Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2022

Mah Nakorn (Citizen Dog) - Perempuan Alergik Bas, Rider Zombie, Teddy Bear Merokok dan Nenek Jadi Cicak

Takdir telah membawa seorang pemuda kampung ke bandar Bangkok untuk mencari impiannya, tanpa dia menyedari bahawa apa yang diimpikan selama ini sebenarnya telah lama berada di depan matanya apabila dia berhenti mengejar. Itulah tema utama filem Mah Nakorn atau terjemahan Bahasa Inggerisnya Citizen Dog yang diterbitkan pada tahun 2004. Filem arahan Wisit Sasanatieng ini diadaptasi dari novel karya isteri Wisit sendiri, dan pernah dinobat sebagai filem keenam daripada 10 Filem Terbaik 2005 oleh majalah Time.  Inilah gaya anak kampung tiada pelajaran, kuli kuli sahaja memang tidak padan, cantik ba kau itu banyak yang tergoda, lagi orang kaya... Dengan jalan cerita yang berpentaskan dunia "surreal", Mah Nakorn menengahkan kisah nasib seorang pemuda dari desa bernama Pod (Mahasamut Boonyaruk) yang berhijrah ke Bangkok untuk mencari kerja, walaupun Pod telah banyak kali diberi amaran oleh neneknya (Raenkum Sannin) bahawa dia akan tumbuh ekor sekiranya dia d

Huru Hara Hari Raya

Siapa sangka tarikh Aidilfitri bagi tahun 2022 dalam kalendar kuda tu dah terlari daripada kiraan baru falak. Setelah dipertikaikan oleh golongan netizen di Malaysia selama beberapa hari, kini tibalah masanya tarikh Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2022 (1443 Hijrah) diumumkan jatuh pada hari Isnin 2 Mei 2022. Maka kelam-kabutlah warga negara pada malam ini sebab esoh dah raya... Ada yang baru nak balik kampung. Ada yang baru nak menggosok baju raya. Ada yang tak sempat pun nak beli baju raya. Yang masih tersangkut dalam jem dalam perjalanan balik kampung pun ada, lagi kesian. Tapi ini barulah debaran raya kan? Penat tapi seronok. Yang penting 1 Syawal disambut dengan penuh kegembiraan... terutama sekali setelah 2 tahun kita tidak menyambut raya dengan meriah bersama keluarga disebabkan pandemik sejak tahun 2020. Boleh dikatakan bahawa Syawal pada tahun ini membawa seribu satu makna. Al-Fatihah juga kepada mereka yang telah pergi meninggalkan kita di waktu pandemik lalu. Selamat Hari Ra