigi yang tumbuh dalam matanya.

Lelaki ini menunjukkan punca yang telah menyebabkan dia mengalami sakit telinga selama 33 tahun sehingga mengganggu keselesaan hidupnya. Akhirnya doktor berjaya mengeluarkan sebatang gigi yang tumbuh di dalam telinganya.

Remaja ini terpaksa melalui pembedahan selama 7 jam bagi mengeluarkan 232 batang gigi daripada gusinya.

Foto yang menunjukkan pembedahan untuk mengeluarkan gigi dalam lubang hidung pesakit

July 11, 2018

Senarai Kes Kehilangan Kanak-Kanak Yang Menggemparkan Malaysia 1987-2017


Senarai kes kehilangan kanak-kanak yang pernah menggemparkan Malaysia sepanjang 30 tahun ini iaitu dari tahun 1987 hingga 2017. Ada yang ditemui dalam keadaan tragis dan ada yang masih hilang hingga ke hari ini.


12 April 1987
Ang May Hong, 9

Mangsa keluar ke pasar untuk membeli sarapan pagi dan tidak pulang ke rumah selepas itu. Bapa mangsa menemui mayat mangsa 3 jam berikutnya di sebuah rumah kosong tidak jauh daripada kediaman mereka di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Mangsa didapati telah diseksa, diperkosa dan dibunuh.

12 Januari 1996
Tin Song Sheng, 7

Mangsa diculik dari sekolahnya SRJK Taman Rasah. Terdapat laporan bahawa ada saksi terserempak dengan mangsa sedang meminta sedekah di Pontian, Johor. Mangsa tidak pernah ditemui sehingga sekarang.

28 November 1998
Zulaiha Muhamad, 6
Mangsa dikatakan hilang ketika sedang bermain di bawah pokok jambu mawar bersama adiknya. Sehingga kini mangsa tidak ditemui.

17 Ogos 2001
S. Maniarasi, 4
Mangsa diculik dari rumah kedai milik ibu bapanya di Taman Air Bemban di Kulai, Johor. Mayat mangsa kemudian ditemui terapung dalam empangan di Ulu Choh terletak kira-kira 50km daripada rumah mangsa.

8 Januari 2004
Haserawati Saridi, 10
Mangsa diculik, diperkosa dan ditikam hingga mati oleh seorang penagih dadah ketika mangsa dalam perjalanan ke sekolahnya di Menggatal, Sabah.

17 Januari 2004
Nurul Huda Abdul Ghani, 10
Mangsa dilaporkan hilang selepas tidak pulang daripada membeli barang di kedai runcit yang terletak 500 meter dari rumah mangsa di Kampung Pekajang, Tanjung Kupang, Johor Bahru. Mangsa kemudian ditemui dalam keadaan bogel dan nyawa-nyawa ikan dalam sebuah pondok pengawal keselamatan di pencawang TNB. Mangsa telah diikat, diperkosa dan diliwat beramai-ramai oleh tiga orang suspek sebelum dijerut. Mangsa meninggal dunia ketika menunggu rawatan tiba. Dua suspek telah ditahan manakala suspek ketiga berjaya memboloskan diri dan tidak ditemui hingga kini.

6 Julai 2007
Shearwey Ooi Ying Ying, 4
Mangsa dilaporkan hilang daripada kereta milik ibu kandungnya. Mangsa dipercayai telah dibunuh, dibakar dan tulangnya dicampak secara berasingan di beberapa tempat sekitar Pulau Pinang.

20 Ogos 2007
Nurin Jazlin Jazimin, 8
Mangsa hilang ketika dalam perjalanan ke pasar malam berdekatan rumahnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Mayat mangsa kemudian ditemui disumbat dalam sebuah beg depan lot kedai di Petaling Jaya, Selangor. Bahagian kemaluan mangsa disumbat dengan terung dan timun hingga rektum mangsa terkoyak dan menyebabkan kematiannya. Suspek culik dan bunuh mangsa masih belum dikenalpasti hingga sekarang.

9 Januari 2008
Sharlinie Mohd Nashar, 5
Mangsa hilang ketika bermain di sekitar rumahnya di Petaling Jaya, Selangor. Mangsa tidak ditemui hingga kini.

9 Mac 2008
Muhamad Asmawi Jalaludin, 11
Mangsa dilaporkan hilang ketika pulang bersama rakannya dari sebuah taman permainan berdekatan rumahnya di Kerinchi, Kuala Lumpur. Mangsa masih belum ditemui hingga kini.

4 Jun 2010
Nisha Chandramohan, 2
Mangsa yang merupakan penghidap sawan hilang ketika dibawa keluar oleh nenek saudaranya yang mengalami penyakit mental di Mentakab, Pahang. Walaupun nenek saudara mangsa berjaya ditemui, mangsa masih hilang sehingga sekarang.

1 Mac, 2012
Nurul Nadirah Abdullah, 5
Mangsa hilang semasa keluar membeli barang di kedai runcit berdekatan rumah mangsa. Mayat mangsa kemudian ditemui dalam keadaan rentung dalam sebuah ladang di Nusa Damai, Johor.

8 Ogos 2012
Satishkumar Tamilvanan, 5
Mangsa hilang ketika keluar untuk membeli gula-gula di sebuah medan selera di Permatang Pauh, Bukit Mertajam. Mangsa tidak ditemui hingga sekarang.

16 Januari 2013
William Yau Zhen Zhong, 6
Mangsa dipercayai keluar mencari ibu bapanya semasa dia ditinggalkan dalam kereta bersama dua orang adik-beradiknya yang lain. Kedua-dua ibu bapa mangsa pada masa itu berada di dalam kedai barangan elektrik di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor. Mayat mangsa ditemui di Jeti Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, Selangor seminggu selepas itu.

8 November 2013
Freddie Joseph, 1 tahun 8 bulan
Mangsa diculik dari rumah ibunya di Bangsar, Kuala Lumpur. Mangsa kemudian dijumpai keesokan harinya bersendirian dalam keadaan lapar dan letih di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

21 November 2014
Mohd Shariqal Sidek, 3
Mangsa hilang ketika bermain di kawasan kebun getah di Kampung Selagon, Beaufort, Sabah. Mangsa ditemui mati dipercayai dibunuh berhampiran Sekolah Menengah St John kira-kira tujuh kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

11 Ogos 2016
Noor Amila Edrus Noorsham, 5
Mangsa dipercayai hilang selepas keluar menunaikan solat Maghrib di surau yang terletak 20 meter dari rumah ibu tirinya di Jinjang Utara, Kuala Lumpur. Mayat mangsa ditemui dalam semak dekat Kampung Kemensah, Hulu Kelang, Selangor. Mangsa dipercayai telah dibunuh sebelum mayatnya dihumban dari atas tebing setinggi 20 meter.

14 Ogos 2017
Faralysa Amani, 10
Mangsa dipercayai dilarikan suspek pada waktu pagi dari rumah keluarganya di kuaters kakitangan Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan. Pada waktu malam hari yang sama, mangsa ditinggalkan berdekatan pondok pengawal keselamatan politeknik dalam keadaan trauma dan kedua-dua tangan yang diikat. - A.Rafilah

CERITA TERKINI

Legenda Gitar Elektrik Les Paul

9 haribulan Jun merupakan ulangtahun kelahiran lelaki yang mencipta revolusi baru dalam muzik 'rock n roll' dan rock - dialah Les...

ENTRI TERBARU