Page Menu

Sebuah blog caca-marba yang hidup segak mati tak mau.
Blogger dia pun sekejap update sekejap jadi hantu.

Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2014-2023 Hak Cipta Terpelihara
Dikuasakan oleh Blogger.

Huru Hara Hari Raya


Siapa sangka tarikh Aidilfitri bagi tahun 2022 dalam kalendar kuda tu dah terlari daripada kiraan baru falak. Setelah dipertikaikan oleh golongan netizen di Malaysia selama beberapa hari, kini tibalah masanya tarikh Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2022 (1443 Hijrah) diumumkan jatuh pada hari Isnin 2 Mei 2022. Maka kelam-kabutlah warga negara pada malam ini sebab esoh dah raya...


Ada yang baru nak balik kampung. Ada yang baru nak menggosok baju raya. Ada yang tak sempat pun nak beli baju raya. Yang masih tersangkut dalam jem dalam perjalanan balik kampung pun ada, lagi kesian.



Tapi ini barulah debaran raya kan? Penat tapi seronok. Yang penting 1 Syawal disambut dengan penuh kegembiraan... terutama sekali setelah 2 tahun kita tidak menyambut raya dengan meriah bersama keluarga disebabkan pandemik sejak tahun 2020. Boleh dikatakan bahawa Syawal pada tahun ini membawa seribu satu makna.

Al-Fatihah juga kepada mereka yang telah pergi meninggalkan kita di waktu pandemik lalu.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua.

Tiada ulasan