April 13, 2022

Sultan Selangor Beli Lukisan Ahli Parlimen Sebagai Katak, Monyet

DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah dipercayai telah membeli sebuah lukisan yang memaparkan ahli-ahli Parlimen dengan rupa haiwan seperti katak dan monyet. Lukisan tersebut kini diletakkan di dalam bilik istirehat peribadi Sultan Selangor.

Pembelian ini menarik perhatian ramai rakyat kerana ia bukan sahaja memiliki unsur sindiran terhadap ahli-ahli Parlimen negara yang adakalanya kecoh dalam Dewan seperti monyet, malah kebetulan pada minggu ini Parlimen sedang membentangkan rang undang-undang yang menghalang ahli Parlimen daripada tindakan lompat parti. Mereka yang berperangai seperti 'katak' suka melompat parti mungkin akan dikenakan tindakan kehilangan kerusi di Parlimen sekiranya berbuat sedemikian lagi.

No comments:

Post a Comment

CERITA TERKINI

Legenda Gitar Elektrik Les Paul

9 haribulan Jun merupakan ulangtahun kelahiran lelaki yang mencipta revolusi baru dalam muzik 'rock n roll' dan rock - dialah Les...

ENTRI TERBARU