Page Menu

Sebuah blog caca-marba yang hidup segak mati tak mau.
Blogger dia pun sekejap update sekejap jadi hantu.

Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2014-2023 Hak Cipta Terpelihara
Dikuasakan oleh Blogger.

Hikmah Di Sebalik Kemarahan #1

Dulu pernah ada orang bertanya kepada Ayuni, "Macam mana akak selalu nampak tenang je? Saya tak pernah nampak akak marah!"

Ayuni senyum saja sebab Ayuni sebenarnya tak pasti apa jawapan yang patut diberi. Bila dikenangkan semula, Ayuni bukan orang yang tenang seperti sekarang pada asalnya. Malah, seorang yang sangat pemarah dan lantang sehingga pernah banyak kali dimarah dan dikenakan tindakan tatatertib kerana merosakkan harta benda, memukul orang serta mengguris perasaan orang lain.

Sejak lahir suka bergaduh dengan sesiapa saja termasuk dengan ibu sendiri. Agaknya itu yang masa kecil selalu kena lempang oleh ayah tu. Satu hari tu kalau tak gaduh tak sah. Bila kalah Ayuni akan ambil barangan kesayangan orang tu dan rosakkan. Paling baik pun cuma sorokkan dan tunggu orang pujuk dan minta maaf baru Ayuni pulangkan. Tak baik kan perangai Ayuni masa kecil dulu...

Pernah kena cari oleh satu nenek Cina tua yang mengamuk sebab Ayuni pukul cucu lelaki dia. Padahal cucu dia dua kali ganda lagi besar daripada Ayuni. Masa tu Ayuni baru berumur 3 tahun. Penat arwah Opah menenangkan nenek Cina tu dan cuba mempertahankan Ayuni.

Sikap panas baran Ayuni makin memuncak selepas Opah meninggal dunia...

Bersambung nanti di entri berikutnya.

1 ulasan: