Page Menu

Sebuah blog caca-marba yang hidup segak mati tak mau.
Blogger dia pun sekejap update sekejap jadi hantu.

Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2014-2023 Hak Cipta Terpelihara
Dikuasakan oleh Blogger.

Keistimewaan 10 Hari Pertama Ramadhan


Pejam celik mata tup-tup dah seminggu umat Islam menunaikan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan. Dah masuk bulan April 2023 rupanya kita semua. Kebetulan pula hari kesepuluh pertama Ramadhan jatuh pada 1 April. Selamat hari lahir kepada sesiapa yang lahir pada tarikh hari ini...

Biasanya orang akan kaitkan tarikh 1 April dengan Hari April Fool (April Fools' Day) yang mana hari ini disambut di dunia Barat dengan usikan atau gurauan terhadap kawan, musuh, jiran, dan orang lain dengan tujuan bergurau senda atau memalukan mereka.

Namun dalam blog ini Ayuni tak akan bercerita pasal Hari April Fool. Apa yang Ayuni nak ceritakan ialah hari ini merupakan hari kesepuluh dalam bulan Ramadhan 2023, iaitu bersamaan dengan 10 Ramadhan 1444 Tahun Hijrah. Apakah keistimewaan tarikh hari ini? Sepuluh hari pertama Ramadhan dikenal sebagai sepuluh hari penuh rahmat, oleh itu hari ini menjadi kesempatan bagi umat Islam untuk mendapatkan limpahan rahmat dan keberkahan. Waktu ini juga merupakan waktu yang mustajab untuk memohon pengampunan atas segala dosa-dosa. Selama sepuluh hari pertama dalam bulan Ramadhan, cara terbaik untuk mendapatkan rahmat Allah adalah dengan memperbanyakkan doa dan zikir.

Bulan Ramadhan terbahagi kepada 3 fasa iaitu:
  1. 10 hari pertama adalah kerahmatan
  2. 10 hari pertengahan adalah kemaafan
  3. 10 hari terakhir adalah pelepasan dari azab api neraka
Keindahan dari sepuluh hari pertama bulan Ramadhan adalah setiap perbuatan baik yang dilakukan akan diberikan pahala berlipat ganda. Bagi mereka yang meminta ampun dengan tulus atas dosa-dosanya akan diberikan pengampunan oleh Allah SWT.


Keistimewaan 10 Hari Pertama Ramadhan

1. Terbukanya pintu rahmat

Pada 10 hari pertama di bulan Ramadhan, Allah membuka pintu rahmat-Nya untuk setiap hamba yang menjalani ibadah puasa.

2. Dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan

Seseorang yang berpuasa akan selalu dalam lindungan Allah selama bulan Ramadhan serta selalu berada dalam petunjuk-Nya.

3. Lebih pahala bagi mereka yang memperbanyakkan amal ibadah sunnah

Luangkan waktu ini untuk melakukan ibadah sunnah seperti solat dhuha, solat rawatib, solat tarawih, solat witir, dan membaca Alquran.

4. Menjaga hubungan sesama manusia melalui solat berjemaah

Solat berjemaah pada bulan puasa perlu diutamakan, terutama bagi kaum lelaki. Solat berjemaah juga merupakan satu ibadah di mana umat Islam dapat mengeratkan silaturahim serta menjaga hubungan baik sesama sendiri.


Doa Hari Ke-10 Pertama Ramadhan

Tiada ulasan