Penafian

Penafian | Sila baca penafian ini sebelum anda berhasrat untuk mengecam dan menyaman penulis atas apa-apa penulisan yang tidak betul tentang, atau yang dianggap telah mengganggu ketenteraman,  anda serta ahli keluarga, sanak-saudara, jiran-tetangga dan kucing kesayangan anda yang telah diterbitkan melalui blog ini. Segala penulisan yang dikongsi dalam blog ini merupakan pendapat peribadi milik penulis semata-mata yang telah ditapis mengikut garis panduan Akta Hasutan 1949, Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Semua pendapat yang ditulis dalam blog ini tidak mewakili pendapat mana-mana pertubuhan, jenama dan parti politik. Penulis juga ialah seorang pengamal undang-undang.

TENTANG BLOG

Blog YUNFILA.COM merupakan laman web bersifat santai yang berfungsi sebagai medium penghimpunan dan perkongsian penulisan peribadi oleh penulis serta artikel-artikel berkaitan gaya hidup semasa (lifestyle), trend membeli-belah (hobi rasmi penulis), teknologi terbaru (contohnya aplikasi atau aplikasi yang boleh membuat orang hodoh nampak cantik), pengalaman travel di tempat-tempat yang menarik terutama sekali di mana ada tempat makan yang sedap-sedap di situ serta event yang berlangsung di kawasan berdekatan penulis. 

PENGGUNAAN MAKLUMAT

Segala maklumat yang dikongsi dalam blog ini adalah untuk tujuan santai semata-mata dan berasal dari pelbagai sumber berlainan. Penulis bukan seorang yang pakar dalam semua perkara yang ditulis (contohnya penulis tidak arif memberi nasihat tentang amalan perubatan walaupun pernah menghantar surat saman terhadap hospital di atas kecuaian perubatan). Justeru itu sila maklum bahawa kesemua artikel penulis bukan 100% kredibel dan anda disyor mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar yang diiktiraf. Anda juga dinasihati agar jangan sekali-kali menjadikan blog ini sebagai sumber bagi tugasan ilmiah anda, melainkan anda ingin mengambil risiko gagal dalam peperiksaan dan mengulangi semester. Penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas segala kemalangan, kecederaan, kerugian wang dan masa, kehilangan harta dan nyawa, kemurungan jiwa, kesakitan hati, kematian, serta kebodohan yang anda alami disebabkan anda telah mengambil atau 'copy paste' info dari artikel penulis. Anda telah diberi amaran.

HAKCIPTA TERPELIHARA

Anda dibenarkan berkongsi semula artikel dalam blog dengan meminta keizinan terdahulu daripada penulis. Penulis tidak akan makan orang selagi anda tidak mengubah dan memutarbelit fakta asal artikel serta tidak lupa memberi kredit kepada empunya milik asal artikel. Jika anda copy paste artikel tanpa kebenaran demi menaikkan trafik untuk platform menjana wang seperti AdSense dan sebagainya, penulis tidak akan teragak-agak untuk memberi fraudulent click bertalu-talu pada widget anda sehingga anda kena ban oleh AdSense (dan platform sebagainya). Padan muka. Haha. Anda telah diberi amaran.

Terma dan syarat penafian ini tertakluk kepada perubahan bila-bila masa tanpa notis. Segala pertanyaan, pujian dan ugutan boleh dikemukakan di e-mail: yunfila@gmail.com. Harap maklum.


HOME  |  PERTANYAAN   |   PENAFIAN  |   SITEMAP