Apakah Cacar Monyet?
Cacar monyet atau monkeypox merupakan sejenis virus yang disebarkan oleh haiwan ke manusia (zoonosis virus). Simptomnya hampir sama dengan simptom yang dilihat dalam penyakit jenis cacar (smallpox) pada satu ketika dahulu tetapi kurang serius secara klinikal. Setelah pembasmian cacar pada 1980 dan pemberhentian penghasilan vaksin cacar, cacar monyet muncul sebagai orthopoxvirus yang paling penting.
Cacar monyet biasanya berlaku di Afrika Tengah Dan Barat, berdekatan dengan hutan hujan tropika. Kes pertama cacar monyet dilihat pada seorang warganegara Kongo, Afrika Selatan pada tahun 1970. Semenjak itu, terdapat beberapa kes eksport yang dikenal pasti di Amerika Syarikat, Israel, United Kingdom dan juga Singapura. Terdapat satu kes sahaja cacar monyet di Singapura yang disahkan pada bulan Mei 2019. Walaubagaimanapun, tiada kes cacar monyet di indonesia dan Malaysia.
Gejala Cacar Monyet
Gejala cacar monyet akan muncul dalam anggaran 5-21 hari selepas pesakit terdedah kepada virus ini. Jangkitan ini boleh dibahagikan kepada dua tempoh.
- Tempoh pertama berlangsung selama 0-5 hari. Pesakit akan mengalami demam, sakit kepala yang teruk, sakit belakang, sakit otot dan rasa letih yang melampau. Benjolan kelenjar getah bening pada peringkat awal merupakan sifat yang biasanya membezakan cacar monyet daripada penyakit yang serupa seperti cacar air, campak dan cacar.
- Erupsi kulit biasanya berlaku satu ke 1-3 hari selepas demam. Ruam lebih tertumpu di bahagian muka dan anggota badan berbanding badan. Ruam ini akan dilihat pada muka, tapak tangan dan tapak kaki. Bahagian lain seperti mukosa mulut, genitalia, konjunktiva dan kornea turut boleh terjejas. Ruam yang terbentuk biasanya bermula sebagai bintik-bintik kemudian bertukar kepada vesikel yang berair atau bernanah. Ruam ini akhirnya akan mengering dan membentuk kerak di kulit lalu tertanggal dari permukaan kulit. Kadangkala, ruam ini boleh bergabung sekiranya tumbuh berdekatan dan menyebabkan ruam yang lebih besar saiznya.
Cacar monyet biasanya boleh sembuh dengan sendiri dalam masa 2-4 minggu. Kes yang lebih serius dan berlarutan biasanya terjadi dalam kalangan kanak-kanak.
Penyebab Dan Faktor Risiko Cacar Monyet
Kes index biasanya pesakit yang terdedah kepada virus ini melalui kontak dengan darah dan cecair lain (seperti air liur) haiwan yang dijangkiti. Haiwan seperti tupai, monyet dan tikus dikenal pasti sebagai pembawa virus ini. Oleh itu, anda boleh mendapat cacar monyet sekiranya anda makan daging haiwan yang dijangkiti secara mentah atau kurang masak.
Jangkitan manusia ke manusia adalah terbatas tetapi boleh berlaku. Penyakit cacar monyet dalam manusia disebabkan oleh virus monkeypox yang tersebar melalui titisan air liur pesakit yang masuk melalui mata, mulut, hidung atau luka yang terdedah. Benda pesakit cacar monyet yang tercemar juga boleh menjadi punca jangkitan seperti pakaian dan sudu. Dapatlah disimpulkan bahawa penjawat kesihatan dan mereka yang tinggal serumah dengan pesakit cacar monyet berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan ini.
- Sampel darah
- Biopsi ruam kulit
- Jangkitan sekunder
- Bronkopneumonia
- Sepsis
- Jangkitan otak
- Jangkitan kornea diikuti kehilangan penglihatan
Untuk mengelakkan daripada dijangkiti cacar monyet, terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan.
- Elakkan kontak rapat dengan haiwan pembawa virus in
- Elakkan makan makanan yang mentah atau kurang masak
- Sentiasa membasuh tangan sebelum makan, menyentuh mata atau hidung dan membersihkan luka
- Elakkan berkongsi alat makan dengan pesakit cacar monyet
- Asingkan pesakit cacar monyet daripada orang seisi rumah
- Bagi penjawat kesihatan, sentiasa gunakan alat pelindung diri semasa mengendalikan pesakit cacar monyet
Sumber: Dr Sri Viknarajan, MD (Universiti Hasanuddin, Indonesia)
No comments:
Post a Comment