Arkib Blog

Pintu Neraka Jadi Tumpuan Pelancong


Sebuah kawah berapi besar yang dikenali sebagai Pintu Neraka ditemui di tengah-tengah gurun Karakum, Turkmenistan. Api dalam kawah tersebut dipercayai marak tanpa henti selama setengah abad sejak tahun 1971. Kawah tersebut terbentuk apabila berlaku kebakaran gas asli pada tanah di dalam gua di gurun di situ.

Pintu Neraka terletak kira-kira 260 km utara dari ibu kota Turkmenistan, Ashgabat. Lokasinya berhampiran dengan perkampungan Darvaza yang kini menjadi tumpuan pelancong datang untuk melawat kawah tersebut. Keluasan kawah itu dianggarkan 70 meter (diameter) dengan kedalaman 20 meter.

Tiada siapa tahu bagaimana api dalam kawah itu marak tanpa henti selama bertahun.

1 comment: