Page Menu

Sebuah blog caca-marba yang hidup segak mati tak mau.
Blogger dia pun sekejap update sekejap jadi hantu.

Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2014-2023 Hak Cipta Terpelihara
Dikuasakan oleh Blogger.

FILEM | Then Barbara Met Alan (2022)

Then Barbara Met Alan kisah OKU perjuangkan hak penggunaan fasiliti

Berdasarkan kisah sebenar tentang pasangan kelainan upaya yang berjuang mendapatkan hak sama rata untuk penggunaan pelbagai kemudahan awam di United Kingdom era 1990-an. Kisah ini juga mendedahkan punca sebenar protes besar-besaran oleh golongan masyarakat kelainan upaya di tengah kota London pada tahun 1990an dulu. Walaupun cerita ini menarik tapi ia tak sesuai untuk tontonan umum sebab banyak adegan mencarut dan aksi 'dewasa'.

Sinopsis

Barbara Lisicki and Alan Holdsworth merupakan pasangan OKU yang telah lama bosan dan rimas dengan layanan masyarakat terhadap golongan OKU. Sejurus selepas mereka bertemu di sebuah pub di mana mereka membuat persembahan, Barbara dan Alan jatuh cinta lalu mereka berkongsi kehidupan bersama. Di sepanjang hubungan intim mereka, Barbara dan Alan menemui banyak perkara dalam kehidupan seharian yang mendiskriminasikan orang-orang seperti mereka. Contohnya semasa Alan membawa Barbara keluar dating, mereka terpaksa meminta restoran sediakan meja dan kerusi makan di luar kerana kerusi roda Barbara tidak boleh muat masuk melalui pintu restoran tersebut. Alan dan Barbara juga menyampah dengan sikap masyarakat yang memandang rendah terhadap golongan OKU seolah-olah golongan tersebut tidak akan mempunyai peluang kehidupan cerah seperti orang normal dan hanya layak menerima simpati dari orang ramai. Alan dan Barbara kemudian menubuhkan persatuan aktivis yang dikenali sebagai Disabled People's Direct Action Network (DAN) yang memperjuangkan hak untuk golongan OKU hingga wujudnya Akta Diskriminasi Kurang Upaya 1995.

Ahli-ahli anggota DAN terdiri daripada rakan-rakan Barbara dan Alan yang juga merupakan golongan OKU

Mesej padu dalam filem

Cerita dia bagus dalam menyampaikan sentimen golongan kelainan upaya terhadap penerimaan masyarakat yang cuba membantu tetapi tak cuba memahami isu sebenar masalah mereka. Orang tu nak peluang belajar, bekerja, bersantai dan dapatkan akses kepada kemudahan seperti klinik, khidmat guaman dan sebagainya dengan selamat dan selesa sama seperti orang lain, tapi masyarakat asyik nak bagi sumbangan wang. Tak membantu langsung.

Macam ada satu negara ni sikit-sikit nak minta masyarakat bagi derma tanpa mandalami punca masalah yang sebenar... padahal masalah orang tu ialah tak ada pekerjaan, tak ada IC, tak ada surat beranak, tak ada rumah, tak ada kemudahan asas, tak dapat pembelaan keadilan... bagilah bantuan yang betul-betul menyelesaikan masalah. Ni tak, pergi buat rancangan tv minta orang kesian beramai-ramai lepas tu letak nombor akaun bank.

Apa yang realistik tentang filem ni dia ceritakan sekali perjalanan perjuangan Alan dan Barbara sampai rang undang-undang yang nak mengiktiraf hak mereka pun kena kacau oleh ahli politik. Jadi jangan hairan kenapa banyak rang undang-undang negara kita tak diluluskan macam RUU 355 dulu tu...

Tiada ulasan