Page Menu

Sebuah blog caca-marba yang hidup segak mati tak mau.
Blogger dia pun sekejap update sekejap jadi hantu.

Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2014-2023 Hak Cipta Terpelihara
Dikuasakan oleh Blogger.

Ulat Dalam Makanan Penerbangan?


Bagi penumpang Jagruti Upadhaya, pengalaman menaiki AirAsia pasti tidak akan dilupakan.

Ketika itu, dia dan keluarganya dalam penerbangan pulang dari Bali ke Kuala Lumpur pada Disember tahun lepas. Mereka memesan empat hidangan vegetarian untuk dimakan di dalam pesawat.

"Ulat itu hanya dijumpai dalam bekas makanan anak saya. Jadi kami semua tidak makan makanan yang diberi dan meminta pramugari mengambil semula makanan tersebut," katanya.

Jagruti berkata, kesabarannya sudah sampai ke hadnya apabila aduan yang difailkan menerusi AVA (chatbot AirAsia) seperti tidak dilayan kerana dia menunggu sehingga 25 Januari untuk mendapatkan maklum balas.

"Selepas saya muat naik kenyataan di media sosial berserta gambar ulat itu, barulah AirAsia hubungi suami saya dan tawaran bayaran kredit RM100.

"Kami bukan mahu duit, mereka patut minta maaf dengan ikhlas. Mujur tiada ahli keluarga jatuh sakit," kata Jagruti yang sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap syarikat penerbangan itu.

Tiada ulasan