Total Pageviews

Apa Jadi Selepas Kematian?

Semasa membaca komen-komen dalam trailer filem "Mentega Terbang" dalam YouTube tadi, ada satu komen kata "orang yang berfikiran rasional dan lojik tidak akan mempertikai filem ini". Kalaulah dia tahu bahawa lojik dan rasional mengikut akal manusia ada banyak cacat cela kerana ia subjektif dan tiada kepastian. 

Semua persoalan kita sebenarnya telah pun ada jawapan dari Allah. Mungkin sebab ini wujud ayat-ayat dalam Al-Quran kisah Allah SWT menganugerahkan beberapa mukjizat kepada Nabi dan Rasul yang kedengaran seperti tidak lojik dan rasional kepada manusia, tetapi Itulah mesej-Nya yang ingin disampaikan iaitu Allah SWT menentukan segalanya walau pun perkara itu mustahil untuk diterima akal manusia. Apa yang terjadi sebelum dan selepas kehidupan adalah ditentukan oleh Allah dan manusia tidak akan mampu memahami walaupun sepintar mana atau sebijak mana pun mereka. Sedangkan saintis juga mengakui bahawa manusia hanya menggunakan 10% keupayaan otak mereka. Kenapa manusia tidak boleh menggunakan otak mereka sepenuhnya? Sama seperti kenapa manusia tak boleh bebas membuat perkara yang dilarang agama? Maknanya lojik dan rasional akal manusia sangat lemah berbanding dengan keimanan. Iman ialah asas kepada akidah, dan akidah ialah tiangnya.

Filem "Mentega Terbang" cuba mengetengahkan kononnya pluralisme agama itu bersandarkan lojik dan toleransi, tetapi mereka tidak tahu bahawa agama sebenar ialah agama yang berpaksikan kepada keimanan, maka sebab itulah Islam mempunyai rukun iman yang sangat lengkap dan tidak ditemui dalam mana-mana agama lain. Rukun iman ini jugalah yang memberikan manusia harapan serta jawapan kepada persoalan yang diungkit oleh golongan yang masih mencari jawapan melalui "Mentega Terbang" iaitu: "Apa jadi selepas kematian?"

No comments